Cerita Anak-Anak
12:54 PTGKenapa agaknya anak-anak lelaki lebih suka berkongsi dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar hal peribadi hanya dengan ibunya? Tidak dengan ayahnya? Mungkin tidak semuanya begitu, tetapi kebanyakannya, mungkin! Entahlah, mungkin juga semua anak kami lelaki, jadi tak tahu pula bagaimana dengan anak perempuan.
Kata seorang rakan sekerja (lelaki): Saya pun apa-apa hal memang terus cakap dengan emak. Nak kahwin pun tanya mak dulu! Tak berani nak khabar kat abah.
Dua hari lepas, sewaktu Amie sedang sibuk menyiang ikan sulig, Firdaus hulurkan HP. Rupanya Fuad telefon dari Seri Iskandar. Katanya dia nak beli telefon baru, tapi hanya ada RM300. Katanya lagi, Abang Farid boleh tambah RM500 tapi kalau Mommy setuju tambah lagi RM500, bolehlah beli HP baru. Kalau Mommy tak mahu bagi RM500, tak apalah. Nanti saya kumpul duit lagi, katanya.
Faham sangatlah perangai anak-anak. Kalau beritahu Encik Suami, memang banyak sangatlah soal jawabnya, dan selalunya tergantung begitu saja. Amie belikan HP Fuad pada tahun 2016 sewaktu Fuad akan mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan. Agak lama jugalah umur HPnya itu.
Petang itu juga Abang Farid membuat pembelian dalam talian. Abang Farid tambah lagi dari RM500 kepada RM599 memandangkan harga HP itu RM1399.
Tentu Fuad tak sabar menanti kedatangan HP baru, XiaoMi Poco F3.
Malam tadi Fuad bertolak dari Perak ke Johor dengan menaiki bas. Katanya akan sampai ke Johor pada pukul 5 pagi. Kami sempat berbual dalam telefon sewaktu Fuad berada dalam bas. Encik Suami berpesan, belajar rajin-rajin. Hormat Abang Farid. Dengar nasihat Abang Farid. Jangan suka cari pasal dengan Abang Farid. Fuad ini tak boleh duduk diam dan suka usik Abang Farid. Abang Farid pula serius orangnya.
Apa-apa hal memang Fuad suka minta tolong Abang Farid, terutamanya kalau sudah kehabisan duit sebelum sampai tempoh kiriman seterusnya. Sudah dibelikan HP baru, Abang Farid hulur lagi duit untuk Fuad. Semoga hubungan kasih sayang tetap tersemat dalam diri adik dan abang ini apalagi apabila berjauhan dari keluarga.
Membaca berita di atas ini, nampaknya Fuad terpaksa duduk berkurung di rumah sewanya. Harap cepatlah sampai HP barunya supaya pembelajaran secara maya dapat berjalan lancar.
Bila rasa rindu anak-anak, selalulah Amie baca semula entri lama dan melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Oleh kerana tidak ada gambar kenangan Aidil Fitri 2020 dan 2021, jadi hanya gambar Aidil Fitri 2019 sahaja yang dapat direnung. Gambar di atas bersama anak-anak buah, dan Abang Farid.
Sewaktu Fuad berada di Seri Iskandar, tugasnya sudah tentu bantu Abang Farid membeli barang keperluan dapur di pasaraya. Kemudian masak dan makan bersama. Pandai-pandailah anak bujang urus diri di tempat orang.
Cerita Fairuz pula, sekarang dah tak ada rupa orang dah....ahaks!!!!
Fairuz hanya pulang sesekali sahaja dalam seminggu. Itu pun ketika hendak mengambil pakaian.Hidupnya kini terus bergelumang dengan ikan. Dua hari lepas Fairuz pulang sebentar ke rumah sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Kali ini katanya bekalan ikan tidak banyak, hanya 3 tong sahaja.
Teruja dia nak tunjukkan ikan-ikan dari Semporna.
Malam tadi Fairuz sampai ke Lahad Datu dari Kota Kinabalu tapi tak pulang ke rumah. Katanya, dia nak cuci tong-tong ikan.
Pagi tadi Fairuz pulang sebentar ke rumah untuk ambil pakaian bersih. Ada sayur-sayuran dari Kundasang dibawa bersama. Kali ini banyak sayur jenis salad yang dibelinya. Ada saki-baki yogurt dan mayonis, jadi bolehlah buat coleslow lagi.
17 comments
Ank lelaki ngn bpknya selalu berlaga angin cikgu..hehe
BalasPadamanak lelaki kaaa memang mcm tuu kak. hehe
BalasPadamAnak lelaki memang macam tu kak..anak perempuan plak lebih suka shar ngan ayah dia...macam SA dan abah SA la...jarang share apa2 dengan mak...
BalasPadamAnak- anak kebanyakan memang suka share ngan mak kot...hihihi
BalasPadamKadang gaduh ngan bf & gf pun nk ngadu kat mak.Mak dah la berzaman tak bercinta,dh lupa skill bercinta...hadoiiii.....🤣🤣🤣
Share dengan makkk lagi bestttttt. Kalau nak beli apa apa punn mintak dengan makk. Mak mintak duit dengan ayah hehehe. Tak berani nakk direct mintak dengan ayahh, takut kena marah hahaha >.<
BalasPadamYe la kan. Bila dia orang dah besar, jauh dia orang tinggalkan kita. Anak-anak saya pun sama juga, Amie. Kadang rimas juga. Dok ikut mak je, dengan bapak dia tak cerita pun. Kita yang kena jadi penyampai kat suami.
BalasPadamanak perempuan pun apa² pun mesti mintak dan share dengan mak dulu :) memang macam tu kot agaknya. hihi..lepas tu baru mak sampaikan pada abah. gitulah biasanya. Alhamdulillah..bagus Abg Farid jaga dan buat baik pada adik adik dia. bila semua membesar, rindu dorang masa kecil. gambar je lah jadi pengubat rindu :)
BalasPadamAnaka lelaki ke,perempuan ke,dia org dahulukan saya kalau nk minta apa2...nak tanya pendapat ke. Lps saya panjangkan ke en suami barulah dia org bersedia bersemuka
BalasPadamAnak² saya mak sedara dia yang manjakan. Handphone, Basikal dan macam² lagi maklong dia manjakan.. Budak² sekarang tak macam anak² dulu. Nak dapat satu² benda sikit punya payah
BalasPadamBrtulkah, anak laki2 lebih dekat dengan ibunya daripada sama bapaknya?
BalasPadamPandai dah anak2 Amie berdikari.. Sk kagum, tahniah, Amie dan suami kerana anak2 menjadi manusia yg berguna.
BalasPadamsuka tengok adik beradik yang harmoni...
BalasPadamRasanya anak perempuan akan share dgn ibunya juga. Lebih senang dr ayah
BalasPadamrindu dekat anak2 kan kak amie bila smua duduk berjauhan
BalasPadamsaya pon kalau ada apa2 akan beritahu kepada mak dulu. tp skrg mak dah takde.. al-fatihah
BalasPadambiasanya mak je yg faham dan suka melayan.. mmg pape anak akan ke mak dlu ler ehehe
BalasPadamkerja sambilan
bisnes modal kecil
perfume Malaysia online
perfume kereta
Suka melihat abang sentiasa menolong dan membantu adik yang dalam kesuitan. Semuga Allah lindungi anak-anak amie dimana jua mereka berada
BalasPadam