Acar Mentah Berkacang

by - 9:09 PTG

Hari ini Amie masak nasi untuk berbuka puasa. Lauknya, ayam masak kari tanpa santan, sambal belacan dan acar mentah berkacang. Firdaus pula, Amie gorengkan perkedel versi Bugis. Amie kongsikan acar mentah berkacang yang sangat disukai Encik Suami.

Acar Mentah Berkacang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan hirisan timun
  • 2 cawan hirisan nanas masak
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 1 biji hirisan cili merah
  • 1 labu hirisan bawang besar
  • 1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng - tumbuk kasar
  • 1 biji telur rebus - hiris tipis - hancurkan  kuning telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar cuka atau 1/2 cawan jus limau nipis / kasturi
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Biarkan lebih kurang 15 minit sebelum dinikmati.

Tidak tahu milik siapakah resipinya, tapi kalau kenduri di kampung Encik Suami dan ketika menghadiri majlis kahwin di tempat lain memang selalu jumpa acar begini. 

You May Also Like

11 ulasan

  1. wah tampak sedap, olahan lain dari acar.. saya selalu bingung hendak diapakan lagi bila ada timun di lemari es

    BalasPadam
  2. Sedanya...Tapo saya tak pandai buat.In sha Allah nk cuba nanti

    BalasPadam
  3. Tak pernah jumpa acar macam ni. Selalu makan stail Johor yang biasa tu je

    BalasPadam
  4. Acar versi sabah la ni. Bahan lebih kurang mcm acar di semenanjung

    BalasPadam
  5. First time jugakkk tengok acar mentah berkacang ni. Biasa acar nasi minyak itu aje hehehe.

    BalasPadam
  6. Acar mentah berkacang saya tak pernah nampak dan tak pernah cuba lagi kak amie. Kalau teringin boleh gak cuba resipi yang kak amie kongsikan ni. Terima kasih :)

    BalasPadam
  7. kalau ada kacang ni takut laju je habis hehehe

    BalasPadam
  8. nampak sedap.. sy ni suka kacang, apa2 yg ada kacang mesti saya suke

    BalasPadam