Resipi Rendang Daging Paling Mudah Tetapi Sedap!
8:56 PTGMacam-macam versi rendang di negara kita. Ada rendang bubuh rempah 3 atau 4 sekawan, dan ada yang tidak. Ada yang tumis terlebih dahulu perencah rendang, dan ada yang terus lebur dalam periuk sekali harung. Kita raikan perbezaan dalam dunia masakan sebagai satu ilmu tambah bagi memeriahkan lagi dunia kulinari.
Amie biasa masak rendang jenis lebur dalam periuk sekali harung, tanpa tumis terlebih dahulu dan tanpa gunakan sebarang rempah-ratus. Ini cara yang Amie suka sebab lebih ringkas dan mudah. Untuk lauk ketupat pulut sempena malam ketupat yang berlalu malam semalam, Amie juga masak rendang daging cara begini. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.
Rendang Daging |
- 1.5 kg daging batang pinang- potong ikut saiz yang disukai
- 1 kg pati santan
- 5 sudu besar kerisik
- 4 helai daun kunyit - dihiris
- 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
- 3/4 cawan parutan gula Melaka
- 2 keping asam gelugor
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 7 ulas bawang putih
- 500 gram bawang besar
- 250 gram bawang merah
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 3 cm kunyit hidup
- 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
- 20 tangkai cili kering
- Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
- Masukkan daging lembu.
- Tambahkan semua bahan kisar.
- Masukkan gula melaka, asam gelugor, kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
- Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
- Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
- Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
- Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
- Padamkan api dapur.
19 comments
Menyelerakan.. Raya nanti mesti meriah dengan aneka rendang... daging dan ayam.. ��
BalasPadamSedapnyer rendang daging batang pinang lembu tempatan
BalasPadamresepi rendang daging kak gini juga
BalasPadamAmie, resepi rendang kita sama kecuali kunyit hidup tu Sk tak pernah letak, raya ni Sk letak kunyit laaa
BalasPadammenu wajib dipagi raya ni tapi saya tak makan rendang yang ada kerisik..
BalasPadamjadi selalu pagi raya kena sediakan gulai ayam ehehe..
Menu wajib time raya! Sedapppnyaaaaa makan dengan ketupat.
BalasPadamTahun ni, saya nak cuba masak rendang cara Amie ni, lebur semua sekali. Mekasih share resepi, Amie. :)
BalasPadamrendang daging tk pernh buat..suka mkn...biasa kt rumah mertua suka buat rendang ayam or rendang paru
BalasPadamBahan-bahan rendang lebih kurang sama dengan Mrs. A tapi Mrs.A tumis dulu bahan-bahan kisar tu.
BalasPadamNanti boleh try cara ALK
Masak rendang tak tumis ni tak pernah try lagi. Saya pun suka buat kerisik sendiri. Walaupun makan masa tapi puas hati
BalasPadambelum raya lagi dah tayang ketupat rendang...aduhhh...rindu nya kat kampung halaman
BalasPadamSedapnya rendang daging. Selera saya pulak berbeza, kena tumis dulu. Tak pernah lagi guna rempah. Suka jugak letak bawang banyak sikit. Lama tak makan rendang daging sebab kurang gemar makan daging. cuma makan bila raya atau kenduri je lah. Setuju kak amie, buat kerisik sendiri lagi sedap rasa dia. Rendang letak kerisik lagi bertambah sedap jika dibandingkan dengan rendang tanpa kerisik.
BalasPadamuih sedap nih kak.....
BalasPadamTak pernah buat rendang yg lebur ni. Selalunya rendang tumis
BalasPadamtengok resepi ni nampak senang jaaa. boleh try nty :)
BalasPadamSedap rendang.. Resepinya pun tak terlalu rumit..
BalasPadamsedapnya rendang daging. time raya je yg slalu mkn. time lain jarang sgt nk jumpa
BalasPadamMacam menarik jer kak amie buat rendang campur sedikit gula melaka..SA nak cuba buat...
BalasPadam토토 Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
BalasPadamyou make blogging look easy. The overall look of your site
is wonderful, let alone the content!