Perkedel Jagung Padang & Secangkir Kopi Bubuk Cap Kuda Terbang
6:36 PTGPekedel jagung lagi! Mohon maaf asyik buat entri pasal jagung saja. Maklumlah, ini sahaja yang ada di dapur. Musim PKP ini memang asyik terperap di rumah, dan jarang sangat keluar. Masaklah apa saja yang ada. Kebetulan pula, coldstorage berhampiran taman perumahan kami diarahkan tutup mulai kelmarin sehingga 29 Mei 2021 kerana kerja-kerja pembersihan. Agak sukarlah sedikit untuk mendapatkan barang-barang dapur buat sementara waktu.
Walaupun namanya Perkedel Jagung tapi Amie tambah Padang di hujungnya. Resipinya tidak sama seperti yang Amie biasa kongsi, adunan mengandungi pelbagai jenis sayuran seperti kobis, lobak merah dan kacang panjang. Kali ini Amie gunakan resipi dari sini: PERKEDEL JAGUNG PADANG. Rasanya sedikit berbeza dengan perkedel jagung versi Bugis yang biasa Amie buat. Perkedel jagung versi Bugis agak lembut dan ringan, tetapi perkedel jagung versi Padang ini garing di luar, lembut di dalam dan cepat mengenyangkan. Barangkali adanya penggunaan lebih tepung gandum dan tepung beras dalam adunan!
Perkedel Jagung Padang & Secangkir Kopi Bubuk Cap Kuda Terbang. |
Alhamdulillah. Pemberian yang ikhlas dari jauh kita sambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Mudah-mudahan rezeki anak buah (Azwa & Nasir suami isteri dan keluarga di Tuaran) akan bertambah berlipat ganda. Selain menguruskan syarikat sendiri, sempat pula mereka menguasakan tanaman di kebun.
- Kami minum kopi kawa daun. Kopi ini diperbuat daripada daun kopi yang dikeringkan di atas tungku dan kemudian dihancurkan sebelum dimasak dalam belanga menggunakan kayu api. Sewaktu kami minum, ada rasa asap. Kami minum kopi daun.... daun kopi! Bukan kopi dari biji kopi! Menurut Pak Herman, pemandu kami, zaman kolonial Belanda dahulu, penduduk tempatan terpaksa menyerahkan tenaga dan hasil pertanian seperti kopi kepada pihak pentadbiran. Kopinya diambil Belanda, daunnya pula dibuat minuman orang kampung. Sesiapa yang pernah belajar sejarah Indonesia, sudah tentu teringat akan Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh penjajah Belanda!
- Kami juga sempat mencicipi kuih-muih berasaskan jagung manis. Antaranya termasuklah donut, ais krim, bubur jagung, bakwan, kerepek jagung, tauhu inti jagung, roti inti jagung dan sebagainya.
32 comments
Nasi padang biasa makan. Perkedel jagung padang belum pernah cuba lagi.
BalasPadamBestnya makan nasi padang. Banyak pilihan lauk.
PadamAduh,nanpaknya baki 2 tongkol jagung lebihan buat pekedil jagung resepi cikgu beberapa hari lepas,nanti mungkin jadi pekedil jagung padang pula ni..hihihi.
BalasPadamCantiknya bentuk pekedil jagung di Paya Kumbuh tu.Sama saiz & lonjong cantik.
Kalau sesapa yang diet,datang blog ni,sila ucapkan selamat tinggal kepada diet..hihihi
Mesti ada sesuatu tu sehingga menyebabkan cantik kejadian perkedel jagung Padang tu. Saya nak cvuba lagi nanti sampai berjaya heheheee.
PadamBanyaknya bendi. Rebus buat ulam, sedap juga. Ubat sakit lutut. Hehe.. Sedapnya perkedel jagung. Biasanya, makan begitu saja, atau cicah sos? Biasanya, kalau cucur nak bagi bulat, pakai tepung naik sendiri. Kalau pakai tepung gandum je, dia jadi leper.
BalasPadamItulah nak cuba nanti pakai tepung naik sendiri atau bubuh serbuk penaik. Firdaus suka makan dengan sos cili. Saya makan begitu saja.
PadamSedapppnyaaa kak amie goreng garing garing, makan time panas panas dan cicah sos cili hehehe.
BalasPadamKe perkedel tak payah cicah apa apa kak amie?
Kalau nak rasa original jagung segar, makan begitu saja. Tapi kalau nak ikut selera boleh jew cecah dengan sos kegemaran.
PadamComel2 bentuk perkedel tu Amie...nmpk ranggup..sedapnya mkn bersama kopi o
BalasPadamJemput makan perkedel jagung sama-sama.
PadamNampaknya kena jugaklah cari jagung utk buat perkedil ni, tapi takut jagungnya kering layu begitu saja, kita ni bab masuk dapur paling segan 🤣
BalasPadamKata Mama Cella, selalu makan jagung lutut lenguh hihihiiii. Nak buat cemana jagung saja yang banyak di dapur.
Padampekedel ni mcm cekodok ke kak?
BalasPadamLebih kurang kot.
PadamOooo tu laaa rupa mcm cekdok jagung.. Adoii ni yg rs mcm nak buat esok ni haha
PadamNampak sedap dan menyelerakan
BalasPadamJemput Wak.
PadamNampak menarik je menu ni . Rasa macam cucur jagung ke
BalasPadamAgaknyalah... cuma ada tambahan bahan lain.
Padammium kopi mkn pekedil sambil mengimbau sejarah sedih
BalasPadamItulah...sejarah penjajahan Belanda di Indonesia.
PadamUnik ya kopi kawa daun tu. Bila terdesak manusia akan jadi kreatif. Samalah macam kita dalma PKP ni. Ada je resepi baru. Huhu. Sedapnya pekedel tu dibuat kudapan
BalasPadamDi zaman penjajahan memang kena usaha lebih untuk sambung kehidupan.
Padamnak try resepi perkedel jagung ni tapi jagung takde dalam stok plak... nak pi beli malas... hahaha
BalasPadamSelagi ada stok jagung, berperkedel je lah kita kak amie. Kak amie pun lagi sedap tu guna jagung fresh. Favourite daus, tak jemu lah dia makan. Saya pun bentukkan ikut suka je. Almaklumlah baru berjinak jinak dengan perkedel jagung, terjebak dengan menu kak amie :)
BalasPadamFirst time dengar kopi kawa daun. Unik cara pembuatannya. Menarik betul cawan tempurung tu. Buat props gambar lawa tu.
Sedap perkedel jagung hidang bersama kopi o pekat.
Nampak sedap sangat laa....SA buat belum menjadi betul lagi sama macam kak amie buat..hahaha..sebab tu x update pasal tu...
BalasPadampekedil jagung padang tu nampak sedap..nak buat lah nanti..tak pernah makan lagi pekedil jagung
BalasPadamSedang membayangkan betapa nikmatnya makan perkedel jagung dilawan dengan hirupan kopi panas. 🤤
BalasPadamuihhhh meriah betul jagungnyaaaa... nak try laa kak buat... sebab ada jagung x abis mkn kt rumah ni...
BalasPadamsedapnya bila dimakan pd waktu ptg. kopi tu plak kaw2 punya! Fuh!
BalasPadamOrang indonesia pandai pelbagaikan masakan dan kreatif dalam mengahsilkan produk makana. Bila citer padang rindu nak makan masakan padang dan minang. Bila lah nak pi bukit tinggi lagi ni
BalasPadamCekodok jagung lawan dengan air kopi perghhhh mantap sih
BalasPadam