Lempeng Pisang PKPB Kopi Cap Lampu PKPD

by - 3:49 PTG

Walaupun penularan wabak Covid-19 memaksa orang ramai berkurung di rumah, tetapi pisang di pokok tetap juga berbuah. Setandan pisang lemak manis sudah masak, dan untuk minum petang Amie ambil beberapa biji untuk dibuat lempeng.

Sekarang ini agak pening-pening lalat memikir dan mengingat mana satu tempoh yang dinamakan PKP, PKPB, PKPP dan entah apa lagi.... ! Barangkali kami sedang melalui fasa PKPB.


Kita namakan Lempeng Pisang PKPB sahajalah. Temankan lempeng pisang dengan kopi panas pula. Serbuk kopi yang Amie gunakan ini merupakan bantuan makanan yang diedarkan sewaktu kami terkurung dalam taman gara-gara PKPD yang lalu. Kopi ini Kopi Cap Lampu (ada gambar mentol) tapi sudah ditulis lampu, kita ikut sahajalah. 

Jom makan Lempeng Pisang PKPB dan minum Kopi Cap Lampu PKPD!

Lempeng Pisang PKPB & Kopi Cap Lampu PKPD.

You May Also Like

11 ulasan

  1. Masuk sini tak pernah tak sedap hidangannya.Gandingan nostalgia tu lempeng vs kopi O.Kalau hujan pulak memang menggamit memori

    BalasPadam
  2. Entahlah kak amie. pening juga pikir fasa apa sekarang. Sedap menu lempeng pisang dengan air kopi O :)

    BalasPadam
  3. Sedapnya, lempeng pisang, ada kopi o panas pula. :)

    BalasPadam
  4. Petang ni takde lempeng pisang, hanya cekodok pisang.. ��

    BalasPadam
  5. Semalam lempeng kelapa, harini lempeng pisang pulakk. Sedapppppnyaaaa :)

    BalasPadam
  6. Sedapppp...tak pernah mengecewakan airtangan Amie

    BalasPadam
  7. Sedapppp...tak pernah mengecewakan airtangan Amie

    BalasPadam
  8. Tengok menu ni automatik terus teringat kat kampung .

    BalasPadam
  9. Wak pun suka lempeng pisang.
    Lebih2 lagi kalau guna pisang kapas

    BalasPadam
  10. tiba-tiba teringat lempeng pisang kat restoran haslam di jalan pantai baru KL. sejak2 puasa dan pkp ni, mmg tak pernah ke sana

    BalasPadam
  11. Memang gu sangat kak lempeng dgn lempeng pisang yg ada rasa manis2

    BalasPadam