Makan Nasi Lauk Kari Kambing

by - 9:55 PTG

Meriah sungguh dunia masakan! Kalau kering idea untuk memasak, terjah saja ke dapur jiran tetangga maya. Banyak perkongsian menu dan resipi di bawah tudung saji mereka. Semalam, nampak hidangan kari kambing Mama Cella. Terliur kita dibuatnya. Rasa-rasanya hari raya nanti nak masak kari kambing. Tiba-tiba kari kambing ada di meja makan untuk berbuka puasa pada hari ini....ahaks!


Juadah berbuka puasa hari ini:
  • nasi beras basmathi
  • kari kambing
  • sambal belacan
  • acar mentah
  • keropok

Firdaus pula sudah jemu dengan perkedel jagung, jadi dia minta hashbrown dan samosa. Amie sangka itu sajalah yang dia makan, rupanya tak tahan hati melihat kari kambing. Menambah-nambahlah nasi dalam pinggannya berlaukkan kari kambing.

Hashbown, samosa, oren dan anggur.


Jom kita lihat kari kambing yang Amie masak. Amie pilih bahagian lamb shoulder. Seperti biasa, di akhir masakan Amie tuangkan jus limau nipis. Kalau tidak ada limau nipis, Amie masukkan asam keping saja di awal masakan. Sebenarnya Amie ikut cara masakan sebelah keluarga Encik Suami. Arwah MIL pastikan ada limau nipis ketika memasak sama ada masakan kari, sambal, serondeng dan sebagainya.

Bahan-bahan:
  • 700 gram lamb shoulder - potong ikut ketebalan / lebar yang diingini
  • 3 biji kentang - kupas kulit - belah 4
  • 250 ml santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging / ayam
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 pelepah daun kari - dilurut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 4 sudu besar minyak masak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak  dan tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
  3. Tambahkan serbuk kari ikan, serbuk kari daging dan serbuk cili serta daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging. Gaul sebati. Gunakan api perlahan.
  5. Masukkan santan cair dan masak hingga daging hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan kentang. Setelah daging dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
  7. Terus masak dengan api perlahan hingga pecah minyak sekali lagi.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Kari Kambing

You May Also Like

22 ulasan

  1. Selamat berbuka puasa.
    Sedap lauk kari kambing

    BalasPadam
  2. Betul tu kak amie, bukak je blog, memang ramai yang share resipi kannnn. Antara malas dengan rajin je nak buat ataupun tidakkk hahaha.

    BalasPadam
  3. Pekat kuah kari kak amie tu. Mesti sedap tu! tapi sayang kambing pulak. kalau ayam saya makan. hihi
    betullah kak amie, tak ada idea boleh jengah dapur sebelah. Itu yang best tu kalau kongsikan menu bagi idea kat orang lain. Hashbrown tu mesti requested by Firdaus ye.

    BalasPadam
  4. Rasa macam nak menjangkit jugak masak kari kambing ni, nak mengembek ramai2 ngan Amie & mak Cella, hihi

    BalasPadam
  5. Ni namanya pengaruh rakan sebaya..hahahaha

    Meraikan bebas dari PKPD dengan kari kambing ke cikgu?

    Pasni kita terjah dapur SK cium bau kari kambing ala mamak...hihihi

    BalasPadam
  6. sedap tu karikambing daus mesti suka sgt

    BalasPadam
  7. Nampak sedap kari kambing amie :)

    BalasPadam
  8. Jgn dok pakat mengembek lps mkn kambing tu dah la ya

    BalasPadam
  9. Semalam S makan kari kambing dalam tin Adabi je..2 tin sekali makan tu kak...hehehehe....sedap..dalam fridge ada je daging kambing..blom masak lagi..esok la kot...x puas makan kari kambing..suka ada lemak2 sikit tapi biasa la anak dara tu x suka lemak2 ni..dia makan daging pejal je

    BalasPadam
  10. Tak boleh jadi ni.Saya pun nak tangkap kari kambing juga. Masalahnya kambing tiada dalam reban. Tolongggg

    BalasPadam
  11. waduh sedapnya kak, kambing ni masak apa pun sedap

    BalasPadam
  12. sedapnya tgk kari kambing tu

    BalasPadam
  13. sedapnya..feveret kambing ni..

    BalasPadam
  14. Sedapnya berbuka lauk kari kambing. Selera tengok. :)

    BalasPadam
  15. fav ni kak.. kari kambing wajib ada di hari raya

    BalasPadam
  16. Daging kambing kalau masak selain bakar saya tak makan.

    BalasPadam
  17. Wah,menarik nyaaa kambing kari tuu 😁

    BalasPadam
  18. Waduh.. sedapnya kari kambing.. cicah roti pun sedap juga tu..

    BalasPadam
  19. Sedap kari kambing.. memang fav ni haha

    BalasPadam
  20. Semalam kan..SA baru je masak kari kambing untuk Dania yang sedang berpuasa...

    BalasPadam
  21. sedapnya nmpk kari kambing ni. nsib baik bln puasa hari tu ada mkn.

    BalasPadam