Juadah Berbuka Puasa Anak-Beranak

by - 9:26 PTG

Hari ini masuk hari ke 22 kita menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah, dapatlah sediakan juadah berbuka puasa untuk kami bertiga. Kelmarin memang tak larat, hanya masak bubur nasi dengan ayam saja. Sebelah malamnya telan panadol, dan terus tidur. Pesan dengan Encik Suami, kalau Amie tak larat bangun masak sahur, panaskan sajalah baki bubur. Rupanya tak cukup sakit lengan, membawa demam pula selepas suntikan vaksin tempohari. Memang sudah diberi pesanan oleh petugas KKM, kalau rasa-rasa demam, makan saja panadol.

Sejak PKPD ini memang tak pernahlah minta Encik Suami beli atau cari bahan itu atau bahan ini untuk dimasak. Apa yang Encik Suami bawa pulang, itulah yang Amie masak. Petang tadi Encik Suami beli ikan bolu @ ikan susu tanpa tulang. Terus rasa cergas untuk ke dapur  sebab agak lama juga tak makan ikan bolu! 

Sebelum ini Amie selalu kongsikan resipi ikan bolu @ ikan susu. Kalau jalan-jalan pun, jika terjumpa menu ikan bolu di kedai makan, Amie akan pesan.

Menu ringkas kami juadah berbuka puasa petang tadi:

  • nasi putih
  • ikan bolu goreng tanpa tulang
  • sambal tomato
  • tempe goreng
  • timun
  • sayur baby kailan masak bening

Nasi putih, ikan bolu, sup sayur, sambal, tempe goreng dan timun.

Firdaus pula, dari petang kelmarin merengek minta Amie buatkan perkedel jagung ala-ala masakan Bugis itu. Hari ini barulah Amie dapat tunaikan. Itu pun, siap dia beri amaran: Jangan ambil perkedel jagung banyak-banyak. Daus nak makan!

Belum pun perkedel jagung habis, sudah dua tiga kali Firdaus pesan: Esok mommy buat lagi ya!

Perkedel Jagung

Fish and Chips

Seperti biasa, buka puasa sebelum ini lebih kepada melayan selera Firdaus saja. Ada sekali amie buatkan fish and chips untuknya. Siap ada coleslow lagi.

Ayam goreng tepung Kentucky, kentang goreng dan coleslow.

Pada hari yang lain Amie sediakan ayam goreng salut tepung Kentucky dengan kentang goreng dan coleslow. Firdaus hendak tolong Amie di dapur. Jadi Amie ajar cara memerap dan menyalut ayam sebelum digoreng. Firdaus dapat belajar juga bagaimana cara menggoreng ayam. Amie bimbing bagaimana menyepit ayam dan masukkan ke dalam kuali untuk digoreng. Sudah tentulah Firdaus rasa seronok, kononnya dapat berbuka puasa hasil goreng ayam sendiri.

Apa ceritanya anak-anak bujang kami. Pening kepala anak-anak memikirkan pergerakan menjelang hari raya nanti. Sekejap arahan begitu, sekejap arahan begini. Entahlah!
Yang penting setiap hari anak-anak dapat berbuka puasa dengan sempurna.


Abang Farid memang tak boleh lari dari masak kari ayam!


Kadang-kadang buka puasa maggi saja dengan ayam goreng.


Kalau ada  masa dan bahan untuk dimasak, Abang Farid panggang ayam.
Katanya sedap ayam panggang hasil air tangannya. Alhamdulillah.


Katanya, ini mee sedap. Gorengkan ayam saja untuk buka puasa.


Nampaknya setiap petang Abang Farid buat jus buah sendiri untuk buka puasa.
Kalau di rumah LD, Abang Farid tak bubuh gula dalam minuman jus buah. Jus buahnya tu nampak pekat! 


Fuad pula, tak tinggal buntut ayam walaupun sudah berjanji nak makan ayam rebus saja!
Sudah ada seketul ayam, nak juga buntutnya!
Hari ini katanya, buka nasi kukus. 
Sebelah malam pula, ada exam katanya.
Good luck Fuad.


Nampaknya setiap kali bermalam di Kota Kinabalu memang abang sepupu Fairuz belanja berbuka di hotel. Kali ini di Hyatt Regency Kinabalu pula.

Petang kelmarin, Fairuz kata berbuka puasa di hadapan Gunung Kinabalu!

