Ziarah Aidil Fitri PKPB di Sabah

1:39 PTG

Salam Aidil Fitri 1442. Walaupun tiada persiapan yang agak sempurna seperti tahun-tahun 2019 dan sebelumnya, namun suasana hari raya masih dapat dirasai. Keputusan benarkan ziarah Aidil Fitri PKPB selama 3 hari di Sabah memberi peluang kepada kami untuk berkunjung ke rumah keluarga terdekat walaupun hanya seketika dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Alhamdulillah, kebenaran berhari raya dalam tempoh yang singkat adalah disebabkan jumlah positif Covid-19 yang semakin menurun.

Seperti biasa pagi raya pertama kami akan ke kampung, rumah adik ipar (rumah MIL & FIL). Kami solat Aidil Fitri secara berjemaah, dan sempat menziarahi pusara MIL & FIL. 

Pagi raya di kampung Encik Suami. Kali ini kami berempat sahaja. Abang Farid dan Fuad di Seri Iskandar, Perak.

Kami ziarahi rumah keluarga terdekat sahaja.

Kebetulan pula, rumah emak dan bapa saudara sebelah Encik Suami berdekatan di antara satu sama lain. Jadi, jalan kaki sahajalah. Cuma, kena keluarkan tenaga sedikit untuk naik dan turun bukit.

Syukur Alhamdulillah. Walaupun hanya seketika, dapat juga bertanya khabar dan bersua muka.

Firdaus sangat gembira sebab dapat keluar dari sangkar dan melihat dunia luar. 

Cuaca pada hari raya pertama sangat terik.
Dari padi sehingga petang memang banyaklah air masuk ke perut!


Sempat juga biras Amie sediakan kuih raya.


Oleh kerana biras Amie orang Bugis, jadi juadah di pagi raya tidaklah dapat lari dari masakan tradisi masyarakat Bugis.


Masakan tradisi Bugis di pagi raya di rumah adik ipar:
  • Buras nasi & pulut
  • Nasu Likku (Ayam Masak Lengkuas)
  • Manuk Nasu Sangtang (Ayam Masak Lemak)
Buras Nasi

Buras Pulut

Sayap Ayam Goreng

Manuk Nasu Sangtang (Ayam Masak Santan)

Nasu Likku (Ayam Masak Lengkuas)

Oleh kerana kami tutup pintu rumah, jadi Amie bawa lauk ke kampung. Bolehlah tumpang makan dengan buras. Amie bawa Sambal Goreng Babat dan Rendang Daging. Rendang daging itu Amie buat basah. Sedap makan buras dengan rendang basah, maksudnya rendang yang ada kuah sikit-sikit. Buras nasi hasil air tangan biras Amie sangat sedap. Tak cukup makan sebungkus, tambah lagi sebungkus!

Sambal Goreng Babat

Rendang Daging.

Gambar bersama keluarga adik ipar.

Entah kenapa, kali ini warna pakaian pun nampak redup dan suram!
Sekian.
Salam Aidil Fitri.



22 comments

  1. Buras tu sama tak agaknya dengan yg kami panggil burasak? Kalau buras pulut kami panggil loi, makan pulak dengan Nasumeti (tak Silap2 sebutannya begitu). Nasumeti tu asam pedas Ikan parang. Maaf jika info salah, sebab kita bukan asal bugis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buras dengan burasak tu sama. Dibuat dari beras dan santan. Kalau pulut pula di tempat kami ada jenis leper seperti buras nasi, dan jenis bulat dipanggil tumbu'. Setakat ini di LD saya belum jumpa buras disantap dengan nasu meti (asam pedas ikan parang).

      Padam
    2. baru nak tanya buras ngan burasak tu sama ke?

      Padam
  2. Untung orang Sabah boleh berjalan raya. Kita ni duk rumah je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, setelah menderita Covid19 yang berteusan sejak PRN September 2020.

      Padam
    2. orang di sini ziarah dalam rumah sendiri jer, ziarah dapur pastu ziarah bilik dan paling banyak ziarah bilik air

      Padam
  3. Wah,meriahnya raya di Sabah.KL sunyi sepi mac dilanggar garuda.Nak ke Dataran Merdeka pun takut sebab banyak SJR.

    Tengok pic yang ada orang berjalan kaki & bermotosikal beraya tu rindunya kampung.

    Apapun selamat Hari Raya & Selamat Hari Guru cikgu...!
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun takut-takut juga beraya, mana tahu dalam mematuhi SOP tiba-tiba muncul penguatkuasa heheheheee...
      Jalan kaki tu ke rumah yang dekat-dekat.

      Padam
  4. Seronoknya, dapat beraya rumah keluarga terdekat. Kami tak boleh kunjung mengunjung langsung. Polis pun dok meronda je depan rumah.
    Selamat hari raya, Amie. Minta maaf atas segala salah silap saya, ye.

    BalasPadam
  5. Bestnya kak dpt jalan2 raya keliling kampung heheh.. Rindunyaa nak jumpa sanak saudara..

    BalasPadam
  6. 😭😭😭😭😭😭nangis tgk dpt ziarah n keluar beraya😭😭😭😭😭 org kl hanya mampu ternak lemak dlm rumah je....


    banyaknya juadah👍👍👍 rasanya 1 pun sy x penah rasa lg...

    BalasPadam
  7. banyakkkkknyaaa juadahhh meriah saya tengok. sedap belaka nampak..
    saya dgn mak je menu simple hehe.. tapi alhamdulillah masih trasa nikmat raya..

    BalasPadam
  8. Ok itu jalan kaki melawat, penat boleh minum dan makan balik.

    BalasPadam
  9. Bestnya kak dapat beraya walaupun 3 hari, dr kami berkunjung ke rumah jiram pun xboleh... huhuhu tahun ni paling syahdu

    BalasPadam
  10. Nampak sedap masakan oranag Bugis kan Kak Amie...buras tu sama dengan Burasak kan...

    BalasPadam
  11. mcm2 juadah raya tu...selamat hari raya utk kak amie sefamily

    BalasPadam
  12. Seronoknya dapat feel suasana raya berkumpul dan ziarah. Walaupun 3 hari kira okay sangat. Mana tak seronok Firdaus dapat keluar dari sarang. Hidangan pun meriah macam macam dapat makan hidangan raya.Tema warna biru hijau nature colours :)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah berpeluang ziarah menziarahi antara satu sama lain.
    Meriah juadahnyaaaaa!

    BalasPadam
  14. selamat hari raya kak amie..maaf zahir batin jika ada salah silap dalam pertuturan dialam maya..

    BalasPadam
  15. Sedap Amie buras/burasak makan dgn asam pedas ikan parang

    BalasPadam
  16. selamat hari raya amie, seronok baca amie punya catatan raya, maaf zahir batin yea.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe