Coto Makassar PKP Total Lockdown
5:01 PTGAssalamualaikum dan selamat petang.
Kita duduk-duduk sajalah di rumah, tak perlu ke sana dan ke sini. Kita hadapi PKP Total Lockdown dengan mematuhi segala SOP yang dikenakan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Hari ini Amie kongsikan resipi tradisional Bugis dari Makassar, Sulawesi Selatan iaitu Coto Makassar atau Coto Mangkasara. Di Sabah selain masakan tradisional masyarakat Bajau dan Kadazan - Dusun, hidangan tradisional Bugis juga sering ditemui di mana-mana kedai makan atau warung.
Dalam entri Amie yang lalu, selalu juga Amie terangkan perbezaan di antara coto dengan soto. Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai! Soto dikaitkan dengan kuahnya yang kelihatan lebih jernih, manakala coto pula kuahnya lebih gelap.
Banyak kali juga Amie kongsikan resipi Coto Makassar. Ada resipi sukatan untuk keluarga, dan ada resipi sukatan untuk rumah terbuka. Boleh klik di sini untuk lanjut:
Coto Makassar |
- 800 gram perut lembu
- 200 gram limpa lembu
- 2 batang serai - diketuk
- 3 cm halia - diketuk
- sedikit garam /perasa pilihan
- 3 liter air basuhan beras yang ketiga
- Rebus perut, limpa dan peparu menggunakan air biasa sehingga mendidih.
- Buangkan air rebusan dan bilas bahan rebusan.
- Masukkan bahan rebusan ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, serai, halia dan garam / perasa pilihan.
- Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga kesemua bahan empuk.
- 10 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- 1 sudu besar ketumbar biji
- 1 sudu kecil jintan putih
- 4 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
- 2 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 1 sudu kecil lada putih
- 3 sudu besar minyak
- 2 cawan kacang tanah goreng - kisar halus
- garam / perasa pilihan
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar kecuali kacang tanah kisar dan garam hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan yang sedang mendidih.
- Seterusnya masukkan bahan pemekat dan penyedap serta pelengkap untuk kuah iaitu kacang tanah kisar.
- Kacau rata dan biarkan mendidih seketika sehingga sebati dah kuah agak pekat. Pekat sedikit saja ya, bukannya pekat macam kuah kacang nak makan dengan sate tu.... ahaks! Ketika ini kalau kuah tak cukup rasa, bolehlah tambah garam / perasa pilihan.
Kuah Coto Makassar |
Coto Makassar enak dinikmati bersama buras nasi. Kalau tidak ada buras, boleh gantikan dengan nasi himpit, ketupat atau suhun. Oleh kerana Encik Suami rajin beli buras nasi dan pulut untuk sarapan pagi, jadi Amie ambil kesempatan untuk buat kuah Coto Makassar. Bolehlah makan dengan buras nasi.
12 comments
Tak pernah merasa makanan sebegini. Tapi kalau melibatkan organ dalaman seperti perut, peparu dan limpa, memang saya tak makan..
BalasPadamSetiap kali baca mengenai coto Makasar ni,setiap kali tu lah teringin sangat nak rasa.Tapi mana nak cari???
BalasPadamRasanya dalam total lockdown nanti pastinta banyak masa lapang.Macam nak kena try juga waima sekali.Teringin sungguh hendak merasa.
Nampak jelas perbezaan antara soto dan coto. Di Alam Sari, kita makan soto, di Amie's Little Kitchen ada pulak coto.
BalasPadamOrang yang komen kat atas tu, katanya nak buat, kita tunggu kemunculan coto di dapur Mama Cella pulak 😍
Nampakkk sedapp kak amie, tapi kalau tak letak perut limpa paru tu tak apa ke kak amie? Hehehe
BalasPadamCoto...mcm sebutan soto jgk kan..tp penyediaan kuahnya amat berlainan dgn soto
BalasPadamwah..1st time dgr ni...nampak sedap
BalasPadamTeringinnya nk cuba kak, cuma kalau tak letak limpa , paru dengan hati boleh ke? Si Edy tak makan semua tu tp dana suka heheh
BalasPadampernah mkn coto makassar skali 2 thun lps. x berapa kena sgt dgn tekak sbb kuah dia pekat sgt. hehe
BalasPadamPertama kali dengar nama menu ni dan pertama kali tengok. Unik betul hidangan ni. Ada banyak rencah dan dimakan dengan buras nasi atau yang sewaktu dengannya. Kalau saya memang tolak segala organ dalaman sebab tak makan :)
BalasPadamWah kak amie..first time SA tengok ni..coto Makassar ni renyah nak buat ye...nampak sedap dan rasa terliur plak tengok...
BalasPadamSambal Taucu tu macamana buatnya. Memang kena lawan denagn coto makasar ke. Renyah masakannya pasti sedap
BalasPadamteringin nak rasa ni.
BalasPadamespecially buras tu.
kerap tgk perkongsian blogger.
malangnya tak pernah merasa :)