Tujuh Jenis Sate di Gerai Satey Mana Lagi & Mee Bandung

11:50 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah merehatkan diri seketika, melelapkan mata dan rasa segar kembali, Fuad membawa kami untuk minum petang di sekitar Batu Pahat. Tiba-tiba kereta membelok arah Jalan Peserai Lama di Kampung Peserai Pantai. Fuad letak kereta bersebelahan dengan Gerai Satay Shahbandar Batu Pahat. Pada mulanya kami tidak bertujuan untuk makan sate. Kami lebih berminat untuk makan mi bandung. Apabila masuk ke gerai tersebut katanya gas habis dan tak boleh masak. Air pun tidak ada! 

Tidak ada pelanggan lain selain kami sekeluarga. Barangkali kami pelanggan terawal yang datang pada petang itu. Akhirnya kami pun memesan sate di salah sebuah gerai di situ. Tuan punya gerai sate sangatlah peramah dan sopan santun. Ada tujuh jenis sate di gerainya. Kami ingin mencuba jenis-jenis sate tersebut. Jadi, kami pesan:
  • 20 cucuk sate ayam
  • 5 cucuk sate daging
  • 5 cucuk sate kambing
  • 5 cucuk sate hati lembu
  • 5 cucuk sate perut
  • 5 cucuk sate paru
  • 5 cucuk sate usus ayam
  • 7 bungkus nasi himpit serta hirisan timun

Tujuh jenis Satey Mana Lagi



Kami duduk di bahagian belakang gerai menghadap kapal.



Kami tidak menunggu lama untuk menikmati tujuh jenis sate di sini. Benarlah kata Fuad, semua satenya lembut dan sedap! Harga sate termasuk nasi himpit : RM87.00.

Sate Hati Lembu.

Sate Perut Lembu.

Sate Usus Ayam

Sate Paru (sebelah Sate Usus Ayam)




Memandangkan malam ini Fuad akan bawa kami ke Parit Raja, jadi masing-masing mengatakan sudah kenyang makan sate di sini. Barangkali semua membayangkan, akan ada jamahan lain malam nanti. Oh, ada sesuatu yang agak melucukan di sini. Tidak ada air minuman, kerana gerai jual air belum dibuka dan syukurlah semua sate dapat masuk ke perut tanpa rasa tercekik di leher. Apabila masuk kereta, semua berebut hendak minum air mineral yang kami bawa.

32 comments

  1. Sate biasanya sedap-sedap belaka. Jarang kalau beli sate tak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perapan sate sedap, tak ada kuah kacang pun tetap sedap.

      Padam
  2. Usus ayam pun dibuat sate? Ini mmg rare ni.. agaknya macam manalah rasa sate paru tu ye

    BalasPadam
  3. wahhh sedapnya semua jenis akak pilih ya.... sate hati lembu pun ada ya tak pernah jumpa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kali pertama jumpa sate hati lembu. Seronok cuba makan sate yang baru ditemui.

      Padam
  4. Oh, bukan usus lembu ke tu, Kak Amie? Tapi, macam mana tu berjualan tak ada air. Air tin atau air mineral pun tak ada ke? hihi. Uniknya di BP, sate dicucuk pada lidi kelapa. Aduhhh.. rasa nak terkam meja tu dan angkat mangkuk hirup kuah sate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usus lembu saiznya besar kot SK. Gerai sate tak jual air. Waktu itu hanya dua gerai saja yang dibuka, gerai sate dan gerai mi Bandung.

      Padam
  5. Alamak takde jual air minuman? biar yang betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerai lain belum bersedia untuk berniaga SA. Kami sampai hanya gerai sate yang baru berjualan. Gerai lain masih tutup termasuk gerai jualan air.

      Padam
  6. wah satay arnab takde. Yang belum penah rasa satay paru, satay usus ayam dan satay hati lembu. Satay perut tu selalu kalau kat muar mesti ada. Muar sarapan satay pagi-pagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tak ada sate arnab. Sate perut tu sangat lembut, sedap tak liat.

      Padam
  7. Balasan
    1. Memang sedap. Tapi saya dengan Encik Suami saja yang makan hihihiii.

      Padam
    2. ye ke? hehehe...depa tak tahu betapa sedapnya sate perut ni... mkn hari2 pun tak jemu...

      Padam
  8. Adoii.. tak ada gerai jual air pulak ya.. mujur semua dapat ditelan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gerai jualan air tapi belum buka. Waktu itu hanya gerai sate saja yang berjualan. Mungkin kami datang awal, dan barangkali juga gerai-gerai di situ beroperasi waktu lewat petang hingga ke malam.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Sate sedap, tempat makan pun selesa siap ada pemandangan kapal. Memang berbaloi singgah kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Gerai dibuka waktu petang. Makan ditempat terbuka, tak rasa panas.

      Padam
  11. Cun lah tu. Minggu depan nak pergi Btu Pahat. In shaa Allah, boleh singgah.

    BalasPadam
  12. wah kena jenguk peserai ni. Nak cuba rasa. Satay my peberet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap satenya. kalau ada kesempatan datang ke sini, memang nak singgah lagi.

      Padam
  13. Balasan
    1. Semua yang ada, kami cuba Syu. Tidak mengecewakan.

      Padam
  14. Wah..meriah sate...
    Saya nak sate perut dan usus ayam tu..hehe
    Dulu masa remaja kalau kat kampung saya yang selalu mak tugaskan proses usus ayam..Selepas dilurut "isi" usus tu lalukan air dan masukkan sembilu buluh dalam saluran usus untuk membelah usus dan bersihkan bahagian dalamnya.Melekat bau kat tangan..🤣Memang kena banyak guna air nak bersihkannya.
    Melihat sate usus tu saya rasa sangat terliurnya...Mana nak cari niiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah pertama kali kami makan sate usus ayam.
      Samalah kita Mama Cella. Saya pun ditugaskan bersihkan usus ayam, tapi cuci di anak sungai. Usus ayam tak dibelah tapi dcucuk dengan lidi untuk diterbalikkan.

      Padam
    2. Laaaa...kenapa la saya tak perfikir nak cucuk lidi untuk terbalikkan..
      Tq ideanya 😍cikgu..kalau ada usus ayam nak saja saya cuba sekarang juga...

      Padam
  15. rasa nak JJCM di Batu Pahat, sedap2 makanannya....hati lembu sedap ya diperap & dibakar...

    BalasPadam
  16. Diam-diam sampai Batu Pahat ye. Orang Johor memang suka makan sate. Sarapan pun kadang-kadang makan sate jugak. Alahai boleh pulak gas habis dan kedai air tutup

    BalasPadam
  17. Omak aih.. Jenuh juga tu makan tanpa air minuman.. Mujur masing-masing tak tercekik..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe