Fuad & Farid Belanja Makan di K Fry Urban Korean

9:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan tengah hari di Uncle Don Food Corner, kami berpisah arah. Wak Aton memandu arah pulang ke Selangor, Fuad memandu arah ke UTHM semula. Kami akan bergambar di studio. Selepas itu kami bergerak pulang ke Batu Pahat. Dalam perjalanan pulang, terdengar Fuad berbincang dengan Abang Farid. Rupanya dua beradik ini bercadang hendak bawa kami makan di K Fry Urban Korean di Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, Batu Pahat.

Nampak jelas wajah letih Baba dan Mommy tapi tetap
rasa gembira apabila dapat bersama anak-anak.



Menu yang dipesan:
  • Cheesy Fried Chicken Bumbuk Mix
  • Anchovies Tuna Rice Ball
  • Mini Mango Bingsoo
  • Watermelon Fruit Tea
  • Lycee Mojito
  • Ice Lemon Tea

Minuman sejuk ini diberi percuma dan boleh tambah.


Lycee Mojito

Watermelon Fruit Tea

Ice Lemon Tea


Mini Mango Bingsoo

Fuad nampak teruja di antara wajah-wajah letih yang lain!

Anchovies Tuna Rice Ball.


Ada dua mangkuk Anchovies Tuna Rice Ball. Pelayan K Fry akan menggaul kesemua bahan dalam mangkuk dan membentuk bebola. Setiap mangkuk menghasilkan 12 bebola nasi. 

Abadikan kenangan wajah-wajah letih menunggu Anchovies Tuna Rice Ball siap.



Proses membuat bebola nasi.




Setelah hampir separuh gelas Watermelon Fruit Tea disedut, siaplah 24 biji bebola nasi.




Ingatkan sudah boleh dimakan, rupanya ada lagi yang perlu ditunggu!
Apa agaknya yang akan dibuat ke atas Cheesy Fried Chicken Bumbuk Mix ini.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk Mix


Pelayan restoran hidupkan dapur kecil dan memanaskan keju supaya menjadi cair.



Keju yang mencair ditarik tinggi-tinggi dan kemudian disalutkan pada ayam goreng. Ada dua jenis ayam goreng, iaitu ayam goreng biasa dan satu lagi ayam goreng pedas.





Inilah hidangan yang Fuad dan Farid ingin kongsikan dengan kami.

Kami melayani hidangan citarasa anak muda!


Macam hendak tertidur sang ayah ini!




Melihat tangan-tangan yang tidak sabar untuk mengambil makanan, sekali lagi rasa bahagia yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Fuad bertanya, mahukah order lagi? Kami kata cukuplah. Sekadar merasa sahaja, sebab rasanya malam nanti hendak ulang makan otak-otak dan pepes ayam! Biarlah ada ruang kosong perut untuk diisi nanti.

Terima kasih Fuad dan Abang Farid belanja kami makan di K Fry Urban Korean.


20 comments

  1. wah tenguk dia punya cheesy dia macam sedap je. Tak pernah makan ni. Tapi bebola nasi tu nampak best. Wah macam ni kena ronda-ronda batu pahat ni JJCM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni makanan orang muda hihihii... Encik Suami kata ikutkan sajalah kehendak anak-anak yang teruja nak belanja kami makan di sini.

      Padam
  2. Seronok kalau kumpul ramai makan ramai-ramai. Apa lagi makan berebut-rebut. Alhamdulillah seronok tenguk keluarga amie JJCM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa sekejap saja dapat bersama anak-anak. Apabila tulis entri, terkenang-kenang pula.

      Padam
  3. Kalau ramai anak lelaki mmg kuat mkn kan? mcm sy anak² kecil lagi x terasa sgt cuma kalau keluar tu mmg wajib 2x mkn.... cepat nau lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya lah... baru perasan anak-anak kuat makan rupanya!

      Padam
  4. Memang jelas letih wajah mommy dan babah tu. Tapi, demi anak2 tetap kuat semangat. Sy belum pernah makan di K-Fry, beberapa kali rancang nak pergi tapi nanti lain tempat pulak dituju, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun rasa letih tapi tetap gagahkan juga sebab nak hargai keinginan anak-anak membawa kami makan di sini.

      Padam
  5. Alhamdulillah.. Semoga rezeki abang Farid dan Fuad dilapangkan dan dimurahkan lagi.. Aamiin..

    BalasPadam
  6. Keletihan hilang dek bahagian dapat menyatukan kelurga di meja makan..Beruntung Kakak Aseeyah hadir dalam keluarga bahagia..🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah. Nikmat Allah tiada yang boleh didustakan.

      Padam
  7. Sebenarnya nak komen teliur semua minuman tu...tapilain pula ditaip jari ni🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... minumannya memang sedap-sedap belaka.

      Padam
  8. sedap2 menu kat sini. hargapun berpatutan sgt tu siap ada air free

    BalasPadam
  9. nampak semua wajah-wajah keletihan di situ kak, tapi mungkin dah lapar kan semua sabar menunggu. Makan panas-panas mesti sedap tapi kalau bukan peminat keju mesti muak jugak kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak sekarang memang sukalah yang berkeju-keju hhiiii... licin tak tinggal bekas!

      Padam
  10. teringin nak makan di sini. dulu nak pergi di KL tapi ramai betul orang..

    mmg nampak muka semua orang keletihan. letih tapi happy kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe