Marjan Syrup Rasa Melon
5:56 PTGBertukar-tukar juadah di bulan puasa sesama jiran tetangga memang menyeronokkan. Pernah sekali jiran sebelah rumah hulur satu jug minuman sejuk, warna hijau dan beraroma blewah @ melon @ honeydew @ tembikai susu. Kelmarin dulu, jalan-jalan di pasar terjumpa sirap melon (sebenarnya lama dah nampak), tetapi hati tergerak nak beli. Penjual di situ kata, boleh tambah biji selasih dan hirisan melon.
Marjan Syrup Rasa Melon & Buah Melon |
Inilah rupa sebotol Marjan Boudoin Rasa Syrup Melon.
Isinya 450 ml dengan harga RM12.00
Isinya 450 ml dengan harga RM12.00
Jom kita sediakan syrup selasih rasa melon untuk minuman berbuka puasa.
Mula-mula hiris halus isi honeydew atau tembikai susu.
Gunakan buah yang masak ranum.
Ikut sukalah nak bubuh berapa banyak.
Sebelum itu rendam biji selasih dengan air panas hingga kembang.
Kemudian campurkan ke dalam bekas berisi hirisan honeydew tadi.
Selepas itu tuangkan sirap rasa melon.
Kalau suka rasa manis, bubuhlah lebih, kalau suka manis-manis manja, kurangkanlah.
Amie suka rasa manis-manis manja saja.
Tambahkan air sejuk / biasa.
Jika suka sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk atau masukkan saja ketulan ais.
Marjan Syrup Rasa Melon dah siap!
13 comments
Segar rasanya Bila diteguk semasa berbuka puasa, kan Amie
BalasPadamSedapppnyaaa minum sejuk sejuk ni, hilang dahaga seharian puasa hahaha
BalasPadamBagai terasa bau haruman honey dew bila menatap gambar minuman ni.
BalasPadamAdoiii sedpnya kak dpt minum sejuk2 kan..
BalasPadamTutorialmu bagus, ringkas, padat, dan menarik, ananda Amie. Terima kasih telah berbagi.
BalasPadamMarjan tu kiranya dia punya pati ye kak amie? Air macam ni tambah lagi dengan selasih memang sejuk tekak dan badan :)
BalasPadamSALAM AIDILFITRI AMIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN
BalasPadamUnik nama marjan. Boleh bayang rasa segar.
BalasPadamTerbayang kesegaran air melon ni lalu dekat tekak :)
BalasPadamnampak sedap dan menyegarkan
BalasPadamLooks so refreshing lor...nampak sedap tu..sure nyaman je lalu kat tekak kan?
BalasPadamsik baik x puasa kalu x kecur dibuatnya hahaha
BalasPadammenariknya kak, bau melon tu dahla sedap...
BalasPadam