Menu Berbuka Puasa Anak-Beranak

9:47 PTG

Hari ini cuaca sangat panas. Sewaktu berada di dapur menyediakan juadah untuk berbuka puasa, tiba-tiba suasana jadi gelap. Buka pintu dan luaskan daun jendela dapur, matahari sudah tidak kelihatan. Langit jadi kelabu, hilang warna birunya. Firdaus menerpa ke dapur.
Sudah boleh buka puasakah Mommy?
Belum sayang. Lama lagi.
Tapi sudah gelap.
Itu mendung dik.
Mommy jangan lupa buatkan Daus perkedel jagung ya?
Boleh sayang.
Seminit sebelum berbuka puasa, hujan pun turun!
Alhamdulillah. Mudah-mudahan turunnya bersama rahmat dari-Nya.

Kali ini celoteh santai-santai bersama anak-anak di alam maya. Agaknya Abang Farid sudah dapat agak setiap kali berbuka puasa mesti Encik Suami telefon. Jadi, sebelum berbuka puasa Abang Farid kongsikan juadahnya.

Hari ini Abang Farid berbuka puasa dengan Spaghetti Bolognese Ayam.

Banyak Abang Farid masak kuah spaghetti.

Katanya, sahur nanti hanya masak spaghetti dan panaskan kuah saja.


Pada hari yang lain, Abang Farid berbuka puasa dengan ayam panggang. Katanya setakat ini belum berani keluar ke Bazaar Ramadan. Foodpanda pun tak mahu hantar makanan ke rumahnya. Agaknya rumahnya jauh, kata Abang Farid. Kalau di LD, setiap hari 'abang angkat'  Foodpanda datang hantar makanan pesanan Abang Farid.... ahaks!


Ada satu kali Abang Farid dapat makanan iftar dari UTP. Katanya UTP bagi dua bungkus. Sebungkus Abang Farid makan untuk berbuka puasa, dan sebungkus lagi disimpan untuk makan sahur.


Rajin juga raja ayam masak sup! Katanya, sup ayam pekat. Abang Farid tutorial di you tube Che Nom. Kata Abang Farid, dia tak tahu mana satu rempah-rempahan seperti jintan putih, jintan manis dan lain-lain. Sewaktu pergi kedai runcit, Abang Farid minta tolong orang kedai carikan bahan yang diperlukan untuk masak sup ayam.


Kadang-kadang Abang Farid berbuka puasa dengan mee maggi, tapi ditokok tambah dengan pelbagai lauk lain seperti telur mata kerbau, dada ayam goreng dan salad. Kadang-kadang kita rasa macam mata masuk habuk membayangkan Abang Farid dengan sepinggan makanan dan segelas minuman, berbuka seorang diri di sanun.

Ini pula, carbonara original tanpa guna sos prego, kata Abang Farid.

Ini menu kegemaran Abang Farid. Ayam masak butter.

Nampaknya Abang Farid tetap pendirian sebagai raja ayam! Biar apa pun mesti nak makan ayam, termasuk telur ayam!

Fairuz pula, nampaknya kesempatan bermalam di Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya digunakan untuk menikmati hidangan buffet di hotel ketika berbuka puasa


Fuad tak banyak berkongsi dengan kami. Kadang-kadang saja Fuad hantar gambar. Itu pun bila hampir habis jamahannya seperti gambar di atas ; prego + fries + daging. Sorry, gambar buruk sikit katanya .... ahaks!


Hari ini Abang Farid berbuka puasa dengan spaghetti bolognese ayam. Fairuz berbuka puasa di Promenade Hotel. Amboi dik! Pergi jual ikan, dapat makan lobster pula di Kota Kinabalu! Fuad pula buka puasa makan nasi lauk sardin dengan bontot ayam dan nugget.
Fuad!
Katanya dah tak mahu makan bontot ayam.
Katanya nak makan ayam rebus saja!


Dah tengok juadah anak-anak buka puasa, apa pula hidangan buka puasa kami hari ini?

Tau fu fa homemade.

Perkedel jagung lagi, untuk penuhi permintaan Firdaus.

Bubur nasi + jagung + ayam.


Hidangan berbuka puasa kami di rumah, bersama Encik Suami dan Firdaus dalam suasana PKPD hari kedua.
Cukuplah untuk alas perut, dan tidak terlalu mengenyangkan!
Sesungguhnya setiap rezeki itu adalah kurniaan dari Allah untuk disyukuri.



16 comments

  1. Menu yang beragam, agaknya abang Farid pandai memasak karena mendapat keahlian dari kak Amie.. Selalu senang tengok blog kak Amie.. ^_^

    BalasPadam
  2. Tengok menu2 abang Farid di perantauan, terbayang bagaimana agaknya jika tiada covid dan Iman berada di Ipoh sana, tentu nasi bungkus jadi santapan tiap hari

    BalasPadam
  3. Nampak sedap semua masakan abang Farid tu..

    BalasPadam
  4. terubat rindu kpd anak2 kan amie walau teraasa sgt dkt n saling berkongsi cerita

    BalasPadam
  5. wahhh look so tasty! lambat lagi berbuka ni hehehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Pandai anak bujang Amie masak. Terbaik! Sedap tengok hidangan berbuka semua. :)

    BalasPadam
  7. Hari hari anak anak hantar report sebelum ayah bertanya.hihi...
    Bagus anak anak bujang kak amie. Meriah betul masakan Abg Farid tu kak amie. Kagum masing-masing rajin masak macam mommy mereka. Rumah mommy pun meriah dengan masakan, yang penting Firdaus conquer :)

    BalasPadam
  8. Bagusssnya anak anak kak amie. Update selalu perkembangan terkini even sekecil kecil benda. Masak punn pandai!

    BalasPadam
  9. Alahai.. mcm tu lah kot saya bila anak² semua dh berjauhan nnt.. huhuhu

    BalasPadam
  10. alamak.. tetiba lapar pulak ngok ayam kunyit n telor kicap tuu :)

    BalasPadam
  11. uiiii terguguat yg tengok ni hehehe

    BalasPadam
  12. meriah juadah berbuka diaorg...

    BalasPadam
  13. Nampaknya kerajinan kak Amie masak diwarisi Farid. Sedap nampak spagetti tu.

    BalasPadam
  14. mujurla abg farid tu rajin masak, semua anak-anak akak pandai masak jadi tak berapa kisahla walaupu ke mana pun mereka berada, cuma yang paling seronok mesti lah fairuz asyik berbuka di hotel je hehehe...

    macam kami jugak kak, setiap kali nak berbuka mesti tanya adik2 yang di kampung dan di blok sebelah berbuka apa... setiap hari mesti tanya

    BalasPadam
  15. Dapat SA bayangkan perasaan Kak Amie berjauhan dengan anak- anak kan kak..nak- nak bulan puasa ni..memang sedih dia lain macam...

    BalasPadam
  16. uuish nampak sedap laa semua makanan2 ni..
    rindu kan suasana berbuka ramai2.. skrng ni ujian ramai dikejauhan.. sabar ye..
    insyallah nnt semua kembali normal..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe