Menginap 4 Hari 3 Malam di Room V @ Jalan Megat, Batu Pahat, Johor

6:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan kami dari Bukit Hjijau ke Batu Pahat sangat lancar. Tempat penginapan yang ditempah berada di No 22, Jalan Megat, Batu Pahat, Johor.

Tugas mencari dan menempah tempat penginapan dibuat oleh Abang Farid. Fuad meminta Abang Farid menempah penginapan di Sri Gading kerana agak berdekatan dengan UTHM. Sayangnya tempat penginapan di sekitar Sri Gading sudah penuh. Pada mulanya Fuad yang mencari tetapi semua homestay di sekitar Parit Raja sudah penuh. Terpaksalah beranjak sedikit luar dari Parit Raja. Abang Farid menempah hotel di Batu Pahat. Dapatlah kami menginap di situ selama 3 malam. Rupanya ramai graduan UTHM yang menginap di situ bersama keluarga. Mungkin mereka senasib dengan kami, tidak dapat tempat bermalam di sekitar Sri Gading.

Room V @ Jalan Megat ini merupakan hotel 2 bintang dan hanya menyediakan keperluan asas sahaja termasuk sterika yang diletakkan di luar bilik untuk kegunaan bersama pengunjung lain.

Tempahan dibuat melalui Booking.com dari 04 hingga 07 Disember dengan bayaran sebanyak RM787.12 untuk 3 bilik.

Room V @ Jalan Megat
Sumber: Booking.com

Setiap bilik disediakan sebuah katil bercadar,  dua helai tuala dan dua biji bantal.

TV Skrin Rata


Ada sebuah meja kecil dan sebuah kerusi. Di bilik Abang Farid dan bilik Fuad, tidak disediakan meja dan kerusi.


Bilik air dengan pemanas air.



Tiada almari disediakan. Hanya tiga penyangkut baju sahaja yang ada.
Dan seperti tempat penginapan sebelumnya, kami hanya berada di sini pada waktu malam sahaja, untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Kebanyakan waktu siang kami gunakan untuk jalan-jalan.


Betul-betul di hadapan hotel kami, Bangunan UMNO tersergam sepi. Mungkinkah ini bangunan  pertama semenjak UMNO ditubuhkan? Menurut Fuad, bangunan ini kosong, tidak ada orang di dalamnya. Entah dari mana Fuad dapat maklumat tersebut!

21 comments

  1. Musim cuti sekolah ni kebanyakan hotel/homestay fully booked kan Kak Amie...

    BalasPadam
  2. Jauh jugak penginapannya dgn UTHM. Kena keluar awal pagi la nampaknya semasa hari konvo tu. Alhamdulillah, semuanya telah selesai, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jauh SK.
      Lepas solat subuh, kami terus gerak ke Parit Raja.

      Padam
  3. Nanti-nanti singgah le cuti-cuti di Melaka pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam perjalanan pulang dari Johor ke Selangor, kami bermalam di Melaka.

      Padam
  4. Alhamdulillah..
    Selesai sudah pengajian dan majlis konvokesyen Fuad..Dapat kerja yang baik walaupun dalam keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni..
    Semoga keluarga Cikgu dilimpahi rahmat Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Syukur selalu kepada-Nya.Terima kasih doanya.

      Padam
  5. musim konvo hotel & homestay semua penuh..Alhamdulillah, dapat bilik yg selesa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Harga pun tiba-tiba naik.
      Syukurlah dapat juga tempat berehat.

      Padam
  6. Jangan kata kat BP sana homestay penuh...kat NS pun Kak Amie...cuti sekolah dan orang kahwin kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SA. Kami menginap dua malam di homestay di Negeri Sembilan juga.

      Padam
  7. nampak bilik dia bersih dan selesa. cukup la untuk berehat dan tidur kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Syu. Yang penting keperluan asas disediakan.

      Padam
  8. jauh jugak tu kak dari UTHM tapi di BP memang agak terhad pilihan hotel dan tempat penginapan sebab bukan bandar besar.

    BalasPadam
  9. Bila ada majlis konvo, memang sold out semua homestay dna hotel yang berdekatan dengan U.. Lambat je memang tak dapatlah.. Tapi okaylah hotelnya untuk berehat dan membersihkan diri..

    BalasPadam
  10. Bila ada konvo je, memang sold out homestay dan hotel berdekatan.. Jauh juga penginapan akak tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe