Sayur Harga RM60
1:52 PTGPetang kelmarin, dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, Fairuz bersama abang-abang sepupunya singgah di Kundasang. Encik Suami sempat telefon, dan pesan supaya beli sayur. Ketika Fairuz sampai ke rumah, kami sudah tidur.
Pukul 3 pagi, Amie bangun untuk masak sahur. Encik Suami pun tolong apa yang patut. Biasanya Fairuz yang menjadi tukang masak untuk sahur di bulan puasa. Oleh kerana dia keletihan, jadi kami ambil alih tugasnya. Mata kami terus segar sampai ke pagi. Apa tidaknya! Sebaik sahaja masuk dapur, terpandang pelbagai jenis sayur atas meja. Tak lain tak bukan, sayuran yang Fairuz beli dari Kundasang. Macam beli sayur untuk buat kenduri pula.
Kata Fairuz, sayur-sayuran itu dia beli gunakan duitnya sendiri, hasil upah bantu uruskan bekalan ikan ke Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya. Barangkali pertama kali beli sayur, seronok sungguhlah Fairuz memilih. Semuanya dibeli dengan harga RM60.
12 comments
Nampak segar sayur-sayurnya :)
BalasPadammemang macam nak buat kenduri kak heheheh... dia pun rambang mata nengok ada pelbagai sayur segar itu dia borong
BalasPadamPertama kali mengunakan duit hasil bekerja tu yang bersemangat beli sayur untuk mak dan ayah. Semuga Allah limpahkan rezeki pada fairus
BalasPadamBagus betul Fairuz sediakan sahur. Dah penat, kita pulak ambil alih tugas dia. Hihi lain macam dia punya excited membeli sayur sayuran tu. Syukur rezeki dikongsi bersama jiran dan kawan. Sayur sayur ni beli banyak takut tak tahan lama. Takpelah, dapat Fairuz belajar sesuatu :)
BalasPadamAlhadulillah
BalasPadamrezeki dikongsi bersama
First gaji memang excited nak belikan something untuk mak dan ayah sebab nak tunjuk bukti penat lelah bekerja hehehe
BalasPadambyk rejeki tu.. salam ramadhan kareem cikkak amie tuuh.. 😅
BalasPadamSayangnya kita tidak berjiran....hihihihi
BalasPadamKalau SA pun sama la kak amie..pantang nampak sayur...sedapnyaaa semua segar2 tu ha...
BalasPadammacam2 bole masak dengan sayur banyak2 mcm tu...
BalasPadamdpt belanja org guna duit sendiri rasa puas :)
BalasPadampertama kali membeli kan kak.. Perasaan terujanya lain macam.. Sha pernah begini..
BalasPadam