Malam Terakhir di Johor, Mencari Lagi Pepes Ayam & Otak-Otak

9:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari hotel kami di Batu Pahat memang agak jauh untuk sampai ke Parit Raja. Namun begitu, Fuad tetap memenuhi permintaan kita untuk mencari pepes ayam dan otak-otak. Malam terakhir di Johor, Fuad membawa kami sekali lagi ke Nasi Ayam Faa'it. Mungkin itu saja tempat yang Fuad tahu ada pepes ayam dan otak-otak.

Walaupun banyak kali dikejutkan, Fairuz terus tidur lena. Abang Farid dan Aseeyah pula memesan makanan bungkus sahaja. Jadi, kami berempat, Fuad, Encik Suami dan Firdaus sahaja yang keluar pada malam tersebut.

Otak-otak dan Pepes Ayam

Alhamdulillah! Pepes ayam dan otak-otak yang dicita, masih ada! Makanlah kita sepuas-puasnya pada malam itu. Sebenarnya bukan tidak ada di tempat lain kalau balik kampung di Selangor, tetapi tak tahu di mana hendak cari.Pernah sekali kami singgah entah di RNR mana di Selangor, sempat kami ratah otak-otak dan satar.

Bakul ke-2 Pepes Ayam


Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba di meja, kami habiskan dua bakul kecil pepes ayam dan otak-otak. Setelah habis, kami minta lagi sebakul kecil pepes ayam.

Sate Ayam & Sate Daging

5 Cucuk Sate Daging & 10 Cucuk Sate Ayam


Oleh kerana sedap rasa sate di sini, kami memesan lagi untuk Abang Farid dan Aseeyah. Selain sate, kami beli kuetiau goreng bungkus untuk Aseeyah.

Malam itu Amie makan Mi Bandung. Encik Suami makan Bihun Sup. Katanya, hirisan ayamnya besar dan banyak. Fuad pula makan Nasi Ayam Goreng Kunyit. Firdaus tak mahu makan apa-apa kerana kenyang.

Mi Bandung

Bihun Sup

Nasi Ayam Goreng Kunyit

Entah bila lagi akan dapat ke sini lagi!


24 comments

  1. Insya Allah ada rezeki nanti berkunjung lagi ke JDT. Kali ni pergi JB pulak. Keluang ke pontian ke kulai ke. Pasir gudang ke mersing ke banyak je tempat menarik di Johor Darul Takzim. eh jangan lupa muar, segamat ,tangkak. Hah tu dia banyak tempat tu. Pening amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Notie.
      Mudah-mudahan ada rezeki untuk jalan-jalan ke sana lagi.

      Padam
  2. Aduhaiiiii satay daging dia nampak sedap je. Macam nak suruh adik kat BP je tapaukan bawak balik muo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate-sate di BP dan PR semuanya sedap, cukup rasa!

      Padam
  3. Sedapnya mee bandung johor!! lama x mkn mee bandung ori dr johor dan org johor buat... hihihi

    BalasPadam
  4. Makwe Fuad orang situ, kan, Kak Amie. Bolehlah sangat nak berkunjung lagi, insyaAllah.

    BalasPadam
  5. Sekejap je da malam terakhir ye kak Amie.. sedap menu-menunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sha. Tak terasa empat hari tiga malam di sini.

      Padam
  6. sedap betul nengok otak-otak dan pepes tu kak, dapat lak makan panas-panas. Nasib malam tadi dah layan sate kalau tak mesti terliur punya. Terliur tengok mee bandung tu, mesti sedap tu kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai sekarang tak boleh lupapepes ayam dan otak-otak yang dihidang panas tu Dana.

      Padam
  7. pepes ayam tu pertama kali mkn last year...opismates bawa...sedap...lpr plak tgk satay tu...lama tk mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak sabar nak JJCM pes ayam tu lagi.

      Padam
  8. Alhamdulillah masih ada rezeki makan pepes dan otak-otak..
    Kalau tidak....sampai Sabah terkenang-kenang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih terkenang-kenang ni Mama Cella. Terkenang sedapnya.

      Padam
  9. aduyai kaka tu semua maakanan yg saya carik kalau balik johor huhu rinduu

    BalasPadam
  10. Kalau ke Johor memang tak sah kalau tak makan mee bandung sebab kuahnya original guna kacang... kalau kat KL...ada kedai yg guna sos semata-mata. Hilang betul mood nak makan.

    Pepes kalau di KL harga boleh cecah RM2 sebijik kecik tu. Nak makan pun risau sbb banyak pulak mulut yg suka pepes ni dalam family.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mi Bandung Johor memang sedap.
      Mahal ye harga pepes di KL. Saya pun tak pasti berapa harga otak-otak dan pepes yang kami makan, sebab tak ada resit dan terus bayar saja.

      Padam
  11. lain kali ke JDT, boleh ke Muar pulak. try mi bandung sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah. Ada rezeki boleh jalan-jalan lagi.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe