Antara Hatyai dan Bangkok : Di Mana Seleraku?

3:30 PTG

Lebih kurang seminggu sahaja lagi hari raya akan tiba. Tentu ramai yang sudah buat persiapan untuk menyambutnya. Apabila mendapati asyik berlaku perubahan pergerakan ketika hari raya, akhirnya hilang rasa keterujaan (teruja sedikit saja sebenarnya) untuk membuat persiapan. Bukan apa, sekejap tak boleh rentas negeri, sekejap tak boleh rentas zon dan akhir sekali tak boleh rentas daerah pula mulai 10 hingga 16 Mei 2021.

Tak apalah, tak boleh rentas daerah secara fizikal itu kita patuhi.
Apa pun, tak perlulah bersedih hati kerana ia bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di negeri Sabah. Harap rakan-rakan di negeri lain pun patuhilah arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Jom kita rentas negara, tiada had dan batasannya untuk imbas kembali segala kenangan lalu. Kita pergi Thailand nak tak?

Disember 2019, sebaik sahaja mendarat di KLIA2 dari Surabaya terus simpan beg di locker berbayar. Bawa beg sandang sahaja dan terbang ke Pengkalan Chepa, Kelantan. Hasrat hati ingin naik keretapi dari Golok sampai ke Hatyai. Puaslah mencuci mata dengan pelbagai pemandangan sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 4 jam 16 minit, melewati 32 buah stesen keretapi.

Dalam keretapi saja sudah teruja melihat macam-macam makanan yang dijual. Itu belum sampai lagi ke Hatyai, yang dengarnya orang kata bagai syurga makanan!

Boleh klik di sni untuk catatan perjalanan  ke Hatyai: TRAIN TO HATYAI

Train to Hatyai

Nasi Goreng Sultan


Pertama kali jejak kaki ke Hatyai tentulah rasa teruja sangat ingin merasa makanannya. Kami buat silap ketika makan tengahari di restoran sebab memilih makanan berat! Waktu itu memang sangat lapar sebab sudah pukul 2 petang. 
Pukul 3 petang pula kami ke Floating Market. Oleh kerana perut sudah penuh, jadi tak mampulah nak merasa pelbagai lagi jenis makanan yang sedap-sedap di situ!

Buah berangan sedang digoreng.

Mesti cuba aiskrim kelapa. Macam-macam aksesorinya tapi memang sedap!

Ini dia dua bini orang yang lakinya sangat sporting benarkan kami keluar sangkar!

Hatyai Floating Market

Antara makanan yang baru kami nampak, dan tak tahu namanya.


Dalam bungkusan daun pisang ini ada ikan, sotong, udang dan sebagainya.

Telur puyuh goreng pun nampak comel!

Di sana sini nampak miang kham. Ketika ini hanya melihat-lihat saja dan belum tergerak hati untuk membeli atau mencuba makan.

Walaupun tak tahu apa nama makanan, tapi semuanya nampak sedap belaka.



Ini burung puyuh goreng.
Sedap ni ratah seekor.


Kami beli air dalam buluh, tapi berlaku peristiwa sedih yang tak dapat dilupakan hingga sekarang. Belum sempat minum, bekas air terjatuh dan air tertumpah sebab letak di tempat yang tak stabil. Buluh itu boleh digunakan lagi untuk beli air, jadi kami beli lagi dan hanya bayar harga airnya sahaja.

Sebelah malamnya pula kami ke Night Asean Bazaar Hatyai. Memang banyak sungguhlah makanan di sini. Rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak pilih mana satu.



Memang pening kepala dibuatnya!
Makin ke depan kita berjalan, semakin banyak pula susunan makanan.
Apa yang nak dipilih?


Di sana sini ada longgokan udang galah.

Ini telur sotong.
Amie tak lepaskan peluang beli dan makan kerabu telur sotong.


Melihat kerang yang tersengih-sengih, hati jadi sakit.
Baiklah beli!


Banyak pilihan dessert.
Warna-warni.
Meriah!


Amie terjebak dengan kerabu kaki ayam.
Beli. Jangan tak beli. Dah beli kenalah makan.
Sedap!

Beli juga udang galah goreng.
Makan sekali di situ.

Tak lupa kerang rebus!
Ada 2 jenis sos dan kedua-duanya sangat sedap!


