Selamat Tinggal Ramadan, Selamat Datang Syawal!

by - 7:59 PTG

Hari ini genaplah sebulan kita berpuasa sepanjang Ramadan yang mulia. Esok Syawal akan disambut pula. Marilah kita sambut seadanya. Patuhi SOP di mana juga kita berada. Di kesempatan keemasan ini Amie dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari rakan-rakan blogger dan rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Mohon diampunkan segala kata-kata atau tulisan yang pernah menyinggung perasaan ketika membacanya. Sebagai insan biasa, Amie tidak sunyi dari melakukan salah dan silap. Mudah-mudahan  Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat, dam moga ukhuwah di antara kita terus berkekalan. 

Salam Aidil Fitri 1 Syawal 1442


Biar pun persiapan tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. namun Aidil Fitri tetap diraikan bersama. Tidak bebas bergerak bukan bermakna tidak boleh melakukan sesuatu yang menggembirakan di hari raya. Amie ajak Firdaus susun kuih raya. Kasihan anak sekecil Firdaus sudah tentunya ingin kan suasana ceria di hari raya. Kita sediakan saja. Sesiapa yang sudi bertandang, kita raikan seadanya.

Sekian.
Assalamualaikum.

You May Also Like

21 ulasan

  1. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  2. Salam lebaran 1442 H
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kita berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Kita raikan dengan meriah walaupun tak semeriah biasa. Kenangan untuk anak anak itu penting. Create suasana raya ceriakan Aidilfitri. Selamat Hari Raya Maaf zahir & Batin Kak Amie serta keluarga :)

    Seronok tengok kuih raya kak amie bermacam macam jenis ada :)

    BalasPadam
  4. SALAM AIDILFITRI AMIE N FAMILI

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya Amie, maaf zahir bathin.

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya buat Kak Amie sekeluarga 🌹

    Cantiklah bekas kuih tu :)

    BalasPadam
  7. selamat hari raya, maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  8. Cantik berwarna warni, bermacam rupa hidangan raya.

    Selamat hari raya Amie.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum
    selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..

    BalasPadam
  10. Selamat hari raya kak amie dan keluarga. Ampun maaf dipinta andai kata ada terlanjur bicara :)
    Salam lebaran!

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya buat Kak Amie sekeluarga. Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  12. nmpk nya thn dpn laa sy dtg beraya umah akk ya...😊😊

    BalasPadam
  13. cepat sangat masa berlalu.. pejam celik habis da ramadhan..
    masa ooohh masa..

    BalasPadam
  14. Selamat Hari Raya Kak Amie sekeluarga...Maaf Zahir Batin...

    BalasPadam
  15. Samalah, Amie. Masak apa-apa untuk raya, buat persiapan raya seperti baju raya, untuk anak-anak je.
    Selamat hari raya, Amie. Saya pun nak minta maaf, kalau ada salah silap saya, sepanjang saya tinggal komen berkunjung ke blog Amie.

    BalasPadam
  16. Selamat Hari Raya, Kak Amie.. Mohon maaf lahir dan batin..

    BalasPadam