Anggunnya Tulip, Harumnya Hyacinth!
12:15 PTGBunga! Tiba-tiba cerita tentang bunga pula. Ada bunga tertentu yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bunga ros atau bunga mawar misalnya, jumlah kuntum dan warnanya boleh ditafsirkan dengan maksud tertentu. Zaman remaja purba dulu, ada orang mengorat kirim jambangan bunga ros tapi tak ingat ada berapa kuntum. Yang Amie ingat, tukang hantar bunga tersalah letak! Jadi, jambangan bunga sampai ke tangan rakan baik Amie. Orang yang mengorat itu terpaksa ambil masa juga untuk terangkan perkara sebenar kepada yang terima bunga. Kebetulan pula jambangan bunga tidak ada nama penerimanya!
Penerima bunga yang merupakan rakan baik Amie, telah kembali ke pangkuan-Nya 5 tahun lalu. Al-Fatihah untuk arwah M. Moga M tenang di sana, dan berada dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Cerita lama itu tetap menjadi kenangan mengusik rasa yang tak mungkin dilupakan. Dan orang yang mengorat itu tak lain tak bukan Encik Suami sendiri.
Benarkah bunga itu boleh dijadikan sebagai simbol perasaan? Sebagai anak kampung apakah perasaan yang hendak disampaikan melalui kiriman bunga tanjung? Bunga kenanga? Bunga cempaka? Atau bunga melur? Amie sukakan bunga tertentu untuk dinikmati keindahannya, dan jika ada aromanya yang tersendiri itu dikira sebagai satu kelebihan yang ada pada bunga tersebut. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta! Setiap ciptaannya adalah sempurna belaka, dengan keunikannya yang tersendiri.
Kita lupakan dahulu tentang bunga ros atau bunga mawar yang berjaya mengambil tempat teratas sebagai 'orang tengah' dalam menyatakan perasaan. Kali ini Amie ingin teruskan cerita tentang kecantikan dan keanggunan bunga tulip serta aroma bunga hyacinth yang lembut semerbak!
Jom kita jalan-jalan di sini: BERCUTI KE VIETNAM : DA NANG - HOI AN - BA NA HILLS
French Village |
Golden Bridge |
Ada tak minyak wangi hyacinth?
Yang kekal dalam memori hanyalah haruman kenangan hyacinth!
18 comments
Jarang perempuan tidak sukakan bunga waima sebusuk bunga tahi ayam,tetap ada peminatnya.
BalasPadamHahahaha,kelakar orang-orang lama mengorat & bercinta yer cikgu!
Tapi untungnya dulu orang bercinta dapat surat & bunga real.Orang sekarang dapat whatsApp & boleh di delete.Bunga pun dapat gambar sahaja.Hahahaha
Apapun menawan sungguh bunga2 di Vietnam tu...
Bila baca post ni MCM terbau2 Pula harum Bunga kat sini
BalasPadamhahhaha kita pun x minat bunga,,
BalasPadambau dia bole kasi pening kepala sampai berhari2...
Banyak betul bunga-bungaan.. mesti dijaga dengan rapi.
BalasPadamSubhanallah....begitu indah dan sempurna ciptaanNYA..
BalasPadamRasa mcm nk petik2 ja
terlalu cantik bunga bunga yang ada. First time rasanya dengar bunga hyacinth ni. Ada banyak warna pulak tu. unik golden bridge tu. Seronoklah datang sini. Tak puas berposing rasanya. Tambah pulak menikmati keharuman bunga segar. Untung untung dapat bawa balik perfume sekali :)
BalasPadam'Bunga-bunga' tengok bunga!
BalasPadamHaaa.. betullah tu, Amie.. rasa nak baring aje atas hamparan bunga tu, mau patah pulak tangkainya nanti, hihi.
BalasPadamPernah la ada pengalaman terima jambangan bunga sempena teacher's day.. memang berbunga2 perasaannya.. kalau pakwe yg bagi lagilah rasa nak terbang agaknya 🤣
slip dics
BalasPadamsakit tumit
sakit tumit kaki
kebas kaki
stroke in malaysia
Banyak jenis hyacinth itu. Hehe kalau saya lebih suka terima coklat daripada bunga.
BalasPadamHaha suami tersalah beri pada orang. Kelakar juga.
Ya Allah kak amie, cantikkk cantikkkk bunganya! Jambatan tangan tu punnn menarikk. Cantikkk tempatnya. Part tersalah bagi bunga tu lawak hahahaha. Nasib baikk lah encik suami terangkan balik hahahaha :D
BalasPadamcntiknya bunga2 dkt situ.
BalasPadamDikelilingi bunga-bunga sebanyak itu, hati pun turut berbunga sama kan… 😊
BalasPadamSaya kalau travel,suka cari bunga. Rasa tenang je dapat hidu keharuman dan menikmati kecantikannya, lagi-lagi yang tak ada di Malaysia.
BalasPadamAh.. Kak Amie sebut pasal dapat kiriman jambangan bunga ros, teringat pulak kisah lama. Apa kan daya takde jodoh kami
Betul Kak Amie, kat Vietnam pun memang ada banyak bunga tulip..kat Da Nang banyak...rindunya nak travel...ntah bila la border boleh bukak
BalasPadamSubhanaAllah.. Cantiknya pemandangan bersama bunga.. Harum baunya tak terbayang..
BalasPadamWah bunga tulip banyaknya. Memang ada dalam wish list nak pergi danang ni tapi belum ada rezeki apa lagi time covid ni
BalasPadambunga hyacith ni banyak jenis warna macam tulip kan. Tapi bila banyak2 cantik
BalasPadam