Nasi Linopot : Masakan Tradisional Masyarakat Kadazan - Dusun Sabah

10:08 PTG

Jumpa lagi dan semoga rakan pengunjung ke dapur maya ini sihat-sihat semuanya. Kali ini Amie kongsikan masakan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah iaitu nasi linopot. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nasi linopot ini kepada Amie ialah Puan Wanihim pada tahun 1996, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Kami selalu menghadiri kursus bersama ke Miri, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan tidur sebilik. Kalau penerbangan Amie dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu agak lewat, ke rumahnyalah  (di Kota Kinabalu) Amie dibawa berehat. 

Pernah sekali Puan Wanihim bawa Amie ke tamu (pasar) di Ranau, tempat kelahirannya. Di situlah Amie mengenali pelbagai hasil dari kampung seperti beras huma, tuhau, tembaruak, ikan masin dan sebagainya. Puan Wanihim pernah jamu Amie makan nasi linopot, warnanya ungu dan nasinya lembik sedikit dibungkus dengan daun seperti daun keladi!

Cerita tentang Puan Wanihim, sekarang dia sudah jadi orang besar dan berpangkat. Selalu Amie ikuti perkembangannya di FB tetapi Amie segan hendak menegurnya. Amie doakan Puan Wanihim sentiasa sihat dan terus bersemangat menabur sumbangan dalam bidang pendidikan di negeri kelahirannya ini. 

Nasi linopot dan lauk-pauknya.


Nasi Linopot

Kenangan kali pertama makan nasi linopot bersama Puan Wanihim sudah tentu sentiasa dalam ingatan. Menurut Puan Wanihim, linopot bermaksud bungkusan. Jadi, nasi linopot ialah nasi yang dibungkus. Katanya lagi, nasi linopot dimasak dengan menggunakan beras huma atau padi bukit yang kadang-kadang disebut juga beras kampung.

Ada pelbagai jenis daun yang digunakan untuk membungkus nasi ini. Antaranya ialah daun kobu, daun tintap, daun longkobung, daun toropoi, daun wonihan, daun punti dan daun timadang. Daun timadang ialah daun tarap. Amie tanya Encik Suami, masih adakah lagi pokok tarap di belakang rumah arwah FIL? Kata Encik Suami, pokok tarap sudah mati. Jadi, Amie gunakan daun punti atau daun pisang sahaja untuk bungkus nasi.

Kadang-kadang Amie jumpa nasi linopot warna putih, adakalanya warna merah dan juga warna ungu. Untuk nasi linopot yang Amie hasilkan, Amie gunakan beras pandan hitam, dan hasilnya kelihatan warna ungu seperti warna nasi lemuni.

Nasi linopot juga boleh dihasilkan dengan mencampurkan bahan lain seperti keladi, labu manis, ubi kayu dan juga ubi rambat atau atau keledek. Bahan-bahan ini digaul mesra bersama nasi dan kemudian dibungkus. Namun begitu, pernah beberapa kali Amie makan nasi linopot yang disertakan sekali ubi keledek ungu dan keledek oren rebus di samping lauk-pauk lain.

Nasi linopot & the gang.

Sayur losun, tuhau, bunga kantan dan cili putih dari Kundasang.


Idea untuk membuat nasi linopot timbul apabila Fairuz pulang membawa  sayur-sayuran seperti losun, bunga kantan, cili putih dan tuhau. Amie pesan kalau ada buah bambangan, belilah sebiji. Katanya buah bambangan belum tiba musimnya. Amie suka sambal bambangan. Kalau dalam masyarakat Dusun, buah bambangan biasanya dibuat jeruk.

Kembali kepada lauk-pauk nasi linopot, secara tradisinya dalam hidangan nasi linopot sekurang-kurangnya ada tiga jenis lauk. Biasanya mereka memilih jumlah bilangan ganjil seperti 7 jenis sehingga 9 jenis. Lauk-pauknya pula tidaklah sukar untuk disediakan dan bahan yang digunakan ringkas sahaja. Amie sempat sediakan 9 jenis lauk untuk hidangan nasi linopot. 

