Bermalam di Yuslina Homestay Bandar Puncak Alam

11:54 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami sekeluarga menginap di Yuslina Homestay. Abang Farid yang menempah tempat penginapan ini melalui Booking.com. Homestay ini terletak di Bandar Puncak Alam, dan lebih kurang 15 minit pemanduan ke rumah Bonda di Kampung Bukit Hijau.

Bayaran untuk penginapan satu malam ialah sebanyak RM175.50 sen. Apartment ini menyediakan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Cukuplah untuk kami seramai tujuh orang termasuk Aseeyah.





Peralatan memasak turut disediakan tetapi kami tak sempat hendak sentuh atau gunakan. Kami sampai di homestay ini pada pukul 5:30 petang. Kami hanya sempat solat jamak dan kemudian meninggalkan homestay ini untuk ke kampung bertemu Bonda. Sebelah malamnya pula kami bergerak semula ke KLIA 2 menanti Fairuz yang asyik 'delay' dari Kota Kinabalu! Sepatutnya Fairuz terbang pukul 11:30 pagi, dan tiga kali delay pula! Tak perasan pukul berapa Fairuz sampai. Yang Amie ingat kami sampai di Yuslina Homestay lewat pukul 2 pagi!



Bilik tidur kami dilengkapi dengan sejadah dan telekung.



Ada selimut dan tuala.


Bilik tidur kedua, untuk Farid dan Aseeyah.



Bilik tidur ketiga. Malam itu Fuad tidur di dalam bilik ini. Fairuz pula tidur di sofa ruang tamu.


Bilik air.



Sterika dan iron board.


Pemandangan di sekitar Yuslina Homestay.



Walaupun lewat pagi dapat melelapkan mata, namun kami perlu bangun awal pagi. Ikut perancangannya, kami akan bersarapan dahulu sebelum sekali balik ke kampung. Fairuz perlu berjumpa nendanya, sebelum kami bertolak ke Johor.




Pada mulanya kami bercadang untuk membeli makanan dan bersarapan di sini, tetapi memandangkan masa yang agak terbatas, dan kebetulan pula kami bangun lewat, jadi kami ambil keputusan terus daftar keluar sahaja.


Terima kasih buat tuan rumah kerana telah menyediakan pelbagai kemuudahan asas untuk kami selama satu malam menginap di sini.


Yuslina Homestay
Jalan Residensi Warnasari 13/1 
Residensi Warnasari 2, A-05-2
Bandar Puncak Alam,
42300 Malaysia

 

16 comments

  1. Wah,boleh tahan kemudahan yang disediakan.
    Kira sangat murah tuh dengan harga tak sampai 200..Semoga tuan homestay juga dilimpahi rezeki dan barokah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki dapat homestay harga murah. Sekejap saja kami di sini, sekadar bersihkan diri, solat dan luruskan pinggang sebelum sambung perjalanan.

      Padam
  2. nampak bersih dan selesa homestay ni.. harga pon berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Syu.
      Sesuailah untuk kami anak-beranak berehat seketika.

      Padam
    2. kan kak amie. untuk rehat sebelum meneruskan perjalanan jauh..

      Padam
  3. Boleh ni menginap di sini jika datang lagi ke BPA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh SK. Harga pun bawah RM200. Dah dua kali kami menginap di homestay BPA.

      Padam
  4. Cikguuuu...rumah saya sepelaung je dari warnasari tu 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaa.... ye ke. Kalau tahu hari tu laung jew nama Jaja dari beranda homestay hihihiiii.

      Padam
  5. wah cantik dan bersih. Lengkap segalanya. Dapat lunjur kaki sekejap pun dah syok kan amie. Ye lah terkejar sana terkejar sini. Letih tapi bahagia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal tak meronda sangat, takut pemandu letih. Kita yang duduk saja pun terasa penatnya.

      Padam
  6. Bersih dan selesa nampaknya Homestay tu walaupun Kak Amie x sempat nak gunakan kemudahan yang disediakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA. Berehat sekejap saja sekadar bersihkan diri, solat dan luruskan pinggang.

      Padam
  7. cantik dan lengkap rumah penginapan tu kak, harga pun kira murah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, murahkan Dana. Tiga bilik tidur dengan harga yang ditawarkan memang berbaloi.

      Padam
  8. Cantik, bersih dan lengkap kemudahannya.. Memang seronok kalau dapat homestay begini..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe