Sate Brunei Ketupat Sipitang

3:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bulan puasa begini, mulalah terkenang anak-anak yang jauh di mata. Perasaan rindu usahlah dikata. Hanya doa sahaja yang mampu mengubat rasa. Syukurlah boleh bervideo call setiap hari, bertanya khabar dan berkongsi cerita. Sebagai ibu, kalau boleh ingin melihat segala perkembangan anak-anak di hadapan mata. Namun begitu sikap ini tidaklah adil dan hanya pentingkan diri. Mana mungkin sepanjang waktu anak-anak berada di celah ketiak kita. Biarlah mereka terbang mencari haluan dan mencapai cita-cita masing-masing. Kepada Allah kita bertawakal. Ya Allah, lindungi anak-anak kami, pelihara  iman mereka walau di mana mereka berada.  

Setakat ini tempat yang paling dekat untuk dikunjungi sudah tentulah di Kota Kinabalu. Walaupun Fairuz sibuk dengan urusan kerjanya, sekurang-kurangnya dapatlah mengikuti perkembangannya walau hanya untuk seketika. Sewaktu kami jalan-jalan ke tamu dan menjamu selera di tempat makan tertentu, sudah tentu tidak lupa untuk membawa pulang oleh-oleh berupa makanan untuk Fairuz dan Haziq. Kalau tidak sempat makan sebab lewat pulang dari menghantar bekalan ikan, Amie akan masukkan dalam peti sejuk. Keesokan harinya boleh dipanaskan atau dikukus.

Selain membawa pulang sate dari Sipitang, kami juga membeli sate dari Beaufort di Brunei Satay House untuk Fairuz dan Haziq. Ketupat dari Sipitang dipanaskan semula dan dihidang bersama sate kerbau, kambing, ayam dan berubut dari Beaufort. 

Sate Brunei & Ketupat Sipitang.


Sate dari Brunei Satay House di Beaufort ini memang sangat menggamit selera. Tidak sabar rasanya hendak berkunjung ke sana lagi. Mudah-mudahan ada rezeki di musim cuti bolehlah jejakkan kaki ke sana atau mana-mana gerai sate Brunei.

Hidangan sate dengan pelbagai makanan sampingan seperti ketupat, kocong dan kelupis.


Biasanya kita jumpa sate dengan nasi himpit. Memang ada nasi himpit di mana-mana gerai sate tetapi Amie lebih suka memilih ketupat. Bukan mudah untuk dapat ketupat zaman sekarang. Ketupat dan kelupis banyak dihidangkan di gerai sate Sipitang. Manakala di gerai sate Brunei lebih terkenal dengan sate dan kelupis.

Sate Brunei.

Ketupat dari Sipitang.


Kelupis dari Beaufort (Brunei Satay House).

Daun Nyirik.


Daun nyirik digunakan untuk membungkus kelupis.

Kocong yang dibeli di Brunei Satay House.

Pulut Inti dari Tamu Sipitang

Sate & the Gang!

Meriahnya warna-warni kehidupan rakyat Malaysia!

8 comments

  1. fuh!! menu kegemaran saya ni. tak pernah bosan dgn sate dan pulut. selalu onz!

    BalasPadam
  2. oooo guna daun nipah ya kak... so sy boleh pggl ketupat sipitang = ketupat daun nipah nnt. kg sy kalu dah tak ada pucuk kelapa pucuk nipahlah kami guna. sy x suka betul anyam pucuk nipah ni. leceh sbb kesat😁 1 sarung ketupat hmpr 15 min br siap

    BalasPadam
  3. Kak Amie, apa beza sate di Brunei dengan sate di Malaysia? Kalau di Brunei, sate dihidang dengan kuah kacang jugak ke?

    BalasPadam
  4. Kelupis tu macam ketupat juga ke amie. Macam-macam jenis daun digunakan kan.

    BalasPadam
  5. sedapnya kak... suka dana tengok akak punya nyiru tampi tu....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe