Makan Musang King Dahulu Sebelum Mencari Lauk Kampung & Salai Mantin
12:23 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kenapalah susah sangat hendak meninggalkan Negeri Sembilan? Barangkali jiwa kami sudah kena pukau di sini... ahaks! Kali ini kami singgah makan durian di Jalan Pajam, Nilai - Salak, Mantin, Negeri Sembilan. Pada mulanya Amie terpandang gerai durian, dan mata terus tertancap pada tulisan DURIAN MUSANG KING - RM22.50 per kilogram. Kereta sudah terlajak jauh, tetapi dengan sabar Encik Suami penuhi permintaan kita untuk singgah makan durian!
Benarlah! Harga durian Musang King RM22.50 sen sekilogram. Entah betul entah tidak musang king, tawakal sajalah. Abang Farid, Fuad dan Firdaus tidak mahu turun dari kereta kerana tak makan durian! Hanya Amie, Encik Suami dan Aseeyah sahaja yang pergi ke gerai tersebut.
Encik Suami pilih sebiji durian Musang King saiz kecil, dan apabila ditimbang beratnya hampir sekilogram. Ketika Amie sedang makan dengan Aseeyah, Encik Suami beli lagi sebiji durian, tapi entah jenis durian apa, lebih dua kilogram beratnya.
Durian Musang King. |
Encik Suami hanya makan beberapa ulas sahaja. Setengah nafas jugalah Amie dengan Aseeyah hendak menghabiskan durian ini.
Walaupun lauk-pauk banyak yang sudah habis, tetapi sewaktu kami makan pelanggan masih berdatangan ke situ! Apa agaknya keistimewaan hasil air tangan Chef Helmi di gerai ini? Fuad memilih lauk ikan dan ayam goreng berlada. Abang Farid mengambil sup ayam dan ayam masak lemak cili padi. Aseeyah mengambil asam pedas ikan pari. Encik Suami dan Firdaus tidak ambil apa-apa, dan hanya menunggu sahaja di meja.
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Ubi. |
Asam Pedas Ikan Parang. |
Ayam Masak Lemak Cili Padi. |
Sambal Udang dengan Petai. |
Asam Pedas Ikan Pari |
Ikan Cencaru Air Asam. |
Air Asam. |
Nampak tak sabar Fuad hendak menjamah hidangan tengah hari masakan orang nogoghi! Setelah doa makan dibacakan oleh Firdaus, kami pun terus cuci tangan dan makan. Pergghhh! Memang sedap semua lauk-pauk yang kami pilih. Rasa asam pedas ikan memang cukup rasa! Firdaus tidak berhenti makan nasi dengan kuah asam pedas ikan pari sehingga terpaksa meminta nasi tambah! Apabila nasi tambah sampai, Fuad dan Encik Suami turut menambah! Kita pun menambah sama sebab asam pedas ikan parang yang kita ambil pun sangat sedap!
Semualah sedap! Tak ada yang tak sedap melainkan sedap belaka.
Patutlah pelanggan datang tak putus-putus walaupun lauk-pauk hampir habis! Dapat makan kuah asam pedas ikan pun dah cukup enak!
Patutlah pelanggan datang tak putus-putus walaupun lauk-pauk hampir habis! Dapat makan kuah asam pedas ikan pun dah cukup enak!
Enam pinggan nasi putih, tambah satu pinggan lagi, satu jug besar teh ais, dan 10 jenis lauk, semuanya berharga RM105.00.
Teh ais berbaki setengah jug besar. Jug besar! Bukan jug yang biasa. Encik Suami minta bungkus bawa pulang. Sayang, kata Encik Suami sebab masih banyak, dan tidak habis diminum.
Setelah perut kenyang, ke mana pula selepas ini?
3 comments
Wow..murah banget tu MK..
BalasPadamSaya pun jenis tak kenal sangat durian.tapi kalau dah nama durian bagi saya semua sedap dan tak pernah menolak..
Nak zikir jap..
nak makan durian..nak makan durian..nak makan durian
🤭
Wahhhh.. Kak Amie dah ada geng makan durian nampaknya. Kalau sy pun suka makan durian sebelum makan makanan berat yang lain. Daging salai masak lemak cili api dengan daun ubi, nampak sgt sedap tu.
BalasPadamsedapnya makan durian. dekat Penang macam dah ada durian, bila lah dpt balik Penang lg ni.
BalasPadam