Pelbagai jenis lauk-pauk lain boleh disediakan. Misalnya ayam masak sup dengan rebung. Rebungnya pula jenis rebung yang manis. Aduh......! Enak banget. Sayur pun macam-macam boleh diolah seperti pucuk ubi. Boleh hidangkan lauk ayam atau daging salai yang dikenali sebagai sinalau ayam atau sinalau daging. Yang Amie sebutkan ini semuanya Amie pernah makan di restoran yang menawarkan set hidangan nasi linopot.
  • Nasi linopot
  • Sayur losun dengan bunga kantan tumis dengan cili putih
  • Sayur paku tumis dengan ikan bilis
  • Tuhau tumis dengan ikan bilis dan cili putih
  • Ikan masin goreng cili bawang
  • Hinava udang dengan peria
  • Sayur lemak batang keladi
  • Ayam masak sup
  • Ikan basung masak ampap
  • Sambal belacan
Sayur losun tumis dengan bunga kantan tumis dengan cili putih.

Sayur paku tumis dengan ikan bilis.

Tuhau tumis dengan ikan bilis dan cili putih.

Ikan masin goreng bawang cili.

Hinava udang dengan peria.

Sayur batang keladi masak lemak.

Ayam masak sup.

Ikan basung masak ampap.

Sambal belacan.


Inilah hidangan ringkas nasi linopot berserta lauk-pauknya. Hinava udang boleh digantikan dengan menggunakan isi ikan. Oleh kerana sudah ada ikan basung masak ampap, jadi Amie gunakan udang pula untuk dibuat hinava. Selain ikan dan udang, sotong juga boleh digunakan.
Kalau ada jeruk bambangan atau sambal bambangan, memang cukup sempurnalah hidangan nasi linopot!



Selamat berkenalan dengan masakan tradisional masyarakat Kadazan - Dusun Sabah.
Sekian. Jumpa lagi.

22 comments

  1. Banyaknya lauk.. Puas makan macam ni.

    BalasPadam
  2. New knowledge! Thank you kak amie.
    Banyak jugak ye lauk pauk yang boleh dimakan dalam set hidang linopot. Ingatkan dia ada spesifik menu macam tu hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang spesifik sebagai identitinya seperti hinava ikan atau udang, ikan basung masak ampap, tuhau, bambangan dll.

      Padam
  3. Meriah lauk tapi bagus guna pelbagai jenis sayur.
    Terima kasih kerana terangkan terperinci nasi linopot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Betul tu, banyak sayuran. Kalau kawan Kadazan-Dusun jamu saya makan nasi, sekurang-kurangnya ada dua jenis sayur dalam satu hidangan.

      Padam
  4. makanan tradisi dusun simple saja tapi sedap sgt nkn dgn nasi linopot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidangan sihat dan berkhasiat, ringkas dan mudah cara penyediaannya.

      Padam
  5. Nampak sedap nasi color purple tuu 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah beras huma / padi bukit jenis pandan hitam yang wangi.

      Padam
  6. Complete dah menu nasi linopot. Semua nutrisi ada dalam satu menu. Tak perlu pening dah nak pikir nak masak lauk apa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan masakan pun yang didapati di sekeliling tempat tinggal, tidak perlu bahan yang sukar diperolehi.

      Padam
  7. Lauk pauk dia menarik sungguh kak.. Terima kasih berkongsi cerita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Sha. Cerita hidangan tempatan yang patut diketengahkan.

      Padam
  8. Semua lauk rare tu cikgu.Nampak menyelerakan pada tekak saya.Cikgu,adakah pokok tuhau tu adalah pokok tepus yang terdapat di hutan semenanjung?
    (pokok hutan macam pokok lengkuas & umbutnya selalu di rebus sebagai ulam)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tuhau itu kalau di Malaya dipanggil umbut tepus atau kesing (sejenisbau serangga). Kalau di Malaya dibuat ulam dan direbus, di Sabah biasanya dibuat jeruk dan masak goreng / tumis dengan ikan masin / ikan bilis serta cili putih.

      Padam
  9. Aduh, kalau masuk periksa ni, terbabas jugak Kita nak menjawab soalan pasal lauk-pauk nasi linopot ni, Amie

    BalasPadam
  10. Meriah betul lauk pauknya tu Kak Amie...teruja SA tengok

    BalasPadam
  11. Pertama kali dengar Nasi Linopot a.k.a nasi bungkus. Banyak jenis daun yang boleh digunakan untuk membungkus. rencah pun ada pelbagai ye. Buah bambangan dan tuhau tu saya pernah tengok stacy share dalam youtube dia.

    BalasPadam
  12. Banyaknya lauk. Nasi tu lebih kurang mcm nasi kerabu di semenanjung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe