Festival Konvokesyen (FESTKON) UTHM 2 - 8 Disember 2022

11:12 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam Isnin, 05 Disember 2022 Fuad bawa kami meronda Padang Kawad di Kampus Induk UTHM. Terdapat pelbagai gerai jualan, festival makanan, pameran dan program-program anjuran pelajar UTHM. Kebetulan pula ada Festival Makanan Asli Thailand. Bertambah terujalah kita untuk turut memeriahkan suasana di situ. Festival Konvokesyen (FESTKON'22) ini bermula pada 02 Disember dan berakhir pada 08 Disember 2022.



Terdapat kira-kira 200 gerai yang menjual barang kering dan basah, pameran daripada pelajar dan agensi luar seperti PEMADAM dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sebaik kaki melangkah masuk ke kawasan festival, Fuad berjanji dengan Firdaus untuk membawanya ke tempat ular. Sudah tentulah budak kecil itu sangat teruja untuk melihat ular!

Pada mulanya kami berjalan bersama-sama, tetapi apabila sudah masuk ke kawasan gerai makanan, masing-masing mencari arah sendiri menuju ke gerai yang diminati.



Antara yang kami beli termasuklah anak ketam goreng pelbagai perasa.




Pernah terbaca tentang tongmo di blog DANA dan MAMA CELLA, kalau tak silaplah.


Begini rupanya tongmo!

Tongmo : RM12.00

Kita pun belilah, nak rasa apa benda tongmo itu.


Terpandang urat keting! Kita pun belilah sup urat keting!

Sup Urat Keting : RM20.00




Abang Farid beli aiskrim. Kami tinggalkan Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus makan di meja. Tak tahulah yang mereka beli.


Setelah berpusing-pusing, rasa hauslah pula. Singgahlah beli air untuk basahkan tekak. Tiba-tiba teringat, esok pagi Fuad akan menghadiri majlis konvokesyennya. Jadi, kami pun bergerak meninggalkan gerai makanan.
Tiba-tiba Firdaus menangis!
Kenapa sayang menangis?
Mana ular? 
Eh, terkejut kita dengar jawapannya.
Abang Fuad bilang mau tengok ular. Teresak-esak pula budak kecil ini.
Terpaksalah kami patah balik ke tapak FESTKON dan mencari tempat ular yang dimaksudkan Fuad.


Sudah jumpa ular, hilanglah tangisannya. 

Belanja video Firdaus dengan ular!

Selepas itu kami terus meninggalkan kampus induk UTHM dan kembali ke Batu Pahat. Tepat pukul 10:57 malam kami sampai di Room V @ Jalan Megat. Esoj pagi perlu bangun awal, dan perancangan kami selepas solat subuh terus bergerak ke UTHM.

18 comments

  1. saya takut ular, klu nampak mesti saya jerit sekuat-kuatnya sambil terlompat-lompat lps tu saya akan sembunyi di belakang sapa2 yg ada kat situ....semua jenis ular termasuk ular lidi...dulu mak saya pernah tanam kacang panjang, sekali nak petik saya lihat lain mcm terus saya menjerit terlompat2 dan terus buka langkah 1000...lpas tu sumpah dah x mau kutip kacang pjg tu....

    BalasPadam
  2. Tongmo dekat area kawasan saya ada beberapa peniaga yang jual di tepi jalan. Tapi saya tak pernah mencubanya lagi..

    BalasPadam
  3. Alahaiiiiii firdaus... orang takut nak jumpa ular dia pulak sampai menangis sebab tak jumpa ular. BUdak-budak kalau janji kena tepati kalau tak hah cam firdaus ni nangis sebab tak tepati janji. Firdaus oh firdaus

    BalasPadam
  4. Apa rasanya tongmo tu amie. Baru je baca ni. Ketam goreng tu buat kecur je. Apa lagi sup urat keting marbelous

    BalasPadam
  5. Alaaa siannya Daus.. abang dah cakap nak bawak tengok ular mesti dia ingat.

    BalasPadam
  6. tongmo tu bagi sy kalau sos cicah dia sedap maka sedaplah tongmo tu hehehe... sup urat keting tu sup semata je ke kak? tak ada bihun ke mi ke....

    BalasPadam
  7. Wah,meriahnya FESTKON UTHM..
    Tahniah sekali lagi Fuad & seluruh family..!
    Hahaha tergelak saya tengok video tu..Ular sawa Albino tu pun..saja ja nak menyakat Daus..
    Elok Daus pegang ekornya..dia hulur kepala nak kenal Daus agaknya..hihihi

    BalasPadam
  8. Eh..say dah tinggalkan komen tapi tak timbul pulak..

    BalasPadam
  9. meriahnya tengok festival konvo tu kak, geram tengok segala makanan tu. Iya dana pernah cerita pasal makan tongmo masa balik kampung aritu. Punyala dia suka dengan ular sampai menangis Daus ye, kalau acik la nampak u lar tu dah meremang bulu roma geli lahai nengoknya

    BalasPadam
  10. Alahai, teruja sangat tengok pelbagai makanan sampai hampir2 terlupa ular ye Firdaus hehe. Macamana rasa tongmo tu Kak Amie? Sedap ke?

    BalasPadam
  11. Sama kuning ular dgn baju suami Kak Amie, hihi. Tong Mo tu sedap tak? Blog kita pun ada cete pasal Tong Mo jugak, Kak Amie tak sebut pun, merajuklah! Hahahhaha.

    BalasPadam
  12. haha sian dia nak tengok ular sangat...mujur juga dapat tengok akhirnya...meriah sungguh fesko kat sana!

    BalasPadam
  13. sedap kak Togmo tu?saya belum pernah rasa..harga sup keting tu boleh tahan ye

    BalasPadam
  14. Ya allah.....besarnya ular tu ha...aduhaiiiii.....seram SA tengok...tengok plak video...bukan main firdaus geli ye...Fuad berani betul pegang ular..kalau SA diupah 500 pun SA fikir 50 klai nak pegang...tongmo tu nampak sedap la Kak Amie...pernah beli tapi manis plak...

    BalasPadam
  15. Rambang mata tengok macam-macam makanan.
    Berani Firdaus main dengan ular.

    BalasPadam
  16. Saya masih belum berani nak cuba makan tongmo, mungkin sebab tengok rupa bentuknya.

    Comel pulak Daus ni tau, boleh dia nangis sebab tak bawa tengok ular 😄

    BalasPadam
  17. Sedap tongmo ikut pada sos dan bahan perapan dia.. Sha suka yang di Kelantan..
    Berani betul dia dengan ular ye.. Kalau Sha tu da geli geleman da.. hehehe..

    BalasPadam
  18. pernah nampak tongmo juga masa pergi melaka hari tu, tapi tak try lagi..

    firdaus tak takut dgn ular ke?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe