Makan di Nando's Sebelum Terbang dengan AirAsia X
3:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Fairuz dijadualkan terbang ke Kota Kinabalu pada hari Jumaat 09.12.2022 dengan penerbangan AirAsia. Namun begitu, penerbangannya delay sebanyak tiga kali sehingga ke pukul 7:15 malam. Abang Farid dan Fuad memujuknya supaya terbang ke Kota Kinabalu bersama-sama kami pada 15 Disember 2022. Agaknya kedua-dua abangnya tidak puas hanya seminggu sahaja bersama Fairuz. Fairuz nampak berbelah bahagi untuk membuat keputusan, tetapi akhirnya Fairuz memilih untuk mengotakan janjinya pulang pada tarikh itu juga. Barangkali Fairuz rindu hendak berjumpa ikan-ikannya, usik Encik Suami. Apa pun sebenarnya Fairuz sangat bertanggungjawab memikul tugas yang diberikan. Urusan membekalkan ikan sangat memerlukan tenaganya.
Selepas kami daftar masuk di DZR Home Bangi, kami terus menghantar Fairuz ke KLIA2. Sebelum Fairuz masuk ke balai menunggu, Abang Farid ajak kami makan di Nando's di Gateway@KLIA2.
Heaven & Earth Iced Lemon Tea |
Garlic Bread |
Full Platter (4 Reg Sides) Whole Chicken |
PERI-PERI Chicken Chop + Coleslow + PERI-PERI Wedges |
Dulu kita pernah makan di sini bersama Abang Farid. Waktu itu Abang Farid masih belajar di UKM dan teman kita di sini sebelum kita terbang ke .... issshhh lupa pulak negara mana kita pergi!
Terima kasih Abang Farid belanja kami makan di sini. Kalau Mommy dengan Baba saja, memang tak akan masuk ke sini sebab tak mahir gunakan aplikasi QR Code. Sebenarnya bukan masalah mahir atau tak mahir, tapi malas!
Selepas meninggalkan Nando's kami hantar Fairuz ke pintu pelepasan sehingga Fairuz hilang dari pandangan.
Walaupun delay tiga kali, tetapi waktu yang diberi pada 7:15 minit malam juga tidak ditepati. Berkali-kali kami telefon Fairuz, belum juga masuk ke dalam perut pesawat. Akhirnya pada pukul 8:04 minit malam Fairuz hantar gambar. Katanya, sebentar lagi akan naik kapal terbang, tapi kapal terbang kosong! Apa yang kosong? Cuba lihat gambar di bawah ini.
Inilah gambar kapal terbang kosong yang dihantar oleh Fairuz. Maksudnya tiada apa-apa simbol atau tulisan di luar kapal terbang! Mungkin ada tulisan di bahagian kepala kapal terbang, kerana Fairuz ambil gambar bahagian belakangnya. AirAsia X?
Selamat terbang Fairuz!
9 comments
moga fairuzz selamat terbang ke destinasi xpernah masuk nandos sedap menu semua
BalasPadamHahahha.. ingatkan macam bas tambahan tiap kali musim raya 🤣
BalasPadamkapal terbang baru belum habis cat agaknya tu Kak Amie :D
BalasPadamIsh....seram pulak tengok kapal terbang putih kosong macam tu..
BalasPadamKalau bas boleh lah kata bas tambahan..ni kapal terbang ..
Kelakar pula baca komen Carneyz kata kapal terbang belum habis cat🤣🤣
Ada juga kapal terbabg kosong ek
BalasPadamIngatkan roti aje yang ada kosong
Komen Wak lagi kelakar...🤣
Padameh pelik pulak ek kapal terbang tu takde ape2..belum di cat baru lagi kot..haha
BalasPadamingat tadi kak amie ke luar negara naik AirAsiaX, rupanya ada jugak domestic flight ye..
kesian Fairuz. flight masa ke KL delay, masa balik pon delay jugak. delay banyak kali pula tu..
BalasPadamDah ala-ala bas tambahan pulak. Apa pun syabas Fairuz kerana kekal bersabar.
BalasPadam