Makan Sarapan di Cafe Santai Delicious Parit Jelutong

7:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Barangkali masih keletihan, janji untuk turun ke lobi hotel pada pukul lapan pagi berganjak ke pukul 10 pagi! Pada mulanya Fuad mencadangkan supaya kami ke Yong Peng. Fuad hendak belanja makan kari kambing 40 hari! Namun begitu, masing-masing hendak sarapan sahaja.

Fuad memandu ke arah Parit Raja untuk mencari tempat sarapan. Barangkali sudah terbiasa dengan tempat tersebut, walaupun agak jauh dari Batu Pahat, ke situ jugalah dibawanya kami untuk bersarapan!

Kereta masuk ke arah kampung. Ada sebuah tempat makan di kawasan kampung (rujuk lokasi dalam gambar HP) beralamat di: 27, Lorong Kenanga. Kampung Parit Jelutong, 86400 Parit Raja, Johor.

Sewaktu kami tiba, jam sudah menunjukkan angka 11 pagi. Banyak kereta bersusun di sebelah parit di tepi jalan, dan sebahagiannya terletak bersebelahan kafe. Ramai pelanggan memenuhi meja kerusi sedang menikmati hidangan masing-masing. Menurut Fuad, kafe ini dibuka pada pukul tujuh pagi dan ditutup pada pukul 12 tengah hari.
Cafe Santai Delicious Parit Jelutong

Wajah-wajah kesayangan hamba.

Tiada apa yang paling menggembirakan dan rasa syukur kepada-Nya, kerana di saat ini sentiasa dapat melihat anak-anak berada di sisi. Menyaksikan gelagat anak-anak saling mencicipi makanan, berkongsi rasa dan bergurau senda adalah satu nikmat kebahagiaan yang tiada tandingnya.


Seperti biasa, Encik Suami akan memesan kopi pekat.


Encik Suami memesan kuetiau goreng cina. Banyak makanan tradisional di kafe ini. Ada soto, lontong goreng dan sebagainya. Selalu asyik melihat sahaja SK TANAH JAUHAR sarapan lontong. Kali ini kita pula sarapan lontong kuah lodeh di JDT.

Lontong Kuah Lodeh

Lontong Goreng Kambing

Kita memesan Lontong Goreng Kambing. Tidak lama kemudian, pekerja kafe hantar sepinggan lagi lontong, katanya Lontong Goreng Biasa. Walaupun tidak ada yang memesannya, tetapi anak-anak kata letak sahajalah di meja, nanti kami kerjakan!

Lontong Goreng Biasa


Fuad makan Roti Sarang Burung. Pekerja kafe minta maaf kerana katanya sepatutnya ada kacang panggang, tetapi kacang panggang sudah habis. Menarik hiasannya, selain dua biji telur ayam, ditambah tiga biji telur puyuh rebus pula.


Fairuz memilih bihun goreng telur mata.


Abang Farid pula memilih roti telur kuah banjir.


Firdaus kongsi dengan Aseeyah, makan murtabak daging.
Tiba-tiba Fuad berkata: Baba mesti cuba roti canai kosong.
Baba sudah kenyang, sahut Encik Suami.
Baba mesti cuba. Sedap. Betul, sedap! Rasanya lain dari roti canai yang biasa kita makan.

Fuad terus memanggil pekerja kafe dan memesan roti canai kosong, tetapi pekerja kafe tersebut memberitahu roti canai kosong sudah habis. Fuad tidak puas hati selagi Encik Suami belum merasai keenakan roti canai tersebut.

Nanti saya bawa Baba datang ke sini lagi, janji Fuad.

Fuad membayar kesemua harga makanan dan minuman untuk sarapan kami dengan jumlah RM52.00 ringgit.

Biar betul dik, RM52.00 sahaja. Macam-macam kita makan tadi. Tak salah kirakah?

Betul, Mommy. Memang di sini harganya murah. Fuad meyakinkan.

Alhamdulillah.

12 comments

  1. Betul sekali. Berkumpul bersama anak2 adalah momen paling bahagia.

    BalasPadam
  2. mcm2 lontong ada, bestnya...seronok berkumpul semua ahli keluarga...semua turun meraikan hari gembira..

    BalasPadam
  3. Semuanya nampak sedap... sy belum lg try lontong goreng... selalu tgk je orang upload gambar

    BalasPadam
  4. Lontong goreng sedap. orang johor kalau tak pernah makan lontong bukan orang johor le.

    BalasPadam
  5. Lontong kuah lodeh tu kalau tambah dengan rendang pun sodap. aduhaiiiii ngences ni amie. Nak kena pi parit raja le ni huhuhu

    BalasPadam
  6. Wah...murah betul tu...nampak sedap lontong Kak Amie walau SA x makan lontong

    BalasPadam
  7. kuetiaw goreng cina tu nampak menariklah kak. lain drpd yg lain yg penah sy jumpa

    BalasPadam
  8. wahh ada telur puyuh lagi dlm roti canai sarang burung tu.. menarik..

    BalasPadam
  9. Semua nampak sedap..
    Saya terliur roti sarang burung sebab penuh isi dalam sarang tu.Lontong goreng pun sedapnya..
    Eh,apa lah agaknya keistimewaan roti canai kosong tu hingga Fuad bersungguh nak baba nya rasa...

    BalasPadam
  10. Lontong Basah, Lontong Goreng dan Lontong Goreng Kambing, Johor memang terkenal dengan lontongnya. Tengok murtabak dan roti telur, sy percaya roti canai kosongnya sedap seperti kata Fuad.

    BalasPadam
  11. Lontong goreng tu saya tak pernah cuba..
    Wah!! Menarik sungguh roti sarang dia.. Siap ada telur puyuh rebus..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe