Cabut Gigi Hidup-Hidup!

8:52 PTG

Bismillahirraahmanirrahim.
Beberapa hari tidak membuka pintu rumah maya, rasa lama sangat tak sembang dengan rakan-rakan blogger. Diringkaskan cerita, kerja kita siang dan malam, makan bubur, makan ubat dan tidur!

Bermula pada hari Sabtu selepas melaksanakan tugas sebagai AJK Jamuan di sekolah, kita terus ke klinik  sebab ada janji temu dengan doktor gigi. Atas nasihat doktor gigi, gigi taring kita sebelah kiri perlu dicabut. Dipendekkan cerita, apabila hendak dicabut terasalah sakit. Doktor pun tambah bius dan cuba sekali lagi. Tetap sakit! Tak ingat berapa kali dibius, akhirnya doktor gigi suruh makan ubat tahan sakit.  20 minit kemudian, cuba lagi tetapi tetap sakit. Doktor gigi cuba cungkil tepi-tepi gigi untuk bantu gigi goyang tetapi tetap sakit. Setelah 1 jam 45 minit, doktor putuskan supaya kita datang tiga hari kemudian dan kita dibekalkan ubat tahan sakit serta antibiotik. Mungkin ada jangkitan.

Oleh kerana gigi sudah rasa sakit sebab kena cungkil tapi tak juga goyang, kita pun susahlah hendak makan. Terpaksalah makan bubur segera dan minum air sahaja. Itu pun kerana terpaksa untuk makan ubat dan antibiotik.

Hari keempat, pukul 1:45 petang kita datang semula ke klinik gigi.
Dipendekkan lagi ceritanya, kita menerima sampai tujuh kali bius tapi gigi tetap rasa sakit. 
Doktor gigi kata, pelik sungguh kes ini.

Kemudian doktor minta kita makan ubat tahan sakit.
Tetap sakit apabila gigi disentuh.

Encik Suami ikut masuk ke dalam bilik. Kata Encik Suami, mana tahu dengan adanya dia di sini, gigi akan berjaya dicabut.
Encik Suami kata muka kita dah nampak putus asa!
Doktor kata sudah tidak boleh tambah bius lagi sebab nanti over dose. Bius ketujuh merupakan bius paling kuat!
Kenapa degil sangat gigi kita yang satu ini?
Tiada jangkitan, tetapi tetap sakit!

Kita tanya doktor, tidak adakah cara lain untuk cabut gigi?
Doktor kata, cara terakhir ialah cabut terus! 
Tapi kena tahan sakit. 
Tidak lama, kata doktor.
Dalam satu saat, dua saat, tiga saat sahaja tapi memang rasa sakit.

Adakah madam sudah bersedia? tanya doktor gigi.
Kita panggil Encik Suami.
Encik Suami berdiri di sebelah kanan kita dan pegang tangan kita. Kita paut kuat-kuat lengan kanan Encik Suami.Tangan kiri Encik Suami tekup dahi kita supaya kepala tidak bergerak.
Tangan kiri kita pegang lengan kerusi.
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu Akbar!

Okey. Sedia, kata doktor!
Allahu Akbar!
Ya Allah!

Pukul 4:32 petang, tercabutlah sebatang gigi hidup-hidup setelah 2 jam setengah kita dikerjakan.

Sumber: Google

18 comments

  1. Allahu Akbar!!! Kalah nak bersalin ni, Kak Amie!!!

    BalasPadam
  2. Ya Allah Kak Amie! Baca pun dah rasa ngilu dan pedih apa lagi Kak Amie yg menghadapinya huhu... Semoga cepat sembuh Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Sy baca pun dgn intonasi dramatik.. ya Allah sakitnya lahai mcm boleh rasa kesakitannya.. speedy recovery kak.. jgn nangis2 ye

    BalasPadam
  4. Allahu..
    Terasa macam ada bersama menyaksikan..kata orang..sakit gigi lagi kill dari sakit bersalin.Cabut gigi hidup- hidup..dengar pun dah ngeri

    BalasPadam
  5. Allahu... yang baca ni pun terasa sakit, semoga Cikgu Amie dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. Degilnya gigi taring tu.
    Sebab tu orang tua2 dulu tinggal sebatang dua gigi taring aje yan tak mahu tanggal

    BalasPadam
  7. Allah yang membaca ni pun terasa sakit kak..sy mmg fobia dengan klinik gigi seram sejuk

    BalasPadam
  8. ya Allah kak, baca pun dah dapat bayangkan sakitnya tu aduhai

    BalasPadam
  9. lega dah ye Amie, kak ana ni ada sebatang geraham atas dah goyang masih bertahan sebab tak sakit lagi, nak lalui detik-detik cemas tu yang tak sanggup nk ke dentist lagi ni huhu :)

    BalasPadam
  10. Allah ...ngerinya
    Pernah juga ada pengalaman dentist terlepas alatan cabut gigi tu masa cabut gigi sy. Adoi, menangis!

    BalasPadam
  11. Alamak apa yang susah sangat tu. patut 3 kali bius dah OK, ni sampai 7 kali. Allahu dugaan betul

    BalasPadam
  12. Allahu...seriaunya kak. Kesian kak Amie, tak terbayang saya camne seksanya. Alhamdulillah dah selesai, moga cepat sembuh kak.

    BalasPadam
  13. Allah. Semoga kuat dan sihat Puan Amie selepas itu.

    BalasPadam
  14. Sakit gigi membuat hidup sangat tidak nyaman.

    BalasPadam
  15. ALAMAK...seram plak SA baca....terus x sakit dah gigi SA...

    BalasPadam
  16. Baca tajuk je dah ngilu... Sepanjang entry kak amie nie Sha seram.. huhuhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe