Penghujung Julai sudah tiba. Ogos sudah menanti untuk mengambil tempat. Sebelum blog archive beralih bulan, Amie pohon kemaafan seandainya ada tulisan atau komen-komen yang kurang menyenangkan. Sebagai manusia biasa, Amie tidak dapat lari dari melakukan kesilapan terutamanya melalu kata-kata di hujung jari.Terima kasih dan selamat datang buat followers baharu yang menambah meriahkan Amie's Little Kitchen. Mohon maaf sekali lagi buat semua pengunjung kerana...
Sekarang musim buah terap @ tarap di Borneo. Amie masih ingat, dahulu buah ini berharga di antara RM1-RM2 sebiji.Sekarang, minta maaf! Nak beli sebiji pun fikir 11 kali. Walaupun saiz kecil, harganya tidak jatuh dari RM8. Itu harga di LD. Harga buah terap @ tarap yang dijual oleh peniaga buah-buahan di tepi jalan. Musim ini sudah dua kali kami beli. Kami pilih saiz...
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bagaimana keadaan cuaca di tempat rakan-rakan? Cuaca di LD masih seperti hari-hari sebelumnya. Di luar nampak redup tetapi di dalam rumah rasa berbahang. Kalau mandi pun rasa nak berlama-lama nak bagi sejuk badan. Minum air kosong pun berliter-liter juga sepanjang hari.Jom sejukkan tekak dengan Aiskrim Kelapa Gula Melaka. Amie tambah buah avocado dan buah mangga. Aiskim Kelapa Gula...
Salam ceria dari LD buat semua warga Borneo dan Malaya serta negara jiran tetangga. Mari kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja.Sarapan pagi ini:Pulut KuningRendang Daging Aidil AdhaKuih Penyaram @ Cucur Jawa @ Topi MexicoKopi Gula Sarang Lebah Sarapan pagi Sabtu.Pulut Kuning.Rendang Daging Aidil Adha ini sebenarnya Amie simpankan untuk Fairuz. Bujang satu itu suka makan rendang daging. Oleh...
Hampir pukul 5 petang, barulah boleh tarikh nafas setelah selesai PDPR dan hantar laporan. Firdaus pula hari ini berdikari menyiapkan latihan Matematik. Tak sempat semak entah betul entah tidak, terus saja Amie hantar kepada gurunya melalui google class room. Allahu Akbar! Esok lusa cuti, kita buat lihat senarai semak mana-mana kerja yang belum siap ya sayang.Pagi tadi sempat siapkan sarapan pagi. Tak sangka...
Sebenarnya Amie nak buat perut air asam tapi lain pulak jadinya. Inilah akibatnya kalau masuk dapur dengan kepala yang sarat dengan macam-macam yang diingat dan difikir! Lain kali fikiran itu sangkutkan dulu di pintu dapur.... ahaks!Perut air asam yang diangankan akhirnya duduk seperiuk dengan nangka muda. Jadilah Kari Nangka Muda Dengan Perut! Air asamnya pula dapat teman baru iaitu telur rebus! Begitulah jodoh...
Cerita hari Isnin lepas.Nama Firdaus tersenarai untuk terima hadiah.Guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan letakkan hadiah di hadapan pintu kelas .Ibu bapa boleh datang ambil.Ini dia bungkusan hadiah yang Encik Suami bawa pulang.Dan gambar atas bawah ini merupakan hasil tugasan Firdaus membuat penanda buku.Firdaus sangat teruja terima hadiah. Tak sabar dia nak buka bungkusan.Ini dia hadiah dalam bungkusan itu:Buku NotaPenselPemadamSticker Kata-Kata MotivasiComel betul pemadam...