Keluar dari Night Asean Bazaar Hatyai, jalan-jalan pula di Hatyai Street Stalls.
Sana sini, kiri kanan, depan belakang penuh dengan gerai makanan pelbagai jenis!
Paling banyak sudah tentunya ayam goreng dan udang galah goreng.

Sate ayam pun ada.


Jus buah pelbagai jenis ...adeeehhh! Kalau boleh mahunya 7 hari 7 malam meronda kawasan ini saja!

Akhirnya beli baby crab. Ada beberapa jenis perisa yang di jual. Amie pilih perisa tom yam.
Masuk bilik hotel, tudung dan baju bau macam-macam. 
Yang pastinya tudung bau udang galah goreng!

Pagi-pagi lagi sudah menuju ke Dimsum Chabura.
Tak sabar nak merasa pelbagai jenis dimsum di sini.

Sekali lagi kami buat silap!
Ketika menunggu giliran dimsum dikukus, kami pesan makanan berat untuk sarapan pagi!

Siapalah tak tergoda melihat pelbagai jenis hidangan yang sangat menyelerakan ini!


Tak cukup nasi kerabu Siam dan nasi lemak Siam, nak makan nasi goreng nanas pula. Nasi goreng tu dalam bahasa Siam namanya khao pad. Amie tahu tu sebab Amie yang order...kihkihkih! Nasi goreng nanas ini agak berempah, dan sembunyi dua ekor udang galah di dalamnya.

Bila sudah kenyang makan nasi, barulah tiba dimsum ke meja kami.

Muka happy di pagi hari dapat masuk syurga dimsum!

Makan sajalah perlahan-lahan.


Amie beli miang kham, dan pertama kali Amie makan di Dimsum Chabura.
3 orang kawan lagi hanya melihat Amie makan.
Rugilah hanya tengok Amie makan...ahaks!
Sedap oi!


Cerita Hatyai berakhir di Kim Yong Market.
Boronglah apa-apa di sini untuk dibawa pulang seperti kacang gajus yang banyak jenis itu, kacang cerdik, sotong kering macam-macam perasa, longan kering yang harum dan entah apa lagi.

Jom kita ke Bangkok pula. Boleh klik sini: BANGKOK

Dinner Steamboat - Halal Food Bangkok

Kek oren - Voodoo Cafe



Ini di Sook Siam. Terjumpa seorang pekerja di sini berasal dari Petaling Jaya.  Seronoklah kami shopping sebab dia beritahu mana yang halal mana yang tidak. Maklumlah bukan kami faham tulisan Thai.

Buah salak Siam.
Beza sikit bentuknya dengan buah salak kita.


Kami memborong kepala dan janggut udang pelbagai perasa.
Semuanya sedap termasuk yang original.
Sayangnya sampai rumah Amie tak sedar Fairuz habiskan kesemuanya!
Hadoooiii.. ni kena repeat Sook Siam lagi nak cari kepala janggut udang!


Pulut mangga dan Siam berpisah tiada.


Antara perasa / perisa makanan Siam.

Setakat ini belum jumpa makanan yang nampak tak sedap.
Semuanya nampak sedap.

Cendol dalam besen pun nampak sedap!

Jom singgah di tempat makan halal.
Apa yang ada di sini?



Amie kan hantu popia.
Jadi belilah popia dengan udang goreng sekali.

Tom Yam Nam Khon

Kami sempat berkenalan dengan beberapa jenis tom yam di sekitar Bangkok. Gambar di atas ialah Tom Yam Nam Khon. Tom yam ini sama dengan tom yam phor tek, tetapi ditambah dengan santan.

Makan Tom Yam Nam Khon di Chaolay Restaurant. 

Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal

Ada beberapa jenis harta karun dari laut tersembunyi di dalam tom yam. Antaranya termasuklah sotong dan udang serta kupang dan juga cendawan. Tom yam gaya begini memang selalu kita jumpa di tempat kita. Tapi di sini, sudah tentulah rasanya lebih asli sebab dimasak oleh orang tempatan. Jom kita nikmati makanan istimewa negara gajah putih yang dikatakan berasal dari istana ini.


Kami dapat merasa tom yam putih bersantan di Bungaraya Halal Restaurant, Regent Ramkamhaeng Hotel di Hua Mak, Bang Kapi District, Bangkok.

Tom yam putih bersantan.

Tom yam putih daging.

