Makan-makan di Sarina Beach Kunak
8:39 PTGDalam perjalanan pulang dari Pakalangan Bay Semporna, kami singgah seketika di Sarina Beach Kunak. Encik Suami kata, makan sajalah di sini. Sampai rumah nanti tak payah masak.
Memang nyaman sungguh duduk-duduk di tepi pantai ini. Hari beransur petang, dan matahari tidaklah seterik di Pakalangan Bay. Kami memesan makanan di Cafe Seri Dalma. Banyak tempat duduk di tepi Sarina Beach Kunak ini. Pengunjung pun datang tak putus-putus.
Mee Goreng Special. |
Selepas makan nanti, bolehlah turun ke pantai dan ambil gambar.
Harap Firdaus rasa gembira dapat jalan-jalan.
Hidangan pertama tiba ialah mee goreng.
Amie memang pesan mee goreng .
Amie pesan Mee Goreng Special. Beginilah rupa mee goreng yang sampai ke meja kami. Apabila diselak, berketul-ketul udang di dalamnya! Bismillah.
Oh! Rupanya udang sembunyi dalam nasi goreng... ahaks!
Tidak lama kemudian pelayan kafe datang bersama sepinggan mee goreng.
Mee Goreng Special, katanya.
Aik? Yang saya makan ni mee goreng apa dik?
Itu Mee Goreng Udang, kak.
Macamana boleh datang Mee Goreng Udang? Kakak order Mee Goreng Special.
Tak apalah, nanti bungkuskan saja Mee Goreng Special tu, celah Encik Suami.
Sebelum Mee Goreng Special dibungkus, Encik Suami tanya Firdaus, nak makan mee goreng tak?
Firdaus yang sedang menunggu kentang goreng, segera menjawab: Mau! Mau!
Baru dua kali suap mee goreng dalam mulutnya, kentang goreng pun sampai.
Daus tak mahu makan mee goreng. Daus nak makan kentang goreng, kata budak kecil ini.
Belum pun sempat Firdaus capai kentang goreng, tiba-tiba hujan turun rintik-rintik!
Semua pengunjung yang sedang menikmati hidangan berlari masuk ke kafe bersama pinggan makan masing-masing.
Kami tidak terkecuali!
Ruang kafe penuh sesak!
Setelah menghabiskan makanan, Encik Suami ajak pulang.
Kami meninggalkan kafe meredah hujan lebat menuju ke kereta.
Oh! Tak sempat ambil gambar di Sarina Beach Kunak!
16 comments
Bestnya makan tepi pantai! Makanan semua menyelerakan walau tengok melalui gambar je :D
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamAlamak, tengah enak menjamu selera boleh hujan tetiba. Patutlah panas berdenting masa di Pakalangan bEach tu
BalasPadamSedapnya mee goreng byk udangnya..nyaman sekali mkn ditepi laut..
BalasPadamHappy daus ye jjln..mkn²..
BalasPadamAlahaii silap hantar pulak ye. beza mee goreng udang dengan special udang dan telur.
BalasPadamCantik jeti tu memang port ambil gambar :)
terliur nengok mee gorengnya kak, walaupun hitam berkilat tapi tersembunyi banyak khazanah, baru betul gini nasi goreng udang tak nampak tapi kat dalam bersembunyi dia hehehhe...
BalasPadamDaus macam Aiyan kalau dah kata nak makan fries memang itu je ditunggunya, mee goreng pun kadang kalau dia rasa sedap nak juga dia mengendeng kita...
nyamannya makan2 tepi pantai
BalasPadambest dapat makan tepi pantai mcm ni
BalasPadamAlahai..tengah best makan terus hujan plak ye...dapat bayangkan kak amie terkejar masuk dalam cafe bawak pinggan...
BalasPadamHujan rahmat tu....hehehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtengah2 malam tgk fries ni, lapo pulak tapi smua kedai dah tutup
BalasPadamkenapa sy nmpk mi goreng tu sedap sgtttttttt waaaaaa
BalasPadamHadoi.. pandai tukang masaknya sembunyikan udang.. seronok bila dapat makanan macam nie..
BalasPadambanyaknya udang dalam timbunan nasi goreng
BalasPadam