Nasi Lemak Beras Pandan Hitam

9:24 PTG

Petang tadi sempat jalan-jalan  ke rumah jiran tetangga maya. Terjengah dapur SK Tanah Jauhar. Nampak juadah nasi lemak buka puasa pada hari Ahad lepas. Tiba-tiba  berasa sangat lama tak makan nasi lemak. Apabila sudah teringin memang tak boleh nak tangguh masak walaupun ada bahan tidak ada. Ah! Itu hanya alasan saja. Masaklah apa yang ada...ahaks! Kalau nak jadi, jadilah. Kalau tak jadi...wassalam aje kan SK hihihiiii.

Maka jadilah Nasi Lemak Beras Pandan Hitam dengan lauk-pauk yang mengelilinginya.
  • Nasi Lemak Beras Pandan Hitam
  • Sambal Tumis Bawang
  • Telur Rebus
  • Ayam Panggang Air Fryer
  • Timun
  • Ikan Bilis Tamban Goreng
  • Kacang Tanah Goreng
Nasi Lemak Beras Pandan Hitam & The Gang


Amie masak nasi lemak gunakan beras pandan hitam. Beras ini jenis tanaman bukit atau padi huma dan berbau wangi. Biasanya Amie temui nasi begini dalam bungkusan atau yang disebut linopot. Nasi linopot ini dibungkus dengan menggunakan daun. Antara daun yang digunakan seperti daun wonihan, daun timadang, daun kobu, daun tintap, daun longkobung, daun punti dan daun toropoi.
Lauknya pula pelbagai jenis, misalnya tuhau, jeruk bambangan, ikan goreng dan sebagainya. Kalau ke Kundasang dan Kota Kinabalu memang Amie tak lepas peluang untuk menjamah nasi linopot.
Eh!
Salah cerita pulak dah. 
Balik semula cerita Nasi Lemak Beras Pandan Hitam.


Amie nak cerita, salah satu lauk nasi lemak Amie kali ini ialah ikan bilis tamban goreng, gantikan ikan bilis biasa yang sudah habis dalam simpanan. Terkenang zaman dahulu, arwah Ayahanda kami seolah-olah mewajibkan adanya ikan bilis tamban di dalam bakul yang tergantung atas dapur. Dalam bakul itu mesti ada kacang tanah dan lobak masin. Itulah kombinasi lauk yang arwah Ayahanda suka makan dengan nasi.
Entahlah! Ketika goreng ikan bilis tamban tiba-tiba terkenangkan arwah. Al-Fatihah.

Di dapur Amie banyak sangat resipi nasi lemak. Cari sajalah kalau rajin. Nak kongsi resipi yang sama banyak kali, nanti jemu pulak yang membacanya.... ahaks!

Perkedel jagung.

Seperti yang dijanjikan, hari ini Amie buatkan lagi perkedel jagung untuk Firdaus. Tak bosan-bosan budak kecik tu makan benda yang sama setiap hari. Amie buat lebih adunan dan simpan dalam peti sejuk. Kalau esok pagi dia nak sahur makan perkedel jagung lagi, keluarkan saja adunan dan boleh goreng.

33 comments

  1. Kita geng la Daus ..Aunty pun suka pegedil jagung.Makan panas-panas sedap kan Daus.Tapi tu la bila dah remaja purba(pinjam istilah SK) kalau makan jagung rasa lenguh kaki.Tapi selalunya kalau dah teringin makan jugak..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tahu makan jagung boleh buat rasa lenguh kaki.

      Padam
    2. Kenapa lenguh kaki ye... jagung tu jenis beranginkah?

      Padam
    3. Memang jenis berangin sbb dia ada gas... lagi satu mkan jagung ni mempercepatkan buang air besar...itu pengalaman saya dan anak-anak kalau setiap kali makan jagung la.

      Padam
  2. Perkedel jagung dah jadi macam makanan wajib firdaus hahaha. Senang tu buat adunan siap siap pastu simpan dalam peti. Bila bila masa nak makan, boleh terus goreng hahahaha. Selagi tak boring, selagi tulah akan dimakan pergedel tu hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak ni memang ada musim-musimnya kan Atiqah. Nanti dah jemu, beralih pula ke makanan lain.

