Dari Pulau ke Pulau

12:42 PTG

Banyak pulau di Sabah. Banyak pulau belum Amie jejaki. Adalah juga beberapa buah pulau yang Amie sampai seperti:

  • Pulau Sapi
  • Pulau Manukan
  • Pulau Sakar
  • Pulau Sibuan
  • Pulau Bohey Dulang
  • Pulau Kappalai
  • Pulau Timba-Timba
  • Pulau Pom-Pom
  • Pulau Timbun Mata
  • Pulau Mabul
  • Pulau Egang-Egang
  • Pulau Bum Bum

Pulau Kappalai, Semporna.


Aktiviti paling menyeronokkan sudah tentunya bersnorkeling. Banyak batu karang dan ikan cantik di dalam laut. Duduk di dalam bot pun boleh melihat ikan-ikan di dalam air laut.

Ikan pogot biru.


Sebelum ke Pulau Kappalai, kami sampai ke Pulau Mabul dulu.


Nak bermalam di Mabul Water Bungalow Resort, Semporna memanglah tak mampu. Jadi duduk-duduklah saja di jambatannya.


Ketika itu, harga penginapan satu malam untuk satu kepala ialah RM2400+++.

Mabul Water Bungalow Resort.


Baiklah kita layan gambar masyarakat Pala'uh atau Bajau Laut atau Sea Nomad di sekitar Pulau Mabul.



Antara aktiviti harian masyarakat Pala'uh ialah menjual hasil laut kepada para pelancong.


Mereka juga menjual buah kelapa muda.


Pandai mereka letak harga. Mula-mula letak harga RM10 untuk sebiji.
Macam tak masuk akal harga yang ditawarkan.
Apabila kita tak layan, barulah diturunkan harga RM5 sebiji.


Apa pun, yang penting mereka berusaha untuk mencari rezeki yang halal.



Selain ikan, mereka jual hasil laut yang lain seperti siput, kima, tehe-tehe dan sebagainya.


Siput tarik.

Tehe-tehe @ landak laut.

Siput kahanga.


Biasanya ikan yang dijual masih hidup. 
Harga yang ditawarkan sudah tentulah harga kayangan.
Di sini, ramai pelancong dari China. Mereka suka makanan laut dan sanggup beli dengan harga yang tinggi.


Ini jenis ikan kerapu sunoh atau kerabu bara yang memang mahal harganya.


Lobster yang masih hidup ini ditawarkan sehabis rendah RM300.
Kami geleng kepala saja.


Seorang pemuda Pala'uh tunjukkan kami ketam yang masih hidup.


Dapat harga RM50 setelah tawar-menawar.


Kami minta tolong tukang masak restoran masakkan ketam untuk kami. Satu ikat ketam masak butter kering. Sebenarnya sudah ada lauk lain dalam pakej kami, dan ketam ini sebagai tambahan sahaja.


Satu ikat ketam lagi goreng cili.


Perut yang sentiasa lapar kerana masing-masing layan hobi bersnorkeling!


Pulau paling dekat kami jejaki sudah tentulah Pulau Sakar, 20 minit dari jeti Lahad Datu.
Airnya bersih dan jernih. 


Boleh memancing ikan di sini.


Jom lihat dua jenis ikan di sini.
Gambar atas : Ikan kerapu
Gambar bawah: Ikan keratang


Ikan keratang ini saiznya sangat besar. Katanya sewaktu kecil dipanggil kerapu dan setelah membesar dipanggil keratang.


Jom kita lihat landak laut atau dalam bahasa Bajau disebut tayyum. Tayyum juga dipanggil bulu babi. Kena berhati-hati sewaktu berjalan kerana kalau tersentuh, dan duri menyucuk peritnya teramat sangat disebabkan bisa racun! Untuk mengurangkan rasa sakit, ikut tradisinya tempat yang tercucuk itu disiram dengan air kencing!


Bukan sebarangan orang boleh pegang landak laut ini.


Hanya tangan profesional sahaja boleh buat begini!



Selain memancing, aktiviti lain yang boleh dilakukan di Pulau Sakar ialah mendaki Bukit Taruakan.


Sampai ke puncak Taruakan Hill, 500 meter jew.


Jom daki bukit di Pulau Bohey Dulang, Semporna. Pendakian setinggi 600 meter tetapi agak mencabar kerana bukit agak curam.


Beginilah pemandangan dari puncak Bohey Dulang.


Bagi pencinta alam, tempat ini wajib dikunjungi.
Lihatlah terumbu karang di pesisir pantai pulau-pulau ini.... lihatlah air lautnya yang hijau membiru! Pandanglah ke atas... tampak awam putih cemerlang! Di manakah lagi tempat di dunia ini yang seindah ini? Maha Suci Allah!


Pulau Bohey Dulang merupakan salah sebuah daripada 8 buah pulau Taman Marin Tun Sakaran di Sabah dan dikawal rapi oleh Taman-Taman Sabah. Ramai pengunjung yang datang mengatakan tiada kemudahan asas yang disediakan di pulau-pulau ini termasuklah tempat penginapan, restoran dan sebagainya. Sebenarnya Taman-Taman Sabah sedang melaksanakan usaha melindungi dan memulihara kawasan tersebut untuk jangka masa panjang. Hasilnya, tanpa sebarang pencemaran alam sekitar, persekitaran laut termasuk pasir dan airnya yang kelihatan hijau membiru tampak bersih tak tercela! Buktinya, kebanyakan pengunjung mengatakan di sinilah terletaknya segala syurga keindahan alam semula jadi!


إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman.” (QS:Al-Jaatsiyah | Ayat: 3)


Gambar atas dan bawah merupakan kunjungan ke Pulau Pom Pom pada Ogos 2020.

Gambar di bawah air bersama sang penyu.


Gambar terakhir ini diambil pada tahun 2015. Sebaik sahaja turun dari mendaki Gunung Kinabalu, kami teruskan perjalanan  menuju ke laut pula. Kami ke Pulau Sapi. Dalam keadaan kaki kami yang masih sakit , jalan dengkot-dengkot kami mendaki pula bukit untuk sampai ke stesen zipline. Inilah aktiviti kami di The Longest Zipline in Borneo! Kami meluncur melintasi jarak sejauh 250 meter dari pulau ke pulau dalam masa 22 saat!

Sekian.
Imbas kembali Dari Pulau ke Pulau!

30 comments

  1. bestnya kak, yelah sabah ada pulau yg banyak dan cantik2....
    boleh tahan mahal yek harga di tawarkan oleh kaum bajau laut tu ye heheheh... kiranya mereka ni memang takde kewarganegaraan ye kak?

    geram nengok semua hasil laut yang di tawarkan, memang comfirm fresh ya tapi harga kayangan pun iya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak cakap juga tentang kewarganegaraan mereka ini, sebab bergantung kepada latar sejarah dan geografi.
      Biasanya yang datang ke situ pelancong China, jadi mereka letak harga tinggi.

      Padam
  2. Tak dapat ke Maldives, dapat ke Pulau pulau di sabah pun dah cukup happy sangat. Tak pernah lagi tengok in real air laut sejernih itu. Pulau Mabul tu memang menarik. Pulau Bohey Dulang tu saya tertarik dengan tangga tu. Boleh jadi tempat port ambil gambar tu. The Longest Zipline in Borneo, tak sure berani ke tidak nak mencuba tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sewaktu kami termengah-mengah daki ke puncak Bohey Dulang tu, rupanya di atas sudah ada pasangan pengantin bersama jurufoto untuk bergambar berlatar belakangkan pemandangan di situ. Betul tu Fiza, kawan Kak Amie terpaksa ambil masa lama untuk dilepaskan dari stesen sebab ketakutan, kakinya jadi keras!

      Padam
  3. Jernih airnya.. Sy tak pandai snorkeling, tak pandai apung wpun guna life jacket, huhu. Jadi, kalau pergi pulau2 ni agaknya bikin rugi saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe SK. Rugi di laut saja, tapi tetap untung di darat dan udara.

