Cerita Jadi Pegawai Bank & Mee Hoon Goreng Putih Untuk Firdaus

by - 8:01 PTG

 

Apabila membaca semula entri:
terasa lintang pukang dan kelam-kabut pulak seketika kehidupan selama 2 hari. Bukan lintang-pukang yang menyusahkan, tetapi penuh dengan rasa kelucuan, gelak yang tak berhenti dan geleng kepala berkali-kali. Apalagi apabila terbaca entri rakan-rakan blogger yang berusaha memasang pukat menjaring angka 20,000,000! Bertambahkan seronok dan terhibur sambil membayangkan suasana berjaga-jaga menanti kemuculan angka ajaib itu tiba. Ada yang dapat tembak tepat sasaran dan ada yang terlepas tapi tetap berusaha dengan penuh yakin! Memang sporting betul sokong Amie's Little Kitchen. Itulah yang dikatakan, kalau sudah rezeki itu akan menjadi milik kita, memang ia akan datang tanpa menoleh kiri atau kanan! Kepada yang teragak-agak tidak emelkan angka yang ditangkap sebab dapat nombor terlebih, mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti.

Amie ucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kesudian ketujuh-tujuh Pemenang 20 juta Pageview Amie's Little Kitchen sebab memudahkan urusan Amie kirimkan duit raya. Nampaknya pagi tadi Amie tukar jawatan seketika menjadi pegawai bank. Bukan 7 kali transfer duit tetapi 9 kali. Kali pertama, transfer duit belanja Fuad untuk bayar sewa rumah, api dan air serta belanja bulan Jun. Kebetulan pula sewaktu berbalas-balas emel dengan pemenang, tiba-tiba muncul satu emel dengan nama yang berbeza dari senarai 7 pemenang tadi. Rupanya, Blogger Notie baru terbaca namanya tersenarai sebagai salah seorang penerima DUIT RAYA UNTUK PENGOMEN BERTUAH BULAN APRIL 2021. Alhamdulillah. Terima kasih Notie, sebab muncul pada masa yang tepat ketika duit raya sedang dibahagi-bahagi .... ahaks!
Sekali lagi Amie ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pemenang kerana memudahkan urusan Amie. Syukurlah talian internet tidak meragam, jadi urusan pemindahan duit raya pun tidak tersekat-sekat.

Kita cerita tentang hidangan makan malam pula. Malam semalam sebelum tidur, Firdaus pesan minta Amie gorengkan mee hoon untuknya. Katanya jangan bubuh kicap, dia nak makan mee hoon putih. Lepas itu Firdaus minta kicap lada. 
Oleh kerana pagi tadi, Encik Suami belikan nasi kuning, tak jadilah nak goreng mee hoon putih untuk Firdaus. Tengaharinya pula kami makan roti dengan telur. Amie ingat nak masak nasi sebelah petangnya. Tiba-tiba Firdaus ingatkan tentang mee hoon goreng putih! Jadi makan malam kami hari ini mee hoon goreng putih saja.

Mee Hoon Goreng Putih

Beberapa hari lepas, Amie ketuk belakang parang ketika memotong ikan putih dengan anak lesung. Tiba-tiba anak lesung patah dua! Untuk kicap lada permintaan Firdaus tak dapatlah nak tumbuk cili padi. Malas nak keluarkan pengisar, jadi Amie nak hiris-hiris saja cili padi. Sedang bilas cili padi tiba-tiba dapat panggilan telefon dari bank!

Alhamdulillah. Kali ini giliran Amie pula terima 'duit raya' dari Google Adsense. Amie terus tinggalkan cili padi dan uruskan dahulu hal berkaitan dengan bank untuk proses penukaran USD ke RM. Kemudian Amie pun ke dapur semula untuk hidangkan mee hoon goreng putih.

Firdaus menambah berkali-kali mee hoon goreng putih, begitu juga dengan Encik Suami. Tidak seorang pun ambil kicap lada melainkan Amie!

Kenapa?

Cili padi tak dihiris, sebaliknya masuk sebiji-sebiji dalam mangkuk berisi kicap!

Isshhhh...issshhhh! Inilah bahananya kelam-kabut mengurus 'duit raya' dari Google Adsense sampai terlupa hiris cili padi.....kah!

Mudah-mudahan hari ini, semalam dan esok serta hari-hari mendatang semuanya baik-baik sahaja. In shaa Allah.

You May Also Like

19 ulasan

  1. tahniah semua
    rezeki
    seronoknya
    mehun putih pun nampak sedapp

    BalasPadam
  2. Pageview 20juta tu saya ingatkan lama lagi. Tup tup sekejap je cecah 20k. Rugi tak berjaga².. haha

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..hari dapat rezeki dan berkongsi rezeki. Hebat Firdaus makan kicap lada sekali. Tapi mommy lupa pulak nak potong ye sampai terpatah anak lesung. hihi..Bila kerja dah terganggu memang lupa terus jadinya :)

    BalasPadam
  4. tahniah kak amie. dpt duit raya dari adsense. smoga makin murah rezeki ya.

    BalasPadam
  5. sedapnya mee hoon grg putih, dah lama tak makan.

    BalasPadam
  6. Comel2nya cilipadi diaπŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah berkongsi rezeki, kak amie dapat rezeki dari google adsense pulakk hehehe.

    BalasPadam
  8. sedap tu kak Amie..shida xpernah lg msk mehun putih..skali2 kena cuba ni :)

    BalasPadam
  9. Demi anak sanggup masakan bihun putih.
    Amboi sampai pecah dua anak lesung. Haha tidak dapat Bayangkan kuat betul ketukan parang pada anak lesung.
    Alhamdulillah rezeki Kak Amie dapat duit pula.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...
    Maka benarlah janji Allah bahawa memberi itu tidak kan mengurang,malah Allah akan tambah.
    Setiap kali tengok masakan cikgu,tak pernah tak terliur.Semua memancing selera sungguh..

    BalasPadam
  11. ingat ja firdaus mihun goreng permintaannya xdibuat lagi ya

    BalasPadam
  12. Kalau letak sebiji cili masa nak makan terus got sedap juga. Tahniah ye cash out Google AdSense

    BalasPadam
  13. hehehehe, ganas tu kak sampai boleh terbelah dua anak lesung tu hehehe

    BalasPadam
  14. The power of sedekah. Bila memberi, Allah balas balik berganda. Alhamdulillah..
    Sedapnya bihun goreng! Putih ke, hitam ke, feveret saya. ^_^

    BalasPadam
  15. Hidangan Kak Amie tak pernahlah tak nampak menyelerakan! Kisah di sebalik kicap lada tu mencuit hati. Tahniah, Kak Amie! Dapat duit raya Google Adsense 😊

    BalasPadam
  16. Duit adsense tu nanti boleh buat beli lesung batu baru. Hehe. Sedap mihun goreng tu, tak perlu kicap lada pun Firdaus sudah berselera

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. murah rezeki akak dan yang menerima duit raya..
    Kalau sha pun tak makan cili kicap tu.. seram kak nengokkan cilinya besar-besar gitu.. hehehe

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah rezeki dapat duit raya dari amie. Terima kasih ya. Tak sangka dapat duit raya. Cuti sakan sampaikan blog pun tak jengah...

    BalasPadam
  19. Dulu time amali biologi pernah le tumbuk jagung kedegang kedegung tiba2 lesung pecah. Balik asrama memang kena bahan oleh geng jadi hulk hogan masa amali exam. Muka cikgu yang jaga pun cuak bior betul student aku ganasnya. adeh

    BalasPadam