You May Also Like

34 ulasan

  1. Owh,ada side effect jugak yer bila ambil vaksin ni?
    Apapun semoga cikgu diberi kesembuhan.Seronok cikgu masih ada anak kecil untuk dilayan puasa-puasa ni.Semoga Daus juga membesar sebagai anak yang cerdas & pintar serta soleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Rasanya bukan kira umur juga tu. Kawan Fuad selepas vacine demam seminggu walaupun umur muda.

      Padam
  2. Sedap2 belaka juadahnya
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  3. sedap2 juadah berbuka..seronok Daus dpt goreng ayam sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya dah bosan lama terkurung. Tu pasal setiap kali kita masuk dapur dia pun ikut nak masak sama.

      Padam
  4. Wah.. mesti penuh meja kan kak? Hehe. Ikan bolu first time dengar nii.. selalu jumpa ikan byk tulang ja.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bolu ni kalau di Rumah HUtan Bonda Rozita dipanggil ikan lunak.

      Padam
  5. Semoga kak amie baik baik je dan cepat sembuh. terus cergas bila ada makanan favourite untuk dimasak. Seronok ye daus tolong mommy kat dapur. Seronoklah dia berpuasa dan dapat makanan as requested.

    Amboii abang farid, ayam tak pernah tinggal. tak pernah jemu! Fuad janji tinggal janji tu. tak boleh tahan tengok tongkeng ayam favourite dia. rezeki fairuz dapat selalu makan di hotel dan restaurant :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kak Amie dah sihat sekarang. Berasaplah dapur waktu petang heheee.

      Padam
  6. wahh meriahnyer juadah .,

    chuantek gmbr gunung kinabalu mcm terapung pula., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana senja, dikleilingi awan, tu yang nampak macam terapung ye Wak.

      Padam
  7. kesian diorg kan, sbb kerajaan kita bg arahan yg tak tepat.. and suka hati ja diorg nak tukar ... hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Atie. Serba salah nak buat keputusan.

      Padam
  8. seronok tengok menu abg farid, pelbagai menu walaupun cuma maggi goreng tapi nampak lengkap betul.
    fuad dan tongkeng tak dapat dipisahkan ye kak hehehhe nak makan ayam rebus la sangat heheheh...
    fairuz la paling best makan di hotel je selalu, rezeki dia ya kak...
    paling bahagia tentu daus, order je mesti dapat... macam AIyan lah menu kami semua ikut pada permintaan dia, janji dia rasa seronok berpuasa dan berbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4 anak, empatlah juga ragamnya kan Dana.

      Padam
  9. kesiananak2 amie kat seberang laut fenin fikirkn esok raya nk balik kampung camna kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Apa pun biarlah keputusannya baik-baik saja.

      Padam
  10. Perkedel jagung tu sedaplah, tapi klu dh goreng perkedel nasi bila nak makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami makan nasi, Firdaus makan perkedel jagung saja.

      Padam
  11. Amie apa khabar hari ni? Semoga sihat, ye.
    Feveret saya, fish and chips tu. Anak-anak request nak makan apa, mesti kita cuba juga nak tunaikan, ye. Tapi letih juga tu, kadang-kadang. :)

    BalasPadam
  12. Kakak dan kawan kakak saya cucuk first vaksin, semua demam, lenguh kat tempat dicucuk.
    Cucuk vaksin untuk suntikan kedua, semua demam, sakit kepala, muntah muntah hahaha. Tapi alhamdulillah, sehari je sakit sakit macam tu, next day dah okey.

    First time dengar ikan bolu ni kak amie. Kalau nama lain dia ada ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bolu ni nama lainnya:
      Malaya : ikan susu
      Inggeris : milk fish
      Indonesia : bandeng
      Filipina : bangos

      Padam
  13. jus buah pekat likat...sedapnya

    BalasPadam
  14. Vaksin tu bertindak balas dengan badan kan kak.. Ada yang ada kesan sampingan dan ada yang tak ada apa2 kesan sampingan..
    Harapnya menjelang raya arahannya akan lebih jelas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ada tindak balas. Tunggu dos kedua pula. Entah apa pula kesan tindak balasnya. Harap ok.

      Padam
  15. sedap2 juadah berbuka puasa, juadah anak2 bujang pon nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah Afeezz... anak bujang di rantau, sesedap rasa air tangan sendiri.

      Padam
  16. wahhhh bestnya akak dah dpt vaksin... di dah msk pkp 3 pun tak dpt apa2 lg waaaaaaa nak blk kg...

    nampak sedaplah fish and chip tu... nak cari laa utk berbuka nanti hehehe

    BalasPadam
  17. Menu2 tak pernah tak nampak sedap dan menyelerakan. Jus buah tanpa gula sangat sedap

    BalasPadam