Walaupun beberapa kali dihidangkan dengan ikan siakap, namun semuanya tetap habis licin! Kalau boleh dari kepala sampai ke ekor serta sirip-siripnya kami bersihkan.... kah!


Rasa ikan siakap yang rangup dengan sosnya yang secukup rasa itulah yang membuatkan kami menjilat jari!


Sup tulang Siam...eh sup tulang lembu.
Sedapnya ya ampuuunnnn!



Alang-alang dah sampai Thailand, jangan lupa makan ikan bakar garam.

3 jenis sos yang patut dicuba.

Di sinilah kami menimba pengalaman makan ikan bakar garam, bubuh dalam daun salad dan ulam-ulaman, tambah kuey teow atau mee hoon kemudian tuang sos pelbagai rasa! 
Lepas tu terus ngap!

Kuey teow dan mee hoon Siam yang lembut.

Makanan wajib : Somtam.
Hidangan ini habis licin awal-awal lagi!


Telur dadar pun sedap.
Sambal belacan lagilah sedap. Muka tak malu, minta tambah lagi.

Roti pisang

Walaupun sudah kenyang makan nasi, tapi apabila terpandang roti pisang kami pun sambung makan.
Allah... buruk makan betul...hihihiiii!
Apa boleh buat.... roti pisang tu yang bersalah sebab sedap sangat!

Sesekali kita bertukar angin masuk pasar malam di Thailand pula.
Kali ini kami ke Evening Market Muslim Area.
Semuanya halal belaka.
Terpandang leher ayam goreng garing!
Macam teringinlah pulak nak meratah.

Nampak lagi rangka ayam goreng.
Nostalgia zaman remaja kembali terbayang di depan mata.
Waktu belajar di universiti memang pantang kalau ada pasar malam. Mesti turun nak cari rangka ayam goreng kentucky! Dulu harganya RM2. Sekarang tak tahulah. Ada lagi tak? Maklumlah kita duduk jauh berjiran dengan Filipana. Banyak perkara yang berlaku di Malaya kita terlepas pandang.

Banyaknya ikan sepat!
Sana tu...siap ada telurnya lagi!


Mampu telan air liur sajalah.

Berpuluh tahun tak merasa ikan sepat segar!


Ikan lengat pula macam-macam jenis. Bukan setakat ikan kembung rebus / kukus macam kita saja. Ikan tongkol pun ada. Oleh sebab asyik teringat-ingat ikan tongkol, sampai LD Amie pun buat sendiri ikan tongkol kukus.

Tengok-tengok sajalah kuih dalam bungkusan daun pisang ni.


Wah!
Menarik pula bila terpandang ayam panggang di pasar malam!
Ayam dipanggang di dalam bekas besar, dan boleh masuk beberapa ekor ayam bulat! Wooo..... kepala dan kuku kakinya tidak dipotong!


Apabila sudah masak di dalam pemanggang, di bawa ke atas meja, hilang pula kepala dan kakinya!

Wah! Ada nai mong hoy tod.Wajib cuba ni. Sedap!
Nampaknya memang semuanya sedap! Tak ada yang tak sedap!


Ini pula ikan talapia kukus!
Aduh ibuk! Empat ekor sekali kukus dalam periuk pengukus!
Saiz ikan tu pula bukannya kecil!

Ikan bakar garam.

Kuih apa pula ni.



Tiba-tiba terjumpa kuih penyaram @ cucur Jawa @ topi Mexico di sini. Bezanya, kuih ini disusun terbalik. Bentuk obor-obor di bahagian hadapan, dan bentuk topi di bahagian belakang.

Terjumpa tomato yang digunakan dalam somtam semasa meronda di Mae Klong Railway Station. Tomato ini agak keras dan tebal.

Sedapnya ikan masin cencaru.

Herba yang digunakan dalam masakan tom yam.

Jom singgah Chatuchak Market kejap.

Buah asam jawa ke?

Banyak kali terjumpa buah asam kundang.

Manis sangat rasa buah asam kundang di sini.

Teringin makan baby octopus.
Jangan takut nak beli. Halal.

Anggur hitam moondrop.


Ada sejenis kuih yang sangat Amie suka makan. Mula-mula terjumpa di Floating Market di Hatyai, kemudian jumpa lagi di Evening Market Muslim Area. Kali ketiga jumpa di simpang masuk ke hotel kami.

