Penginapan Yang Sangat Selesa di Royale Chulan Damansara

9:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Terima kasih Abang Farid bantu uruskan tempahan tempat penginapan di Kota Damansara. Pada mulanya Abang Farid tempahkan bilik Superior King tetapi apabila daftar masuk kami meminta tukar kepada kamar Superior Hollywood Twin. Kami hanya menginap selama satu malam sahaja, daftar masuk pada hari Isnin dan daftar keluar pada hari Selasa. Bayaran yang dikenakan termasuk service tax and charges sebanyak RM249.10 termasuk sarapan pagi untuk dua orang dewasa. Bayaran tambahan yang dikenakan untuk sarapan pagi ialah sebanyak RM58.00 dewasa, dan RM35 kanak-kanak.

Abang Farid pernah menginap di hotel ini sebulan yang lalu. Katanya, senang untuk ke sana ke mari dengan berjalan kaki. Cadangnya Abang Farid hendak bawa kami naik MRT jika ada kelapangan. Sayangnya, di sinilah kami melepaskan lelah setelah beberapa hari mengumpul keletihan dalam perjalanan! Akhirnya rancangan untuk menaiki MRT dan bas Go KL terbatal begitu sahaja.

Firdaus dengan bantal busuknya!


Google : Royale Chulan Damansara

Google : Royale Chulan Damansara

Google : Royale Chulan Damansara

Selamat Datang ke Royale Chulan Damansara





Royale Chulan Damansara yang letaknya di Petaling Jaya ini menawarkan kolam renang infiniti dan  akses terus ke pusat beli-belah The Curve. WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan. Tempat letak kenderaan yang luas dan percuma turut disediakan.

Hotel ini menampilkan hiasan kontemporari, bilik berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Bilik-bilik tertentu mempunyai pemandangan kolam renang manakala yang lain mempunyai pemandangan bandar.

Masakan yang disediakan termasuklah masakan tempatan dan antarabangsa yang disajikan di Royale Coffee House, dan dibuka sepanjang hari. Ada sebuah restoran yang menghidangkan masakan Jepun iaitu Minori Restaurant.

Stesen MRT Mutiara Damansara terletak hanya 250 meter dari hotel ini. Pelbagai pusat membeli-belah terletak dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari Royale Chulan Damansara. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak kira-kira 57 kilo meter.

Bilik kami : 420

Rasa tenanag sahaja sebaik melangkah masuk ke bilik ini.





















Pemandangan kolam renang dari bilik hotel.

Firdaus tidak sabar-sabar hendak turun mandi!

Abang Farid sempat ambil gambar di sekitar kolam mandi.

Abang Farid menemani Firdaus di kolam mandi sekitar pukul 4 petang! Matahari masih memancar.


Hampir satu jam Firdaus berendam di dalam kolam mandi.

Pemandangan Royale Chulan Damansara dari kolam mandi.

Walaupun cuaca panas, tapi mendung-mendung hendak hujan!

Pukul 5 petang, kami suruh Firdaus naik ke bilik kerana kami hendak jalan-jalan di sekitar Royale Chulan Damansara.


30 comments

  1. Belikan Daus goggles yang ada power tu... Senang nak swimming

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru 2024 Kak Amie 🎉 Kali terakhir menginap di Royale Chulan Damansara ni tahun 2015 kalau tau silap. Memang selesa dan senang nak pegi shopping kat bawah hihi.

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru amie. wah thn baru sambil makan angin yea. all da best for year 2024

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan angin, tapi jangan sampai keluar asap Kikiki!

      Padam
  4. happy new year....pernah juga check in sini tp urusan keje...yg best dlm bilik dpt yg ada bathtub..tp certain bilik xde

    BalasPadam
  5. Sukanya kalau dapat menginap disini....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best Mamacella. Lagilah time letih.

      Padam
  6. Bestnya tidur hotel.. budak budak suka la ada swimming pool

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Memang seronok sangat Firdaus di swimming pool.

      Padam
  7. memang cantik hotelnya kak, lengkap semua kelengkapan mmg puas hati lah, hotel tengah bandar mudah untuk ke mana2 dgn pengangkutan awam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Dana. Boleh ronda keliling. Balik hotel boleh rehat.

      Padam
  8. interior dia hampir sama laa kak dengan cawangan kat conlay...

    BalasPadam
  9. nampak selesa hotel dia, lps tu dkt MRT pula, senang nak jln2.

    BalasPadam
  10. alaaa... puas ke Daus mandi sejam aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukuplah tu... panas pula dengan pancaran matahari hihihii.

      Padam
  11. Best dapat menginap di hotel mewah ni. Besar dan selesa. ID pun menarik. Next time kalau cuti panjang bolehlah merasa pengalaman naik MRT dan naik bas go KL. Firdaus dan bantal busuknya berpisah tiada. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Fizah, banyak kali Abang Farid ajak naik MRT tapi tak juga kesampaian. Rezeki belum sampai. In syaa Allah lain kali.

      Padam
  12. daus boleh geng dengan alan dan awan ni... check in hotel je target nk mandi kolam... hehehe

    BalasPadam
  13. Firdaus bila dah jumpa kolam renang, memang kat situ jugak la dia ye..nasib abang farid temankan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah ada Abang Farid ikut sama. kalau tidak, Baba dialah yang jadi mangsa hihihii.

      Padam
  14. Saya langsung cek harga nya di Agoda, dan ternyata tak terlalu mahal ya kak . Soalnya awal July planning nak ke KL dan JB, jadi dah mulai cari2 hotel 😄.

    Kalo ajak anak2, memang lah saya pilih hotel dengan pool, biar mereka puas berenang kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya memang tidak terlalu kayangan.
      Puas hati, segala kemudahan disediakan. Tempatnya luas, selesa dan bersih. Berdekatan pula dengan tempat shopping.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe