Ayam Masak Lemak Cili Api Suria Amanda

by - 11:57 PG

Kalau berkunjung ke rumah SA: SURIA AMANDA, selalu terliur melihat apa-apa saja masakan lemak cili api seperti ayam dan daging. Bulan puasa ini, sudah beberapa kali bercadang masak lemak cili api ayam, tapi setiap kali nak masak, tiba-tiba Encik Suami kata nak makan itu, atau makan ini. Kita pun terpaksa pendam selera. Sebenarnya Encik Suami tak tahu kita nak masak lemak cili api ayam.

Resipi Ayam masak Lemak Cili Api Suria Amanda sangat mudah. Teringat sewaktu Amie praktikal di Jalan Temiang, Seremban , Amie tinggal di Ampangan. Sempat Amie melihat ibu kawan Amie masak lemak cili api ikan dengan terung. Dan tidak dapat dilupakan sewaktu berkunjung ke Lenggeng, rumah adik ipar, ibunya masak lemak ayam cili api dengan pucuk ubi. Sempatlah menimba ilmu masakan orang nogori.

Ayam masak Lemak cili Api dengan Nanas

Untuk menghasilkan masakan 6-8 ketul ayam, SA gunakan santan dari sebiji kelapa. Serainya pula agak banyak iaitu 5 batang. Gunakan kunyit hidup dan cili api ikut tahap kepedasan yang diingini. Nampak cantik hasil masakan SA dan ibunya dengan warna kuning kunyit. Hasil masakan Amie pula lebih kuning kemerahan sebab Amie gunakan cili api warna merah. Tak ada sebiji pun warna hijau. Maklumlah, terkurung dalam pagar kawat duri PKPD, agak sukar untuk keluar masuk mencari bahan yang dikehendaki.
Jom lihat resepi SA yang Amie masak mengikut sukatan Amie sendiri. Biasanya SA masak lemak cili api ayam ditambah kentang, tapi Amie tambahkan nanas sebab tak ada kentang. Boleh rujuk resipi SA :

Bahan-bahan:
  • 700 gram ayam - potong menjadi 9 keping
  • 5 batang serai - diketuk
  • 700 ml santan dari sebiji kelapa
  • 400 gram nanas 1/2 masak - potong ikut saiz yang disukai
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk lumat:
  • 25 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan diingini)
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan tumbuk , serai dan nanas.
  2. Biarkan di atas api sehingga air ayam menjadi agak kering dan ayam mengecut.
  3. Kemudian masukkan santan dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  4. Setelah ayam menjadi empuk, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.


Terima kasih kongsi resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ya SA.

You May Also Like

15 ulasan

  1. WAH...Terharunya kak amie ikut resepi SA..sedap tak tu? senang nak buat kan....semoga perkongsian SA dan Kak Amie banyak bagi manfaat kat kawan-kawan kan...terima kasih Kak Amie kongsi entry ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu sedap SA. Mudah pulak tu cara masakannya, tak perlu bubuh bawang semua tu.Tq SA. Dah lama berliur, akhirnya dapat merasa juga.

      Padam
  2. Kannn kak amie, kalau pergi blog kak SA, memang selalu nampakkkk kak SA masak lemak cili api. Memang terliur habis nengoknya.
    Simple je resipinya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laaa... memang menggoda dengan warna semulajadi kuahnya tu. Resipi simple dimple tapi sedap berganda!

      Padam
  3. Nanas pun sedap.. Masam2 pedas gitu.. Ini lauk lemak ni, mmg mkn gitu hirup2 kuah perghh nikmat sungguh🤣🤣

    BalasPadam
  4. Uish..sodap tu masak lomak cili api.Podeh kodoheh tongang gulo( betul ke ayat tu SA?)hihihi..Sebenarnya ambil ayat tu dalam lagu " mencari pasangan"

    Selamat menjalani PKPD cikgu,semoga semuanya baik- baik sahaja.Tempat kerja saya pun hari ni beberapa orang kena swab test juga & sanitasi.

    BalasPadam
  5. Wak kalau makan ayam, suka pilih part drumstik dia

    BalasPadam
  6. Sedap ayam masak lemak guna santan segar. Saya pun pernah masak guna cili pi merah je. Memang lain warnanya sikit. Letak extra serai tu yang lagi sodap tu.

    BalasPadam
  7. alamak, sedapppnyaaaaaaa alahaiii :)

    BalasPadam
  8. pergi ke rumah kak amie ni pon selalu terliur

    BalasPadam
  9. cara masak lemak cili api orang nogori, simple tapi sedap kan kak

    BalasPadam
  10. Saya selalu je terliur kalau ke blog kak SA.. masakannya semua sedap2 belaka.. Menarik warna masak lemak akak..

    BalasPadam
  11. Sedapnya! Cadangnya, saya pun nak buat masak lemak cili api hari ni. Nak ikut resepi ni la. :)

    BalasPadam
  12. Wah menjadi air tangan akak.. sedap pekat kuah ayam tu

    BalasPadam