Agihan Bakul Makanan di Kawasan PKPD
1:40 PTGSudah masuk hari ke 7 kami terkurung di balik pagar kawat duri. Kami lalui PKPD dengan sabar dengan harapan suasana akan kembali pulih.
Pagi tadi, sebuah lori besar memasuki lorong di taman perumahan kami. Beberapa orang pekerja menghantar bakul-bakul makanan ke setiap rumah termasuk ke rumah kami. Begini agaknya suasana ketika Fairuz terlibat sebagai pekerja sukarela pada tahun lepas, membahagi-bahagi makanan dari rumah ke rumah.
Antara barang keperluan asas yang kami terima termasuklah:
- 10 kg beras
- 1 bungkus biskut
- 1 kotak telur
- 3 tin sardin
- 1 botol kicap
- 2 paket gula pasir
- 2 paket serbuk kopi
- 3 bungkis minyak masak
- 4 bungkus mee hoon
Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diduga.
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap warga PKPD.
Terima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap warga PKPD.
Moga negara kita terus aman dan makmur!
32 comments
Tetiba kita sebak pulak
BalasPadamSemoga semuanya akan cepat2 berakhir.. Aamiiinnnn
Terkurung kali ini lain macam rasanya.
PadamAlhamdulillah ada pihak yang peduli hantarkan bantuan. bukan mudah bila PKPD ni. Pergerakan keluar tak dibenarkan bilamana kawad berduri membatasi. Akur dan semoga terus bersabar kak amie. Semoga kes terus menurun dan bebas PKPD.
BalasPadamBetul tu. Pergerakan sangat terbatas. Nak beli makanan siap pun tak dapat.
PadamSyukur ada sumbangan... Semoha terus ok hendaknya
BalasPadamBila mengalami PKPd, baru faham mengapa bakul makanan perlu diagihkan kepada penduduk terlibat.
PadamAlhamdulillah syukur dgn rezeki yg di beri
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.
PadamSedih SA ngan keadaaan yang Kak Amie lalui ka sana...sebak hati...kalau SA la..x tau macam mana nak hadapi..
BalasPadamTerpaksa hadapi juga SA. Jiran dan rakan-rakan saling memberi semangat.
PadamAssalamualaikum kak amie, alhamdulillah, rezeki dari Allah tu. Semoga keadaan kembali pulih dlm negara kita.
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamAlhamdulillah, rezeki Allah. In shaa Allah akan tamat juga PKPD ini.
alhamdulillah kak, semua dibantu dan semoga cepat pulih kes covid di tempat akak
BalasPadamSyukur Alhamdulillah. Kebetulan akhir-akhir ini minyak masak kurang di LD, dapat pula sumbangan 3 bungkus. Syukur!
PadamAlhamdulillah atas rezeki dan bantuan yang diberi. Semuga Allah melindungi amie sekeluarga. Semuga kes semakin menurun di tempat amie.Aamiin
BalasPadamAamiin ya Allah. Mudah-mudahan cukuplah PKPD 14 hari saja.
PadamSemoga Kak Amie dan keluarga baik-baik sahaja di sana dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
BalasPadamTerima kasih Farrah. Aamiin ya Allah.
PadamAlhamdulillah,rezeki Ramadhan
BalasPadamSemoga seluruh warga LD dalam lindungan Allah
Aamiin...Aamiin ya Allah.
PadamHarap cukup 14 hari berakhir la pkpd tempat kak Amie
BalasPadamMudah-mudahan. Ada yang kena 2 kali, dan ada yang kena 3 kali PKPD.
PadamAlhamdulillah, masih ada yang prihatin.
BalasPadamSemoga pandemik ni cepat cepat berakhir. Aamiin :)
Syukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.
PadamMudah-mudahan keadaan kembali pulih.
Alhamdulillah. Masih ada yang bermurah hati..
BalasPadamsemoga semua baik2 saja.. insyallah cepat2 berlalu
BalasPadamcovid ni semua dan keadaan kembali seperti sedia kala..
Alhamdulillah. Semoga Amie dan keluarga tabah dalam menghadapi tempoh PKPD ni.
BalasPadamalhamdulilah kak..byk jugak tuu dappat makanan tuu kak :)
BalasPadamAlhamdulillah.. rezeki Ramadan.. semoga semuanya akan kembali pulih.. Aamiin..
BalasPadamI value the blog article. Thanks Again. Really Great.
BalasPadam카지노사이트
바카라사이트
안전카지노사이트
What's up friends, how is the whole thing, and what you want to say on the topic of this post,
BalasPadamin my view its truly remarkable for me.
토토
토토사이트
토토사이트추천
Great post.I'm glad to see people are still interested of Article.Thank you for an interesting read........
BalasPadam스포츠토토
먹튀검증
토토사이트추천