DZR Home Bangi
12:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid ingin menjejak kembali persekitaran UKM, tempat pengajiannya yang pertama di menara gading sehingga menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2017 DI SINI. Jadi, kami memilih tempat penginapan di Bangi iaitu di DZR Home Bangi di alamat:
B-05-4, Blok B,
Apartment Putra,
Taman Putra Impian Bangi,
B-05-4, Blok B,
Apartment Putra,
Taman Putra Impian Bangi,
43000 Kajang Selangor.
Waktu daftar masuk ditetapkan pada pukul 3:00 petang tetapi pada pukul 2:00 petang, tuan rumah sudah membenarkan kami naik kerana apartment sudah sedia untuk dimasuki. Ketika itu kami masih berada di Masjid Putrajaya. Lebih kurang pukul 3:15 petang kami sudah berada di tempat penginapan ini.
Pangsapuri pilihan Abang Farid ini berharga RM310.00 untuk penginapan satu malam.Tempat penginapan ini menyediakan tiga bilik tidur dan dua bilik air, tetapi tidak menyediakan kemudahan WIFI!
Merehatkan diri di DZR Home Bangi |
Private Parking : Aras 3 (B-5-4)
Parking Pelawat:
Aras Ground Floor
Depan Surau/Playground - Covered
Depan Swimming Pool - Non Covered
Tuan rumah mencadangkan kami letak kereta di tempat parking pelawat di hadapan swimming pool supaya lebih mudah dan cepat. Jadi, kami boleh terus ke Lobby Block B dan naik ke level rumah.
Nota:
a). 3 helai tuala sahaja disediakan kepada tetamu. Tetamu digalakkan membawa tuala sendiri.
b). Maksimum 3 kereta sahaja di benarkan parking.
Pemandangan swimming pool dari beranda prnginapan kami. |
Firdaus sudah bersedia untuk naik ke rumah. |
Blok A (kiri) dan Blok B(kanan). Kami berada di Blok B (5-4) |
Selamat datang ke DZR Home Bangi.
Masuk saja ke DZR Home Bangi, anak-anak terus buka bungkusan makanan yang dibeli di Medan Selera PSMA. Maklumlah dari Masjid Putrajaya terus ke Bangi, dan tidak sempat singgah makan tengah hari.
Jom masuk bilik pertama, di sebelah ruang tamu.
Master Bedroom |
Tuala memang hanya dihadkan sehelai untuk setiap bilik. Jadi hanya ada 3 helai sahaja. Tuan rumah sudah mengingatkan supaya membawa tuala sendiri.
Bilik air pertama. |
Bilik Abang Farid & Aseeyah |
Bilik Fuad & Fairuz |
Sebenarnya, pada malam tersebut Fairuz sudah terbang pulang ke Kota Kinabalu. Jadi, bolehlah Firdaus tidur di bilik ini bersama Fuad.
Bilik air ke dua. |
Sebuah meja dan empat buah kerusi di ruang makan.
Peti sejuk dan alat kelengkapan memasak turut disediakan di ruang dapur.
Mesin basuh boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Setakat ini kami belum pernah gunakan mesin basuh yang disediakan di setiap homestay. Encik Suami dan anak-anak lebih suka bawa pakaian di kedai dobi dan siap-siap kering!
Selamat bersantai! |
Sebenarnya tidak boleh berlama-lama di sini sebab sebentar lagi kami akan hantar Fairuz ke KLIA2.
Firdaus sudh bersedia memakai stoking. |
Sedih pula muka Firdaus. Tak puas agaknya bersama-sama Fairuz selama tujuh hari di Malaya!
Mari sayang Mommy. Kita hantar Abang Ilun (panggilannya untuk Fairuz) ke airport.
8 comments
Cantik dah bersih homestay ni.
BalasPadamBetul Carneyz. Selesa bermalam di sini.
PadamBagus homestaynya.
BalasPadamNampak lapang dan kemas.
PadamLuas homestay ni... puas hati kalau dengan famili ramai
BalasPadamCantiknya homestay tapi lokek pulak sediakan tuala. Patutnya, satu bilik dua tuala pun memadai.
BalasPadamCantik bangunan homestay ni tapi macam yang kat Negeri Sembilan tu lagi mewah dan murah🤭.
BalasPadamOoo...nama manja Fairuz ...Abang Ilun..😄
nampak selasa juga homestay. lagi best kalau ada wifi..
BalasPadam