Rasanya tersangatlah sedap!
Tapi nak buat tak pandai sebab tak tahu resipi.

Sekarang sudah tahu.
Namanya khanom krok.


Khanom krok diperbuat daripada campuran tepung beras dan tepung pulut serta santan.
Antara bahan yang dijadikan hiasan atau pelengkap khanom krok termasuklah hirisan kecil keladi, labu, daun bawang dan juga jagung.


Adik manis ini menjual khanom krok di simpan jalan hotel kami. Sewaktu kami lalu di hadapannya, dengan ramah dipanggilnya kami. Bahasa Melayunya sangat fasih. katanya, cubalah makan khanom krok. Tak beli pun tak apa. Kami pun apa lagi. Makanlah seorang sebiji. Lepas makan sebiji  rasa sedap pulak. Takkan nak makan lagi sebiji. Kenalah  beli. Kami pun beli berbiji-biji sambung makan di hotel!

Sampai sekarang tetap berusaha untuk membuat khanom krok di dapur sendiri! Dalam banyak-banyak makanan sedap di Thailand, khanom krok pulak daku jatuh cinta!

19 comments

  1. Aduh,tengok posting ni bulan puasa tengah nafsulapar.Kurus iman saya cikgu...hihihi

    Masa sekolah menengah 7 tahun berkawan dengan pelajar Siammese sempat la belajar basic bahasa siam dengan depa.Swmpat la belajar mengira nombor & basic bahasa pertuturan harian yg mudah- mudah.Tapi bahasa Siam Thailand lebih lembut & sopan berbanding bahasa Siam kampung.

    BalasPadam
  2. semuanya nampak sedapppppppppppp..ntah bile dapat ke sana

    BalasPadam
  3. Ni tak payah ke Hatyai, masuk blog Amie jer dah terasa berada di syurga makanan, hihi.

    Sy pun dulu masa ke Floating Market sedang kenyang sebab baru lepas makan. Jadi, banyaknya cuci mata sajalah

    BalasPadam
  4. Semua gambar makanan... kecuali tiga...

    BalasPadam
  5. mak aaiiii banyak nya makanan entry ni hahaha...
    jenuh buntang biji mata tengok hehe

    BalasPadam
  6. Syurga makanan! Geramnyaaaa tengok udang galah dengan kerang tu! Bila la boleh pergi, dulu time boleh pergi, tak pergi pulak. Sekarang menyesal hahaha :')

    BalasPadam
  7. Mestilah suka hatyai syurga makanan halal. Mcm2 boleh makan dgn puas

    BalasPadam
  8. Tak pernah ke Siam lagi. Dulu ada peluang, tapi saya malas nak pergi pulak. Kalau ke Indonesia dan Singapura, agak biasa juga pergi.

    BalasPadam
  9. Fuhh mencabar betul tengok entri ni di siang hari. Pernah pergi Floating Market sekejap. itupun naik kereta lah. Sempat merasa maggi kerabu dan air teh dalam buluh. Tomyam santan putih tak pernah makan lagi.

    BalasPadam
  10. Aduhhh,penah gak pegi hatyai naik kereta api. Seronok sgt time tuu. Udang galah kat sanaaaa sedapppp. N murah 😂

    BalasPadam
  11. Snek kepala dan janggut udang tu nampak menarik.. Apa nama dia ye kak amie.. kotlah ada jual dekat shopee.. hehehe

    BalasPadam
  12. SA suka pergi Haatyai dan jugak Bangkok..dua2 tempat heaven dengan makanan...kerang tu..uiii geram tgok..eh semua nampak menggiurkan la..

    BalasPadam
  13. terliur tgk smua makanan kt hatyai tu...mmg ada plan nk holiday ke hatyai nk jjcm tu la..tp apakan daya negara dilanda wabak covid19 so plan trip tu terpaksa ditangguhkan

    BalasPadam
  14. sedapnya mknn thai. bila lah dpt pegi lagi...

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Great experience with this article, I am also love to travel and experience the good food, in this blog I have to see mouthwatering food. Keep up the good work! Considering the problems, students don’t get time to focus on their studies, so they choose the Assignment Help services from professional writers. The assignment writing services are available online for the students who have no time to write the assignments and they need to maintain their academic scores, so it is best to have the guidance of professional writers.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe