Jom Berkenalan dengan Keluarga Kerapu

by - 8:43 PTG

Menurut laman web UMPAN : KENALI KELUARGA KERAPU, perkataan kerapu (grouper) dipercayai berasal dari nama Portugis yang berasal-usul bahasa asli Amerika Selatan. Ikan kerapu dikatakan boleh membesar sehingga 2.5 meter dan mencapai berat mencecah 360 kilogram seekor!

Sayang pula nak buang gambar-gambar ikan dalam HP yang Amie ambil sewaktu Fairuz dan abang-abang sepupunya timbang dan bungkus sebelum dihantar ke Kota Kinabalu. Baiklah jadikan entri, boleh kongsi info dengan para pembaca. Sebenarnya banyak lagi jenis ikan kerapu dan gambar-gambar di bawah ini hanya sebahagian daripadanya. Itu pun Amie tak tahu semua namanya. Untuk maklumat lanjut tentang nama-nama ikan, Amie rujuk di sini: TALK ABOUT FISH.

Ikan Kerapu Batu.

Ikan keratang di kolam ternak Pulau Sakar, Lahad Datu.

Ada sejenis ikan kerapu saiz besar dipanggil ikan keratang. Ikan keratang di Sabah merupakan sejenis ikan kerapu super premium, sejenis ikan kacukan brown marbled dan tiger grouper. Kalau sesiapa pernah datang ke Semporna boleh saksikan sendiri ikan keratang yang diternak berhampiran tempat penginapan Dragon Inn. Di pintu masuk Dragon In turut dipamerkan tulang ikan keratang yang besar. Tak tahulah sekarang ada lagi atau tidak.
Ikan ini sangat istimewa kerana hanya diberi makan ikan sardin sahaja. Dikatakan isinya antara yang tersedap, selain putih, licin dan pejal dan mengandungi kolagen. Ikan keratang mendapat permintaan yang tinggi dari China dan Hong Kong. Harganya pun cukup lumayan! Hanya golongan kayangan sahaja yang mampu menikmatinya! Tapi kalau sudah rezeki, golongan marhaen pun boleh menjamahnya juga!


Besar saiz mulut ikan keratang ini.  Agresif sifatnya sewaktu kami campakkan makanan.
Saiznya pun besar macam saiz manusia!


Ikan kerapu ini ramai adik-beradik dan sepupu sepapat serta ipar duai. Samalah seperti keluarga burung. Ayam itik pun keluarga burung. Begitu juga angsa, ayam mutiara, burung unta dan segala jenis burung yang boleh terbang seperti burung bangau, burung hantu, helang dan seumpamanya.


Sekali pandang ikan kerapu ini seolah-olah sama tetapi dua tiga kali pandang ada banyak perbezaannya dari segi rupa bentuk, warna sirip, warna ekor, bintik-bintik pada badan dan sebagainya. Isi kerapu hitam dengan kerapu merah sudah tentu mempunyai rasanya yang tersendiri, dan harganya juga sangat ketara bezanya di antara kedua-duanya!


Amie pun bukannya tahu semua nama kerapu ini. 
Kalau ada yang tahu namanya, bolehlah kongsikan dalam komen di bawah ini.


Ikan Kerapu Sunoh Merah Bintik Biru

Ikan Kerapu Sunoh @ Kerapu Bara @ Kerapu Bintang

Ikan kerapu sunoh pelbagai jenis.

Ikan Kerapu Bintik Jingga

Ikan Kerapu Cicak

Ikan Kerapu Hitam

Ikan Kerapu....

Ikan Kerapu Bintik Bulat

Ikan Kerapu Sirip Kuning

Ikan Kerapu Ekor Gelap

Ikan Kerapu....

Ikan Kerapu Sunoh Pisang

Ikan Kerapu Bintang

You May Also Like

19 ulasan

  1. Mak aiii...banyak rupanya jenis kerapu ni...tak teringat kat SA ni kalau disuruh hafal..ikan ketarang tu ngeri la tengok kak...garang betul mukanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang garan ikan keratang tu SA. Sudahlah saiz besar. Tapi isinya sedap!

      Padam
  2. Serammm pulak tengok ikan keratang tuuu, besar gila >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulutnya tu besar betul...seram kan!

      Padam
  3. adoiii..... kita pun seram tgk adik badik kerapu ni...
    x tau la bole telan ke x klu terhidang depan mata heheh

    BalasPadam
  4. Dulu suka juga memancing. Kerapu ni biasanya habitatnya di kawasan berbatu di dalam laut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu banyak kerapu di kawasan berbatu. Kami pancing di pulau pun, asyik naik kerapu saja.

      Padam
  5. pelbagai bentuk warna kerapu ya kerapu hitam pernah tengok

    BalasPadam
  6. Rezeki orang LD dapat makan ikan-ikan fresh yang beraneka.Ikan-ikan mahal tu..!
    Teruja saya kalau dapat tengok yang fresh macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang jenis sunoh warna merah tu memang tak mampu Mama Cella. Harga kayangan hahahaaa... pernah beli sekali, sekilogram harga RM50.

      Padam
  7. dana pernah tengok dokumentari ke rancangan pasal masak2 ikan kerapu keratang tu, memang besar betul ye kak ikan tu harga pun memang kayangan... yang di tunjuk tu kat kedai masakan cina area johor tu, dia punya kolegen tu antara yang disukai orang cina...

    suka nengok ikan yang warna merah tu kak, lawo betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Cina memang suka sangat ikan keratang ni. Berapa pun harganya sanggup diorang beli. Ye, ikan warna merah tu kerapu bara memang nampak cantik.

      Padam
  8. mcm2 jenis kerapu ye..tp saya suka ikan siakap...husband suka kerapu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masing-masing ada selera tersendiri.

      Padam
  9. ikan kerapu masak apa sedap kak?

    BalasPadam
  10. Banyak gila jenis jenis ikan kerapu ni. Jangan tanya saya, ikan kerapu pun saya tak tahu. Saya tahu ikan yang biasa makan je. Tak pasti pernah makan ke tidak ikan kerapu. Dulu kecik kecik dah biasa makan ikan sungai. Dah besar baru terbiasa makan ikan laut :)

    BalasPadam
  11. mak aiii byk jenisnyaaaaa sy igt kerapu tu sejenis je πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†jujur ckp sy, nama/jenis pisang dgn ikan sy failed... bg sy pisang semua sama... ikan pn mcm tu kecuali ikan bilisπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†kalu ada exam psl ikan kerapu ni sy dpt G trs kotπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    BalasPadam