RM100 Untuk Baba RM100 Untuk Mommy

by - 2:41 PTG

Ketika PKPD mula dilaksanakan, Fairuz berada di Kota Kinabalu. Balik ke Lahad Datu, Fairuz tinggal di rumah kakak ipar, tempat abang-abang sepupunya menguruskan ikan. Pagi tadi Encik Suami berpeluang berjumpa Fairuz. Katanya, petang ini Fairuz akan ke Semporna, bantu abang-abang sepupunya uruskan jual beli ikan di sana pula.

Sebelum berpisah, Fairuz hulurkan RM200 kepada Encik Suami. Katanya : 100 untuk Baba, 100 untuk Mommy.

Terkejut juga Amie apabila Encik Suami sampaikan duit itu. Kelmarin, Fairuz mesej, katanya nak daftar di kelas memandu. Hari ini bagi kita duit pulak. Rasa tak sampai hati pula nak terima. Encik Suami kata, Fairuz sungguh-sungguh nak bagi. Akhirnya Amie kata: Kita ambil sajalah. Kita simpan. Mana tahu ada rezeki Fairuz sambung belajar, boleh gunakan duit itu. 

RM200 daripada Fairuz.



Pandai sudah Fairuz beli sayur di Kundasang. Tidaklah sampai RM60 macam nak masak kenduri seperti pertama kali beli tempohari. Kobis itu bolehlah Amie buat coleslow. Terima kasih Fairuz. Rajin-rajin bantu Abang Aznan, Abang Aman dan Abang Amin urus ikan. Cuma Mommy nak pesan, kalau dah pegang duit jangan sampai lupa untuk sambung belajar! 

You May Also Like

15 ulasan

  1. Alhamdulillah,semoga Allah mudahkan urusan Fairuz & limpahkan lagi rezeki yang halal lagi barokah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..
    Semoga urusan kak amie dan keluarga dipermudahkan oleh Allah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Fairuz berkongsi rezeki dengan baba dan mommy. Pandai dah dia bajet beli sayur. Bagus belajar dari kesilapan pertama kali membeli dulu. Yang dalam plastik tu baby kobis ye kak amie? saya suka makan tu, rangup rangup makan sedap.

    BalasPadam
  4. alhamdulilah ..rezekii kak :)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..dah pandai dah fairuz berbakti kepada baba dan mommy...

    BalasPadam
  6. bole buat menantu si fairuz

    BalasPadam
  7. bagus fairuz tak pernah lupa mommy dan baba, rajin betul dia tolong abang sepupunya ya...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah semuga Allah melindungi fairus dan abang-abang sepupunya daripada virus covid 19. Sejuk hati tenguk fairus bagi duit pendapatan pada mak dan bapanya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan Fairus dalam bekerja.. walaupun tak banyak namun tetap memberi kepada ayah dan bonda.. anak yang baik..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. moga Fairus kekal berjaya :)

    BalasPadam
  11. Murah rezeki fairuz dpt berbakti kepada ibu bapa

    BalasPadam
  12. Untung akak Fairuz x lupa tanggungjawab walau dia lebih memerlukan...bagus tu akak dia utamakan mak ayah dia...

    BalasPadam