Ikan Susu Masak Tempoyak dengan Belimbing Buluh
11:09 PGBiasanya masakan yang ringkas dan main campak-campak itulah yang membuatkan kita berselera makan. Menambah-nambah nasi dalam pinggan pula!
Kali ini Amie kongsikan resipi Ikan Susu Masak Tempoyak dengan Belimbing Buluh, hidangan makan tengahari kami kelmarin. Selalu sangat Amie kongsikan menu ikan susu yang kami panggil ikan bolu @ baulu. Ikan susu @ bolu ini selain digoreng atau dipanggang, memang sedap sangat diolah berkuah seperti masak asam rebus, pindang, masak singgang, masak lemak kuning dan sebagainya.
Ikan Susu Masak Tempoyak dengan Belimbing Buluh |
Hidangan tengahari kami : Ikan Susu Masak Tempoyak dengan Belimbing Buluh, ayam masak sos lada hitam, salad dan ikan masin talapia kukus & sambal cili padi. |
Jom kita lihat resipi Ikan Susu Masak Tempoyak dengan Belimbing Buluh. memang cukup ringkas dan sangat mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan susu seberat 600 gram - bersihkan dan potong 5
- 10 biji belimbing buluh - bersihkan - belah jangan putus
- 7 biji tomato kampung - biarkan bulat
- 7 tangkai kesum
- 1 liter air
- garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 labu bawang besar
- 20 biji cili padi
- 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan 1 liter air. Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan daun kesum bersama ikan susu, diikuti dengan belimbing buluh dan tomato kampung.
- Masak selama 5-7 minit.
- Taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
13 comments
Kalau mcm tu punya presentation..mau tak pandang belakang dah
BalasPadamNampaknya kena cari makan tengahari ni, lapar tengok persembahan Amie
BalasPadamSedapnya masakan campur buah belimbing buluh. Geram betul tengok buah kat pokok tu haa
BalasPadamaduh lama tak makan, sedapnya! teringat makan sambal hitam pahang adik ipar buatkan. sedap!!
BalasPadamSedapnya masak tempoyak. Ikan masin tu kukus ye, nak cuba lah selepas ni. Biasa goreng je.
BalasPadamWahhh...makan hidang dalam gadang... macam kat kampung dulu dulu
BalasPadamtak kenal ikan susu yang mana satu... hehehe
BalasPadamnampak mcm masak lemak tp ikan lain. heheh
BalasPadamHari ni mak SA masak lauk perut lembu masak lemak cili api campur rebung...huwaaaa...SAa kat opis..pas tu tgok lauk kak amie...huwaaaaa lagi.....sedapnyaaa...dah berapa hari makan x tentu sebab sibuk kerja...
BalasPadamtengok kan tampi ... nostalgia snagat
BalasPadamtengok buah orange tu... refeshing betul....
BalasPadamwaduhhhh terus lapar ni hahaha
BalasPadamSedapnya masak tempoyak.. Sha suka tapi belum pandai membuatnya..
BalasPadam