Roti Canai Kayu Arang Melaka

1:08 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah penat meronda Bandar Hilir Melaka dan makan di Pantai Klebang, semuanya pulang dengan perut kenyang tetapi kepenatan. Lena sungguh semuanya tidur di Atlantic Residence. Bangun pagi, kami terus bersiap-siap untuk daftar keluar dan mencari sarapan.

Encik Suami memandu ke Jalan Malim, Bachang, Melaka. Eh, ikut arahan WAZE, kereta dipandu masuk ke kampung pula. Destinasi kami ke Roti Canai Kayu Arang. Sudah makan roti canai kosong di Cafe Santai Delicious Parit Jelutong, kali ini mencari Roti Canai Kayu Arang di Melaka pula.

Roti canai dibakar dengan kayu arang.


Sewaktu kami tiba, tempat letak kereta sudah penuh. Seorang pekerja di situ menunjuk arah di mana kami boleh letak kereta. Eh, seperti di halaman rumah orang pula!



Melihat susunan kereta di sekitar, sudah dapat dibayangkan betapa ramainya pengunjung Roti Canai Kayu Arang! Ketika ini jam menunjukkan pukul 10:05 minit pagi. Kami belum nampak tempat makan yang dinamakan Roti Canai Kayu Arang ini.


Wokey, kita berjalan kaki menuju ke bahagian belakang. Akhirnya terjumpalah Roti Canai Kayu Arang. WAZE berikan kami jalan belakang, Roti Canai Kayu Arang sebenarnya terletak di tepi jalan besar. Tapi di tepi jalan besar itu pula penuh dengan deretan kereta! 


Alamak! Kena berbaris pula untuk menanti giliran memesan makanan! Amie tak ambil gambar pelanggan yang sedang berbaris. Di hati berharap agar tidak lama menunggu. Sementara itu boleh tinjau-tinjau dahulu menu yang tertera di bahagian luar Roti Canai Kayu Arang. 


Fuad pula terus tunjukkan tulisan di bahagian bawah : Otak-otak!
Wokey, nanti kita beli.
Pekerja di sini sangat cekap mengambil pesanan. 
Kami diberikan nombor meja, dan makanan akan dihantar dari gerai-gerai yang menyediakannya. Makanan dan minuman yang dihantar ke meja perlu dibayar sewaktu hidangan tersebut sampai. Tidak ingatlah pula berapa harga semua sarapan kami.


Abang Farid, Fuad, Fairuz dan Amie memesan nasi lemak. Amie memesan Nasi Lemak Sotong King. Fuad dan Farid meminta Nasi Lemak Ayam Gunting. Fairuz memilih Nasi Lemak Rendang Ayam.


Oleh kerana Sotong King dan Ayam Gunting semuanya digunting, jadi nampak seperti sama saja rupanya. Sotong King itu boleh dibezakan dengan Ayam Gunting melalui janggutnya! Sesungguhnya kita hanya dapat makan sekeping saja Sotong King. Seperti selalu, tak perasan siapa tarik piring Sotong King kita! Tak tahu mana satu tangan yang mencopetnya....hihiiii!

Nasi Lemak Sambal Kerang

Nasi Lemak Rendang Ayam sudah habis, jadi Fairuz tukar dengan Nasi Lemak Sambal Kerang. Uniknya, nasi lemak di sini ada sayur kangkung, selain sambal, kacang tanah dan ikan bilis goreng, hirisan timun serta telur goreng mata.


Pertama kali makan nasi lemak dengan sayur kangkung!


Eh! Katanya masuk kedai Roti Canai Kayu Arang, tapi mana roti canainya?


Siapa pesan lempeng? Oh, Abang Farid nak makan lempeng cecah sambal.

Roti Doll

Tak apalah, hilang Sotong King kita gantikan dengan Roti Doll. Ada dua biji telur di atas Roti Dolla yang banjir dengan kuah. Roti Doll ini dibakar menggunakan kayu arang. Lembut saja rotinya. Tak pasti pula adakah rotinya memang lembut atau disebabkan sudah berendam dalam kuah.

Roti Telur

Dan roti-roti yang lain itu, kita tak pasti apa namanya. Mungkin roti telur atau roti kosong. Yang pastinya, Encik Suami yang duduk sebelah kita makan roti telur.


Melihat kuah tenggek atas roti, teringat SK Tanah Jauhar buat perkara yang sama apabila ambil gambar lempeng cair, resipi jangkitan dari Mama Cella!


