Hamper Untuk Raya

by - 5:34 PTG

Tengahari tadi Encik Suami ajak membeli barang keperluan dapur. Amie sebenarnya malas nak keluar. Sudah terbayang kesesakan jalan raya dan orang ramai beratur panjang di luar pasaraya. Lagi pun kami sudah putuskan tidak akan buat rumah terbuka raya memandangkan SOP yang sangat ketat dan asyik berubah dari semasa ke semasa.

Kata Encik Suami, takkan sebab tak buat rumah terbuka tak boleh keluar berbelanja. Okeylah. Ikut sajalah. Konon tak mahu berbelanja tapi keluar dari pasaraya, penuh bonet kereta!

Apabila menghampiri selekoh masuk ke taman perumahan kami, Encik Suami kata eloklah terus ke Sri Perdana. Ada hamper yang hendak diambil, katanya. 

Oh! Patutlah dua tiga hari lepas ada Encik Suami kata, raya kali ini nak bahagi-bahagi hamper saja untuk adik-beradiknya. Tak mahal. Murah saja, katanya lagi.


Oleh kerana bonet kereta sudah penuh dengan segala mak nenek barang kering dan basah, terpaksalah susun hamper dalam kereta.


Panjang juga akal Encik Suami ...ahaks!
Bukan nilai atau harga hamper itu yang penting, tetapi ukhuwah antara keluarga itu yang tak dapat dibeli.


You May Also Like

14 ulasan

  1. Wah,idea yang bagus tu.Pasti seronok ipar duai & biras cikgu sbb tahun ni dapat lain dr tahun2 lepas.Semoga diberkati..

    BalasPadam
  2. Terbaik ni Amie!
    Tentu seronok mereka terima hamper.

    BalasPadam
  3. Betul tu Kak Amie...bukan nilai sesuatu barang tu jadi ukuran..silaturrahim tu yang perlu di jaga...

    BalasPadam
  4. Terbaikk lah suami kak amie bagi hamper ke adik beradik. Idea yang menarik.
    Betul tu kak amie, tak kisahlah hamper itu murah ke mahal ke janji ikhlas dibagi dan hubungan silaturahim antara keluarga tu tak dapat di beli di mana mana.

    BalasPadam
  5. nesti seronok org yang akan dapat hamper tu.. tanda ingatan tulus ikhlas

    BalasPadam
  6. Banyaknya hamper raya sampai penuh kereta

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Rezeki untuk dibahagikan².. 🤲🏼

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. bukan nilai jadi ukuran.. tapi ingatan..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. ada cara lain untuk kita raikan bersama mereka dan sebagai tanda ingatan.

    BalasPadam
  10. betul kan, harga dan nilai tak penting, yg penting ingatan :)

    BalasPadam
  11. Betul hubungan ukhwah itu penting dr segalanya

    BalasPadam
  12. Wahhh. Memang terbaik laaa siap bagi hamper tuu 😁

    BalasPadam
  13. Wah.. Insha Allah kalau bagi orang makan lagi murah rezeki

    BalasPadam