Nasi Ganja Total Lockdown
5:01 PTGTengahari tadi, ketika masak di dapur, kepala membayangkan apa yang akan dilakukan apabila siap set hidangan Nasi Ganja di atas meja makan. Mula-mula ambil kepingan limau nipis dan perahkan di atas pinggan berisi nasi dan lauk-pauknya. Kemudian gigit hujung cili hijau dan terdengarlah bunyinya yang rangup ketika dikunyah!
Apabila hidangan sudah tersaji, memang nak perahkan limau tetapi limau nipis sudah bertukar menjadi lemon.... ahaks! Di musim PKP ini, tak bolehlah menuntut semua bahan masakan dalam keadaan sempurna. Yang penting ada, dan boleh isi perut seadanya. Amie pun tidak meminta Encik Suami membelikan itu dan ini yang tiada di satu pasar, dan beralih pula ke pasar yang lain. Oleh kerana tiada limau nipis, dibelikannya limau kasturi. Tak apalah, masih ada simpanan lemon, jadi gunakan lemon sahajalah.
Agak lama juga Amie tidak masak Nasi Ganja. Amie pernah masak di sini:
Menurut IPOH MALAY asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ia dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ibaratnya seperti sekarang dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam. Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih. Di Ipoh, orang Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Orang Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. Ini kerana penjual Nasi Ganja ini memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey'. Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.
Nasi Ganja ini sejak pertama kali masak, Amie kongsikan dari resipi IDA SHAHIDA, dengan sedikit ubahsuai mengikut selera dan bahan yang ada. Terima kasih Ida Shahida atas perkongsian hidangan yang sedap ini:
- Nasi Ganja
- Ayam Goreng
- Kuah Kari
- Telur Rebus
- Kacang Bendi
- Cili Hijau
- Hirisan limau nipis / lemon
Lauk-pauk Nasi Ganja ini boleh dipelbagaikan. Sebelum ini Amie pernah masak nasi ganja berlaukkan kari kambing dan ayam goreng. Oleh kerana baru makan kurma kambing beberapa hari lepas, jadi kali ini Amie goreng ayam saja.
Nasi Ganja |
Bahan-bahan untuk Nasi Ganja:
- 3 cawan beras bashmati - cuci bersih dan toskan
- 4 1/2 cawan air
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar minyak masak
- 4 biji bawang putih*
- 8 biji bawang merah *
- 3 batang kulit kayu manis*
- 3 kuntum bunga lawang*
- 5 biji buah pelaga*
- 3 biji bunga cengkih*
- 2 sudu besar rempah Sup Adabi*
- beberapa titis pewarna kuning telur
- 6 sudu besar sos cili Maggi
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
- Tekan butang on pada rice cooker. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair / panas.
- Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
- Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggi.
- Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Setelah mendidih, masukkan beras, kacau sekali dua supaya sekata dan kemudian tutup periuk sehinggalah nasi tanak.
Ayam Goreng |
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng:
- 1 kg ayam - Amie gunakan sayap ayam
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- 3 tangkai daun kari dimayang
- 2 batang serai - diketuk
- garam / gula / perasa pilihan
- minyak untuk menggoreng
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2 cm halia
- Perap kesemua bahan kecuali minyak.
- Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.
Kuah Kari (asalnya kuah kari kosong saja, tapi Amie tambahkan kentang, kacang panjang dan tomato). Kuah kari ini dimasak tanpa santan.
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar rempah kari daging / ayam
- 3 sudu besar rempah kari ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
Bahan tumbuk / tumisan:
- 7 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan lain:
- 3 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
- 5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 kiub ayam
- garam / gula
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 4 cawan air
- 3/4 cawan minyak
Cara memasak :
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga harum.
- Masukkan rempah kari, dan tambahkan air apabila tumisan terbit minyak.
- Tambahkan kentang, kiub ayam, garam, gula, dan pati asam jawa.
- Setelah kentang empuk, dan kuah hampir pekat masukkan pula kacang panjang dan tomato.
- Masak sehingga kacang panjang berubah warna. Padamkan api dapur.
Cili hijau, kacang bendi & hirisan lemon. |
Jangan lupa tambahan hirisan limau nipis /lemon, cili hjijau dan kacang bendi celur serta telur rebus.
Telur rebus. |
Set hidangan Nasi Ganja Total Lockdown! |
Nasi Ganja Total Lockdown. |
16 comments
Ohhh inilah nasi ganja
BalasPadamMenarik tahu sejarah nasi ganja.
BalasPadamSaya belum pernah mencuba nasi ganja. Tapi apabila lihat gambar-gambar ni, jelas membuka selera.
BalasPadamsedapnyaaa nmpk.
BalasPadamOo..gitu kisah nasi ganja!
BalasPadamSaya belum pernah cuba walaupun agak kerap lalu Ipoh.
InsyaAllah nak cuba la masak nasi ikut resepi Amie ni.
Ga ga ga gan ganja...?
BalasPadamWahhh.. serupa rupanya dgn Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom tu, cuma bezanya di sana tak dihidang dalam pinggan portmeirion, hehehehe..
BalasPadamSejujurnya sy lebih suka makan Nasi Vanggey di Greenwoods daripada Nasi Ganja di Yang Kalsom. Tapi skrg klu ke Ipoh, lebih suka makan Nasi Kandar Pekan Lama.
Dia mai nasi ganja pulakkkkk....Ish,baru semalam masak nasi kuning .Ni macam nak kena masak.nasi ganja la pulak...hihihihi
BalasPadambolehla cuba masak utk makan thari ni
BalasPadamSedapnya.. Masak sendiri untuk makan lebih puas hati kan kak.. Tambahan dalam situasi sekarang ini..
BalasPadamYa allah kak amie...sedapnya la nampak nasi ganja tu ha...
BalasPadamMakannn ni memang menjilat jari! Sedapppppp, haritu first time makan, terussss suka hehehe
BalasPadamAduhaiii..terlalu nampak sedap ni. Rasanya belum pernah merasa nasi ganja. Ye lah kak amie, waktu sekarang ni masak pun guna apa yang ada je. Sana sini kehabisan. Masa ni lah jadi kreatif sikit dalam bab masakan :)
BalasPadamNasi ganja tak sama dengan nasi kandar ka. Tapi tenguk satu pinggan lauk nya...aduhaiii cam nak kena pi ipoh je cari nasi ganja aka nasi vanggeh
BalasPadamThanks share recipe
BalasPadamscrub badan
aduh. terkenang nasi ganja kat ipoh tu.
BalasPadamdpt la 2 kali merasa. tapau and makan kat r&r highway.
nak makan situ, ramai! malas nak bersesak-sesak.
nice ni.
nanti nak tiru idea cara akak ni.