Kusangka Kad Raya, Rupanya Buku Cerita!

by - 3:16 PTG

Semenjak dua menjak ini selalu dengar tentang keseronokan dapat kiriman kad raya. Nostalgia lama terbayang kembali, siap dengan pantun dua kerat dari pengirimnya:

Pecah kaca, pecah gelas, 

lepas baca, harap balas.

Apabila datang posmen, kita sangka dapat kad raya juga. Bukan kad raya! Rupanya kiriman buku cerita kanak-kanak daripada Abang Farid.... ahaks!


Bosankan Firdaus asyk terkurung dalam rumah? Sekarang sedang bercuti dari PDPR yang selalu buatkan Firdaus rasa nak marah. Bukan apa, katanya jantungnya berbunyi deg deg gan apabila disuruh rakam suara untuk bacaan al-Quran, disuruh rakam pergerakan untuk Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Kesian dia. Kadang-kadang meleleh air matanya disebabkan ketakutan!


Selalu juga Firdaus menonton you tube dan bermain game dalam HP. Jangan dibiasakan dik, nanti ketagih pula. Eloklah baca bukuk kiriman Abang Farid. Ada 7 buah buku semuanya. 






Kita pun nak baca juga antologi cerpen kanak-kanak ini.
Terima kasih Abang Farid.


You May Also Like

7 ulasan

  1. Kelihatan menarik buku-bukunya. Kena cari juga ni untuk beri pada anak-anak untuk menggalakkan mereka membaca.

    BalasPadam
  2. Bagusnyaaa abang farid belikan buku untuk firdaus. Atleast kuranglah sikit kebosanan firdauss bila tak boleh nak pergi jalan jalan. Nanti dengan kak amie sekali tumpang baca buku firdaus hahaha.

    BalasPadam
  3. Mungkin Firdaus tak suka kot dirakam ambil video. Kesian dia. Susah juga PDPR ni. Takpelah, nanti lama lama Firdaus okaylah tu. Ada buku kiriman abang Farid boleh isi masa Firdaus membaca.

    BalasPadam
  4. Kasihannya Firdaus. Sampai mengalirkan air mata. Moga buku-buku kiriman Abang Farid dapat hiburkan hati Firdaus.

    BalasPadam
  5. Wah...seronok la Fairuz dapat buku cerita dari abngnya...terubat sedikit kebosanan kan?

    BalasPadam
  6. mesti terharu tu dpt hadiah drpd abang ;-)

    BalasPadam
  7. banyak nya buku cerita yg firdaus dpt. slmt membaca...

    BalasPadam