Hadiah Untuk Top 10 Komentator Mac 2021

by - 1:54 PTG

Hai apa khabar semua. Nampaknya menjelang April ini Amie sudah jadi biskut chipsmore pula. Lebih banyak tenggelam dari timbul. Tiba-tiba dapat tugasan yang tak menentu masa, dan terpaksa utamakan dahulu titah perintah Seri Paduka Baginda. Rindu nak ziarah rumah rakan-rakan blogger tetapi buat masa terdekat ini memang tidak mengizinkan.

Terima kasih kepada komentator yang bekerjasama emelkan details kepada Amie. Alhamdulillah, dapat juga cari masa untuk siapkan hadiah yang akan dikirim untuk Top 10 Komentator Mac 2021. Jika tiada aral melintang, esok hadiah-hadiah tersebut akan diposkan.

Hadiah daripada Amie's Little Kitchen biasa-biasa sahaja, cukup atas rasa ikhlas ingin kongsi rasa gembira mendapat rakan-rakan blogger yang sering meninggalkan komen. Antara hadiah yang akan Amie kirim termasuklah seutas rantai tangan mutiara dan butang baju Melayu. Mutiara pada rantai tangan yang Amie pilih ini bentuknya tidak sama seperti mutiara pada butang baju Melayu. Mutiara butang baju Melayu sudah diproses, tetapi mutiara pada rantai tangan adalah asli tanpa proses. Bentuknya pun agak berbeza di antara satu sama lain. Ada yang bulat, lonjong dan sebagainya, dan nampak kasar sedikit (tidak licin).

Rantai tangan mutiara & butang baju Melayu.


Butang baju Melayu.


Kenapa  Amie kirimkan rantai tangan dan butang baju?
Rantai tangan itu bolehlah pakai untuk diri sendiri (majoriti penerima hadiah daripada blogger wanita), butang baju itu bolehlah berikan kepada suami, atau anak lelaki, atau ayah, tunang atau kepada sesiapalah yang tersayang!


Amie harap hadiah ini akan tiba ke alamat masing-masing dengan selamat. Kalau ada mutiara yang tercabut dan sebagainya, boleh maklumkan kepada Amie ya.  Oh ya! Mutiara ini sensitif sifatnya. Kalau nak pakai, pastikan selepas siap berdandan, sudah sembur minyak wangi, barulah pakai. Mutiara akan mudah rosak sekiranya terkena bahan kimia dalam kosmetik seperti semburan rambut dan minyak wangi. Jauhkan daripada sebarang jenis minyak dan air termasuk air laut.
Sekian.
Jumpa lagi.

You May Also Like

18 ulasan

  1. Alhamdulillah, tak sabar menanti pulak.. terharu sungguh kita, Amie

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... murah rezeki tuan blog nie

    BalasPadam
  3. Wah cantik lah mutiara hitam tu. Tahniah buat semua dan semuga Allah limpahkan rezeki buat amie sekeluarga. Aamiin

    BalasPadam
  4. 🥰🥰🥰
    Semua cantik- cantik..
    Rezeki raya ni ..

    BalasPadam
  5. Wahhh..bukan main gojes lagi hadiahnya

    BalasPadam
  6. Cantikkkk. Beruntung siapa yang dapat nanti tu :D

    BalasPadam
  7. alhamdulillah moga murah rezki amie pemberi hadiah yg murah hati

    BalasPadam
  8. Cantik perhiasan mutiara tu kak amie. Rupanya rumit jugak nak menjaga tu. Banyak pantang larang dia :)

    BalasPadam
  9. hadiah yang menarik, boleh guna masa raya nanti. tahniah kepada semua pemenang

    BalasPadam
  10. kak amie ! cantiknyaa hadiah.. Allahu thank youuu

    BalasPadam
  11. Allahu... terharunyaaaa.... arghhhhh ni yg x sabar nk tggu parcel ;-)

    BalasPadam
  12. semuanya cantik kak, alhamdulillah semalam selamat sampai...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Cantik-cantik hadiahnya..
    smeoga murah rezeki akak.. Aamiin..

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..SA antara penerima hadiah- hadiah diatas

    BalasPadam