Selera Bulan Syawal
6:08 PTGSemuanya cerita yang telah berlalu, dan sekadar dijadikan entri kenang-kenangan. Biasanya kalau ada hidangan kentang goreng sudah tentu atas permintaan Firdaus. Tapi kali ini berbeza pula. Encik Suami minta buatkan coleslow untuk berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Kemudian Amie nampak ada sayap ayam dan kentang di dalam freezer. Entah bila masanya Encik Suami beli dan masukkan ke situ, Amie pun tak perasan. Sayap ayam pun masih segar, belum beku. Mungkin Encik Suami nak makan coleslow dengan kentang goreng. Sewaktu Encik Suami tidur, Amie pun menyelinap ke dapur, perap sayap ayam dan siapkan coleslow. Setengah jam sebelum berbuka puasa, Amie panggang sayap ayam dalam air fryer dan goreng kentang.
Sayap ayam panggang, kentang goreng, coleslow & salad hijau. |
Juadah berbuka puasa. |
Juadah berbuka puasa. |
9 comments
Sedapnya laukkkk.......kat rumah SA ni tengah problem...x tau nak makan apa...naik muak dah masak...
BalasPadamSedap hidangan sempena raya ni. Alhamdulillah habis dah ye puasa 6. Saya masih ada baki 4 hari lagi. Firdaus jenis suka ayam goreng crispy. ingatkan makan raja ayam, makan je ayam masak apapun :)
BalasPadamsedap tengok fries tu
BalasPadamFries lagi garing lagi sedappppp (bagi saya) hehehe.
BalasPadamOhhhh ingatkan firdaus makannn semua jenis ayammmm, tapi ayam panggang memang tak crispy, tapi tetap sedappp :)
Nampak sedap2 semuanya
BalasPadamsedap nya semua menu sihat akk tu...
BalasPadamTambah meriah juadah bila dah masuk Syawal, ya Amie
BalasPadamhari ni tak tau nak makan ape. dalam peti ais cuma ade ikan kembung jer... hahha
BalasPadamoooo pandai yaa beli senyap2 pastu request nak mkn apa😊😊😊 akk plak msk diam2 je elok sgt tu😆😆
BalasPadam