      Padam
    2. Betul tu kak amie, ada musimnya. Macam saya haritu, musim makan nasi ayammmmm setiap minggu. Memang wajib lah makan nasi ayam. Dan sekarang, tak boleh nak telan dah HAHAHA dah jemu >.<

      Padam
  3. Pekedel jagung ye.. menarik.. Kak Amie, sedapnya nasi lemak akak.. Pertama kali Sha lihat sebenarnya.. mengancam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi lemak beras pandan hitam tu Sha, beras kampung /huma.

      Padam
    2. Tak pernah makan beras huma ini.. Rasa dia sama ke kak macam beras biasa.. Sha survey di Shopee, ada jual jenama cap udang.. hehehe.. Macam teringin nak beli dan rasa..

      Padam
  4. Itulah yg Sk suka dgn dapur Amie ni, ada sahaja idea yg lain dari yg lain. Tak pernah lagi jumpa nasi lemak beras pandan hitam ni, yg biasa nampak kwn share, nasi lemak daun lemuni, warnanya sealant nasi lemak Amie ni la

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time ni nasi lemak guna beras pandan hitam, tak sangka warnanya macam nasi lemuni. Selalunya kalau nasi lemak beras kampung, saya guna beras bario yang rupanya lebih kurang sama dengan nasi beras biasa.

      Padam
  5. Haaaa baru nak ckp nasi lemak ni mcm nasi lemuni.. Tu la mula igt kka amie pakai beras pulut ke masak nasi lemak ni.. Tp cam pelik lak kan sbb nak buat nasi lemak... Kang jd lain plk.. Rupa2nya mmg ada eh beras hitam pandan😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada beras pandan hitam. Tak tahulah di tempat lain. Saya beli di Kundasang. Semasa cuci beras pun, dah ada bau wangi.

      Padam
  6. beras pandan hitam baru tau mesti sedap sgt buat nasi lemak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras huma / kampung memang sedap Kak PI.

      Padam
  7. Beras pandan hitam ni mana dapat adakah hanya di sabah sahaja. Amboiiii firdaus makan begedil jagung sorang je ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti pula boleh dapat di mana selain di Sabah. Di Sabah pun, lain daerah kadang-kadang lain pula jenis beras kampungnya.

      Padam
  8. Unik nasi lemak beras pandan hitam ni. Pulak tu ikan bilis tamban sebagai ganti ikan bilis. Kalau kat kedai ni mahal dah harga dia. Hari hari mintak pekedel ye Firdaus. Tak pernah jemu dia sebab sedap mommy buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bilis tamban tu memang nostalgia betul Fiza. Itulah lauk nasi kami waktu kecil-kecil dulu. Ikan bilis tamban itulah ikan, itulah ayam bagi kami heheheheee.

      Padam
    2. Ada ikan bilis tamban kira mewah juga dulu dulu kan. dan orang dulu suka makan ikan bilis tamban ni :) kira bahan mentah wajib ada.

      Padam
  9. first time dengar beras pandan hitam, first time juga dengar nasi lemak beras pandan hitam. mesti sedap tu... teringin plak nak rasa.. hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah pengetahuan baru ye Afeezz. Memang ada beza rasa beras kampung dengan beras sawah.

      Padam
  10. mana nak beli beras tu? teringin juga nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli di Kundasang awal Januari dulu. Lama dah saya simpan dalam peti sejuk, takut jadi buruk kalau letak pada suhu bilik.

      Padam
  11. Saya pun baru pertama kali dengar beras pandan hitam.
    Ikan bilis tamban tu, saya selalu juga goreng dulu, campur bawang dan cili api, makan dengan nasi panas. Sedap! :)

    BalasPadam
  12. cantik rupa nasi tu kak... dana tahun ni belum sekali pun berbuka dengan nasi lemak, sekarang ni pun asyikla malas masak, mujurla Edy pun tak kisah

    BalasPadam
  13. unik beras tu....sedap nmpk tgk ayam tu

    BalasPadam
  14. Kak Amie nanti ajarkan step by step perkedil jagung tu ye...nampak sedap la..SA x pandai buat yang macam tu...suka jugak beras tu..sedap..makan sikit jer dah kenyang...alahai sedapnya nasi lemak..nak buat jugak la nanti ngan sambal kerang/sotong kembang...

    BalasPadam
  15. Unik warna beras tu. Mengiurkan tekak ni hehe

    BalasPadam
  16. menariknya beras pandan hitam tu. rasa dia mcm mne?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe