Asam Pedas Ikan Bulan & Barobbo

by - 9:27 PTG

Terbayang-bayang kuah asam pedas ikan pari yang merah berlenang-lenang di dapur SK Tanah Jauhar, juadah berbuka puasa dan bersahurnya semalam. Balik dari dapur orang, masuk dapur sendiri nak masak jugalah asam pedas ikan. Dalam freezer tidak ada ikan pari. Ada seekor ikan bulan, dan rasanya sesuai dimasak asam pedas.

Asam Pedas Ikan Bulan


Inilah rupa ikan bulan. Dahulu kami panggil adik ikan terubuk. Di LD kami tak pernah jumpa ikan terubuk seperti di Malaya. Teringin makan ikan terubuk, kami gantikan ikan bulan. Ikan bulan ini sedap dipanggang cecah air asam. Tulangnya pun banyak, tetapi isinya rasa lemak. Kalau dipanggang, keluar minyak dari badannya. Ikan bulan yang Amie masak nan seekor ini beratnya melebihi 1 kg. Amie masak semua untuk lauk makan nasi waktu berbuka puasa. Selebihnya Amie simpan untuk esok pagi, panaskan kembali buat lauk sahur pula. Tentu rasa kuahnya lebih sedap, sebab asam pedas sudah mesra.


Selalunya Amie masak asam pedas bubuh daun kesum. Entah kenapa petang tadi terpetik daun limau purut, padahal sebelum melangkah keluar ke belakang dapur sudah berkira-kira nak petik daun kesum! Agaknya masih teringat-ingat daun limau purut dalam asam pedas SK! Elok jew daun kesum tu tercongok sebelah pokok limau purut.... ahaks!
Tak kisahlah. Daun limau purut ke, daun kesum ke, bunga kantan ke, semua Amie boleh makan. Jom tengok resipinya di bawah ini.


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bulan - bersihkan - kerat 5 bahagian
  • 5  helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas sedikit
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm lengkuas - diketuk
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 liter air
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, lengkuasr dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping dan air. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  3. Masukkan ikan bulan.
  4. Biarkan ikan bulan sehingga masak dan kemudian masukkan daun limau purut.
  5. Setelah daun limau purut berubah warna, perasakan asam pedas dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Padamkan api dapur.
Barobbo @ Bubur Jagung

Selesai masak juadah berbuka puasa, jiran sebelah kiri beri salam. Semangkuk barobbo panas dihulur. Barobbo ialah sejenis bubur jagung, masakan tradisi masyakat Bugis. Alhamdulillah. Rezeki di senja hari yang sangat lazat!

You May Also Like

36 ulasan

  1. Ish,semua pakat dok masak asam pedas ni..Terbayang dimata terkenang- kenang juga ni.Dah gila bayang asam pedas dah ni..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... gila bayang sama asam pedas! Lama tak masak ni Mama Cella.

      Padam
  2. ikan bulan besar juga kalau sekilo beratnya..seperiuk asam pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, besar juga saiznya. Boleh makan 2-3 kali.

      Padam
  3. Bahaya betul balik dri dapur orang terus terbayang-bayang... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa.... dapat idea nak masak apa.

      Padam
  4. Tampilan fisik ikan bulan jika diperhatikan sekilas mirip dengan ikan bandeng ya, mrs. Amie.
    Aku belum tau rasanya nih,jadi penasaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali ia keluarga bandeng juga Pak. Bandeng jauh lebih berlemak berbanding bulan terutama bahagian perutnya. Bandeng di tempat kami dipanggil ikan susu @ milkfish.

      Padam
  5. Baru tahu ade nama cam nie 🤣🤣

    BalasPadam
  6. Sedap asam pedas! Ikan apa pun saya suka. Saya pertama kali dengar barobbo. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan asam pedas ni lebih kepada rasa nikmat kuahnya heheeee. Sedap sangat barobbo tau Nur. Lagilah kalau makan hasil air tangan orang lain.

      Padam
  7. kalau dpt ke sy asam pedas ni skrg jg sy cari roti canai hehehehe fav sy roti canai cicah kuah asam pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kelebihan asam pedas. Bukan sahaja boleh dijadikan lauk makan nasi, tapi boleh cecah dengan apa-apa yang kita suka.

      Padam
  8. Barobbo atau bubur jagung tapi nampak macam bubur lambuk lah pulak. Siap ada hiasan atasnya lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari permukaan memang nampak macam bubur lambuk. Dalamnya berbeza bahan berbanding bubur lambuk.

      Padam
  9. Assalamualaikum.

    opppsss, silap pulak singgah blog Amie siang2 hari ni. ehheheeh
    menguji keimanan sungguh! ehhehehe
    Selamat berpuasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang Ramadhan ini. Amiinn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa juga SS. Moga dipermudahkan segala amal ibadah di bulan puasa.

      Padam
  10. Saya suka asam pedas gak. Latest mak saya buat dengan kepala ikan salmon.memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya asam pedas kepala ikan salmon!

      Padam
  11. Alamak, Amie masak asam pedas, Sis Lin pun masak asam pedas ikan mayong,saya masak asam pedas ikan
    mabong aje lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... itulah Mama Cella kata, semua dah gila bayang masak asam pedas! Mabong pun sodap tu.... saya suka.

      Padam
  12. tak pernah jumpa ikan bulan ni kak, kalau ke sarawak kan selalu ada ikan terubuk... tapi di LD takde ye kak... dana ingatkan mudah jumpa...

    dana kalau ikan yang banyak tulang memang tak berapa gemar nak beli... hehehe
    tapi tengok asam pedas akak tu...sedapnya pekat betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya laut Sabah memang tak ada ikan terubuk. Bukan setakat di LD sahaja yang tidak ada, tapi setakat ini memang tak jumpa di mana-mana daerah di Sabah. Dulu selalu juga beli ikan terubuk di coldstorage yang datangnya dari Sarawak. Sekarang dah tak ada.

      Padam
  13. Patutlah kita tersedak2, nama disebut orang LD, hihi

    lebih details resepi asam pedas di sini. Kita selalu masukkan daun limau purut dalam asam pedas sebab jarang simpan stok daun kesom, hihi

    BalasPadam
  14. First time dengar and tengok ikann bulan hehehe. Dah banyak kali tengok orang share menu asam pedas ni, weekend ni nak kena ajak kakak masak jugak ni hehehe.

    BalasPadam
  15. Sedapnya hirup kuah yg pekat,masam2 pedas..
    Eh ikan bulan tu ada telur ya..

    BalasPadam
  16. SA puntergoda ngan asam pedas ikan pari SK...nak buat asam pedas jugak la weekend ni...sedapnyaaa

    BalasPadam
  17. first time tau pasal ikan bulan tu, mungkin pernah tgk tp tak tahu plak nama dia ikan bulan. Barobbo tu nampak mcm sedap... klu dr jagung mesti sedap

    BalasPadam
  18. Ohh ikan bulan sama macam ikan terubuk. Jenis banyak tulang tapi isinya manis dan sedap. Sedap tu dimasak asam pedas kak amie :) bubur jagung pun sedap!

    BalasPadam
  19. Ikan bulan? First time dengar ni kak. Ke sbb xpenah makan kottt.hehe

    BalasPadam