Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis di Pagi 10 Syawal
3:28 PTGLamanya tak makan lempeng kelapa! Tak kisahlah lempeng kelapa kosong makan begitu saja atau cecah sambal ikan bilis atau pun cecah kuah kari. Yang penting dapat sekeping dua lempeng kelapa pun dah cukup sedap! Hari ini Amie sarapan lewat sedikit, tunggu Encik Suami keluar ke tempat kerjanya dulu. Oleh kerana Encik Suami puasa enam, jadi Amie hanya bersarapan dengan Firdaus sahaja. Fairuz pula ke Semporna, seperti biasa uruskan ikan.
Sedap sungguh makan lempeng kelapa cecah sambal ikan bilis dan minum MILO kosong panas! Tak malu nak mengaku makan lempeng kelapa habis 3 keping!
Lempeng kelapa, sambal tumis ikan bilis & MILO panas. |
Lempeng kelapa. |
Bahan-bahan untuk membuat lempeng kelapa:
- 1 cawan tepung gandum
- 1.5 cawan kelapa parut
- 1 cawan air
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam - secukup rasa
- minyak / marjerin untuk dioles pada kuali
Cara:
- Ambil sebuah mangkuk / bekas. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak / marjerin.
- Adun hingga sebati dan biarkan seketika.
- Panaskan kuali non-stick di atas api kecil. Gunakan kuali biasa pun boleh.
- Oleskan minyak / marjerin pada kuali.
- Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng kelapa dan ratakan.
- Untuk mendapatkan lempeng kelapa yang masak sekata, terbalikkan lepeng dan biarkan seketika di dalam kuali sehingga warna keemasan dan garing sedikit sebelum diangkat.
Sambal tumis ikan bilis. |
Amie kisar kasar ikan bilis sebelum ditumis menjadi sambal. Jadi, apabila dicecah dengan lempeng kelapa, nampak ayu-ayulah pulak ketika memakannya. Adeeehhhh.... tiba-tiba teringat nasi lemaklah pulak!
15 comments
masa kecil kecil anti betul dengan lempeng kelapa..bila dah besar baru terasa lemaknya lempeng kelapa..hahaha
BalasPadamHahahaha.. kannnnn
Padamwaduh waduhhh nak sekeping��
BalasPadamComel-comel lempengnya,menarik sungguh.Lemak masin cicah sambal tumis,lawankan milo panas,Kalau hari hujan pulak.Aduh,layannnn
BalasPadamLempeng kelapa ni makan kosong pun sedap apatah lagi makan bercicahkan sambal. mabeles kak amie :)
BalasPadamLempeng kelapa kalau cicah sambal memang sedap makan panas2
BalasPadamIsnin ni BDR nak buatlah lempeng kelapa.. alaaa.. setakat tiga keping tu tak banyak, Amie, klu kita mahu 5 keping, hihi
BalasPadamLempeng kosong punn sedapppp kak amie hehehe. Kalau saya, suka cicah dengan gula :D
BalasPadamEsok nak buat lempeng rasanya ..sambal sardin td ada lagi...sesekali makan lempeng mmg sedap kan kak
BalasPadamAdoyai.. memang sedap le lempeng cicah dengan sambal.. Lebih dari sekeping saya boleh makan. Petang tadi baru makan keledek goreng cicah sambal. 😋
BalasPadamLamanya tak makan lempeng cicah dengan sambal bilis . Menu orang dulu2
BalasPadamWowww.sedapnyaaa lempeng kelapa..da lama tak makan. Last makan masa tahun lepas.. mak mentua buat.heheh
BalasPadamampak tebal lempengnya sedap tu
BalasPadamsaya pon lama juga tak makan lempeng kelapa ni
BalasPadamLempeng tu klu dpt kelapa yg muda, bertambah2lah sedapnya.Makan dgn ikan masin pun sedap
BalasPadam