Air Nanas Rebus Gula Batu
3:24 PTGAda yang suka menikmati minuman sejuk ketika berbuka puasa. Tidak kurang juga yang lebih menggemari minuman panas. Dua tiga hari ini kami lebih suka menikmati minuman panas pula. Encik Suami lebih gemar minum lemon panas. Untuk mempelbagaikan rasa minuman, Amie buat Air Nanas Rebus Gula Batu. Minuman begini memang biasa Amie nikmati sewaktu zaman kanak-kanak. petik sahaja sebiji dua nanas di kebun. Bonda yang akan menyiapkan minuman ini. Barangkali zaman dahulu susah nak dapat ais batu, jadi kami minum air nanas dalam keadaan panas, dan kadang-kadang ketika suam.
Ketika Bonda rebus nanas, memang terbitlah aroma rempah yang ditambah seperti kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Bonda kata, masukkan sedikit saja, sebagai syarat! Syarat apa itu? Agaknya sekadar untuk dapatkan aroma sahaja kot!
Air Nanas Gula Batu |
Bahan-bahan:
- 1 biji nanas masak - anggaran 1kg - kupas dan cincang / potong kecil-kecil ikut citarasa
- 1.5 liter air
- gula batu secukupnya
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- secubit garam
- 1 titik pewarna kuning limau
Cara:
- Masukkan nanas ke dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
- Setelah mendidih perlahankan api dan masukkan gula batu, garam, bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis. Didihkan lagi sehingga nenas benar-benar layu.
- Titiskan pewarna kuning limau.
- Padamkan api dapur.
- Boleh dinikmati ketika panas, suam, atau sejuk dengan menambahkan ketulan ais.
13 comments
Aduhai..minuman menggamit kenangan zaman sekolah menengah ni untuk subject Sains Rumah Tangga(SRT).Aromanya seperti memasak jem nanas kan cikgu,harum satu rumah.Elok2 je baeli nanas ni cadangnya nak buat jem untuk tart nanas.Harus juga jadi minuman ni...hihihi
BalasPadamalamak kita fobia sungguh dgn nanas ni hehehe....
BalasPadamslalu makan mesti sakit mulut ehhee
Tak pernah minummm air berasaskan nanas ni, tertanya tanya rasa nanas ni masam manis ke amie? Macam inti kuih raya tart nenas tu ke? Hehehehe
BalasPadamwah sedapnya. Kalau dapat nenas yang manis perghh. Suke nenas ni dibuat air lagi lah.
BalasPadamZaman duk asrama dulu ada kawan tu kalau mak bapak dia datang je mesti ada bawa nenas rebus untuk anaknya sebab kampungnya di air hitam muar merupakan kawasan tanaman nenas sebab tanah gambut. Sejak itu suka kalau nenas tu di rebus dan minum airnya. Tapi kalau dapat nenas madu kopek cecah dengan kicap campur dengan cili wah sedapnya. Aduhaiiiii posa posa
BalasPadamAmie nanti keluarkan lah resepi nenas yang amie buat. Mungkin masakan nenas sabah ada kelainannya di semenanjung
BalasPadamantara menu kegemaran abah, nenas rebus tapi tak pernah boh rempah kak...
BalasPadamArwah mak saya pun buat air nenas letak gula batu tapi tak letak cengkih, bunga lawang dan kayu manis.Dia akan masukan esen pisang di dalam minuman itu.Mama Cella selalu mengimbau zaman sekolah di kelas SRT, saya pun belajar buat air nenas dalamm kelas SRT
BalasPadamSA suka!!!mak selalu buat dulu masa kecik- kecik...sekarang dah jarnag buat dah...tapi tgok jer ni rasa nak cari nanas dan buat plak..sedapnyaaa...
BalasPadamSedapnya kak, saya jadi ingin membuatnya di rumah.. saya pun lebih suka minuman hangat, tapi biasanya hanya terbatas kopi, teh atau cokelat panas saja. Terima kasih sudah membagi resep ini, kak Amie..
BalasPadamsaya suka air nenas yg mcm ni, tak suke yg blend punya
BalasPadamTak pernah lagi cuba cara bonda kak amie. mesti rasa dia unik gak sebab letak 3 sekawan tu. Tapi saya pernah cuba teh masala letak 3 sekawan ni. tak boleh masuk tekak lak kalau minuman campur rempah ni. Boleh letak dalam masakan je :)
BalasPadamAir nenas sedapppppp ni kak..da terbayang2 la pulak.heheh
BalasPadam