      Padam
  4. Sabahhhhhh paling banyak pulau kan kak amie? Teringin betulll nak pergi! Jernih je airnya, siap boleh tengok ikan lagi walaupun duduk atas bot. Bilalah boleh merasa nak pergi sabah ni huhuh :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak pulau, tapi kena pilih pulau yang selamat. Maklumlah banyak mundu (lanun) abu sayaf and the gang!

      Padam
    2. Okayyy tiba tiba rasa serammmm ><
      Takut pulakk bila kak amie cakap pasal lanun hahaha. Teringat kes lahad datu tuu.

      Padam
  5. Ya allah kak amie...how i wish dapat pergi kat semua pulau tu ha,tgok hasil tangkapan penduduk bajau laut tu...makan seafood fresh...haih...bila la nak explore ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasang angan-angan dulu SA. Mana tahu rezeki suauu hari nanti boleh sampai sini. In shaa Allah.

      Padam
  6. Eh, banyak nya pulau yg dah pegi...? Uncle pulau pinang satu je...

    BalasPadam
  7. Op, lupa nak cerita... Uncle pernah dengar pasal landak laut dari kartunis Ujang... dia lukiskan kat uncle... ni ha... < https://www.youtube.com/watch?v=PuvDaKVnfXA >

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Uncle. dah tengok Ujang Lukis Landak Laut, tangan kidal ye Uncle. Otak bijak tu.

      Padam
  8. sronok bila dpt ke pulau...dlm senarai tu ada juga pernah smp ...mmg syok sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok jalan ke pulau sam[ai lupa jalan balik ke jeti heheee.

      Padam
  9. Wah,seronoknya dapat berlayar dari pulau ke pulau.Pulau- pulau kat Sabah cantik & bersihnya.
    Kat Kedah pun banyak pulau juga cikgu.Kampung pun banyak nama pulau.Contoh Kampung Pulau Keramat,Kampung Pulau Nyoq,Kampung Pulau Tengah,Tapi pulau-pulau di tengah sawah la bukan laut...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lagi pulau belum diteroka. Encik Suami pula jenis takut air, nak naik bot pun tak berani. Katanya kalau nak ke pulau, pergilah dengan kawan-kawan.

      Padam
  10. Jernih betul air.
    Sabah memang banyak pulau-pulau yang cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kebanyakan pulau-pulaunya masuk kategori ekopelancongan.

      Padam
  11. SubhanaAllah.. cantiknya.. Belum ada rezeki lagi nak sampai ke Sabah.. Landak laut tu teringin juga nak rasa.. Besar dan menarik siputnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah akan sampai juga ke Sabah satu hari nanti.

      Padam
  12. Cantik betul resort di mabul tu. seronoknya melihat keindahan alam di pulau di sabah. Mudahan Allah rezekikan dapat pergi ke sabah. Syoknya ketam fresh dari laut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik sangat. Kami yang marhaen ni duduk-duduklah di situ ambil gambar saja. Memang sedap ketam fresh, manis.

      Padam
  13. saya pernah sampai ke tiga buah pulau saja di sabah, pulau manukan, pulau mamutik dan pulau sapi masa ke KK tahun 2011. klu ada rezeki mmg plan nak explore satu sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo yaaa... baru teringat! Zaman kakak bujang dulu memang pernah jejak kaki ketiga2 buah pulau ni. Hooooo....habis rentung muka kena panas.

      Padam
  14. tetiba rasa sedih bila baca entry ni...waaaaaa sebabnya entry g semporna sy tak habis lagiii waaaaaaaaaaaaaaaaaa


    syok kan dpt pegi pulau2 kt semporna ni...ada rezeki mmg nak sgt duduk kt banglo atas air tu hehehe... arghhh PKP!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lagi pulau di Semporna yang belum dijejaki. Hohoooo... resort di sana memang harga kayangan.

      Padam
  15. Teringin nk ke bohey dulang sblm pkp.. cantik sangat view pulau2 di sabah

    BalasPadam
  16. mmg byk pulau2 yang cntik dkt sabah. teringin nak jln2 pulau lg. rndu nak g mabul lg. huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe