Kuih -Muih Untuk Berbuka Puasa
5:29 PTGSehari sebelum tiba bulan puasa, Encik Suami kata: Tak payahlah kita beli kuih untuk berbuka. Kita setuju jew. Tak ada kuih-muih pun tak apa. Lagipun Bazaar Ramadan di seluruh Lahad Datu tidak dibenarkan beroperasi kerana PKP.
Itu kata dia sehari sebelum puasa.
Rupa-rupanya kata tidak dikota. Hari-hari beli kuih! Tak cukup sejenis, kadang dua, kadang tiga jenis dibawanya pulang. Entah dari gerai mana dibelinya. Itu belum lagi sebelah malam. Balik dari solat terawih, ada lagi bungkusan kuih atau manisan yang dijinjing ke dapur! Rezeki Allah di bulan mulia.
Kuih Pisang ijo @ Hijau |
Kuih Ongol-Ongol |
Popia Sira Pedas |
Kuih Bom |
Kuih Tako @ Takup |
10 comments
Wah, macam-macam kuih ada! Saya pernah makan kuih pisang ijo tu... sedap! Tapi susah nak cari di sini.
BalasPadamooo bukan kuih ketayap rupanya..serupa plak...banyak kuih yg SA x tau nama atau kat sana sebutan berbeza kan...SA suka kuih yg warna pink tu..sini panggil kuih sago kan?
BalasPadamMacam2 kuih ada
BalasPadamSemuanya sedap
Sedappppnyaaaaa.
BalasPadamKuih ongol ongol tu kalau saya, saya panggil bronok hehehe.
Bukan beranak tau kak amie :P
Mungkin nampak ada gerai jual, itu yang beli agaknya tu kot. Kalau ke bazaar leceh sikit nak membelinya. Kuih Ongol-Ongol comel pulak bunyinya. Unik cara hidangan kuih ijo, nampak sedap dimakan dengan kuahnya.
BalasPadamPisang ijo tu belum pernah makan lagi
BalasPadamtak pernah rasa lagi malah tak pernah jumpe pon kuih pisang ijo tu. mesti sedap sebab saya suke pisang
BalasPadamKuih Ongol-Ongol di penang dipanggil intan bertabur hehe h
BalasPadamkuih Pisang Ijo @ Hijau tu nampak menarik..
BalasPadamheheeh... niat kat mulut je tu kak... nampak kuih sedap semua tergoda hahaha
BalasPadam