Semua sudah kenyangkah?
Alhamdulillah.
Selepas ini kita gerak pula ke Negeri Sembilan.

Roti Canai Kayu Arang

Macam-macam daya tarikan untuk memikat hati pelanggan. Semoga Roti Canai Kayu Arang terus maju, menjaga kualiti makanan dan sentiasa ramah mesra melayan pelanggan yang datang.

32 comments

  1. Kreatifnya menggunakan kawah (betul ke) sebagai dapur untuk menampung pan roti canai yang muat saiz..
    Sebelum ni terfikir macamana la agaknya dapur arang yang besar...!
    Hahaha..sotong king sudah dicopet.Tapi pastinya mommy bahagia melihat semua gembira...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam bakar sate juga kan Mama Cella. Cuma untuk roti canai dia guna kuali besar.

      Padam
  2. apsal semua muka seriyes je makcik., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius menikmati roti canai kayu arang tu Wak.

      Padam
  3. Nampak menggiurkan semua foodnya. Tak pernah sempat makan lagi sini bila ke Melaka

    BalasPadam
  4. oo macam tu rupanya dapur roti canai kayu arang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum datang ke sini saya tak dapat bayangkan macamana rupa dapur kayu arangnya.

      Padam
  5. Otak-otaknya mana tak di beli ke buat jajan bawak balik. sotong king kena copet.....hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai! Bila nak order otak-otak, katanya hari itu tak jual otak-otak!

      Padam
  6. Roti doll tu waduh udah banjir tu kalau makan habis pasti lepas tu erkkkkk kenyang

    BalasPadam
  7. Semoga ada rezeki nak ke sini.. Lama dah merancang tapi tak kesampaian je.. hehehe.. Sama je rupa sotong dan ayam bila dah digunting gitu.. Nampak menarik persembahan nasi lemaknya siap ada kangkung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah yang terjadi, elok-elok merancang tak jadi pula. Apabila tiba-tiba nak datang, terus sampai pula.

      Padam
  8. kat sini, kalau tak nak beratur lama kena dtg awal... apatah lg kalau weekends / cuti sekolah. ooo k amie tak pernah try lg ya nasi lemak kangkung? mmg sedap ada kangkung tp selalu ada kangkung ni bla msk dgn family ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, terkejut tengok betapa banyaknya kereta dan betapa ramainya pelanggan. Tempat makan pun luas. Ok jew rasa nasi lemak kangkung.

      Padam
  9. Suami kak Amie sekali pandang tadi macam TSMY hehe. Selamat menjamu selera, terliur melihat makanan semua!

    BalasPadam
  10. Wow! Elok semua gambarnya... mesti famili kak amie pun dah terbiasa ni sblm mkn kena ambik gambar dulu.... hehehe... kagum dgn setiap entri dan gambar yg akak pos... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang tak sempat ambil gambar sebelum makan. Tangkap sajalah mana yang sempat, yang penting ada gambar makanan ... Ahaks!

      Padam
  11. banyak keje tu... nyalakan arang dulu!, jaga api....

    BalasPadam
  12. Wow, special dapur dia, kayu arang. Patut ramai orang.

    BalasPadam
  13. Hahahha.. dari atas nasi lemak, kita cari2 jugak mana roti canai kayu arangnya, hihi. Dulu, sy pun waze bawa ikut jalan belakang, Kak Amie, tapi bila tengok barisan panjang melengkar2, kami tak jadi singgah, kami makan roti canai bukan kayu arang di warung lain, hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK, apabila nampak ada orang atur suruh letak kereta di tempat yang ditunjukkan, dalam hati dah agak mesti ramai betul pelanggannya ni.

      Padam
  14. brp lama kena beratur ni Kak Amie? Kiteorg dulu kena beratur 45minit. Lenguh2 kaki berdiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lebih 15 minit. Oh, sempat lenguh kaki ye!

      Padam
  15. banyak kereta yang diparking di situ, mesti sangat ramai orang. nasib baik tak tunggu lama sangat kan..

    BalasPadam
  16. tak pernah makan kat sini, ami.
    husband tak kuasa nak beratur semata2 utk sarapan roti canai ha ha ha ha...
    ada beberapa tempat lagi yg guna arang utk roti canai di melaka.
    just disenyapkan, tak tular :) hi hi hi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe