Hilangkan Dahaga Minum Air Tebu di Laman Tebu Aidil
9:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas meninggalkan sempadan negeri Perak, rasa dahaga pula! Kami berkira-kira untuk singgah di Laman Tebu Aidil yang terletak di Jalan Parit Empat, Sungai Haji Dorani 45300 Sungai Besar, Selangor. Tempat ini dibuka pada pukul 11.00 pagi. Kami tiba lebih awal. Kami tidaklah bertujuan untuk berlama-lama di sini, sekadar mencari air tebu untuk hilangkan dahaga sahaja.
Pengunjung belum ramai. Dapatlah ambil gambar di lorong tebu ini.
Sempat melihat seorang pekerja menebang pokok tebu. Beberapa buah gerai makan baru dibuka. Kami beli bihun sup dan pecal, sekadar mencicipi sahaja.
Bihun Sup : RM5.00 |
Pecal : RM5.00 |
Laman Tebu Aidil masih kosong. Jadi kamilah yang jadi hero & heroin di sini. Fuad tukang ambil gambar!
Oleh kerana perjalanan masih jauh, jadi kami segera tinggalkan Laman tebu Aidil. Encik Suami memandu melalui kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah padi yang menghijau. Destinasi seterusnya, sudah tentulah mencari tempat untuk makan tengah hari.
5 comments
Cak! Ini memori daun tebu ni Kak Amie:D
BalasPadamMasyaa Allah cantik,kemas dan bersih kebun tebunya!
BalasPadamTu,lihat sana ada sepasang merpati dua sejoli sedang bergambar🤭
Saya membayangkan mereka berkejaran macam dalam film hindustan🤣
bestnya tempat ni. sambil minum air tebu, boleh ambil gambar juga!
BalasPadamAla romantis betul gambar di ladang tebu. Bestnya air tebu time panas
BalasPadamcantik bila ootd ni!
BalasPadamair tebu is one of my feveret tau.
lelebih dpt plak yg fresh gini.